PISMP SEMESTER 3

(NOTA 1)
PBS3103

-PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (ANATOMI& FISIOLOGI)-



Soalan 1
Apakah strategi dan pendekatan yang digunakan untuk menjalankan kelas pendidikan jasmani tersebut dan adakah sesuai dengan objektif pelajaran untuk hari tersebut


1.0          KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

1.1            Pengenalan
Dengan sendirinya, persediaan mengajar tidak dapat menentukan kejayaan sesuatu pelajaran. Kejayaannya bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh seseorang guru. Soalan kaedah yang berkesan untuk menyampaikan pelajaran pendidikan jasmani sering ditimbulkan oleh guru. Soalan yang sering dihadapi oleh guru Pendidikan Jasmani ialah yang manakah kaedah yang lebih berkesan. Keadaan ini timbul kerana dalam tahun-tahun kebelakangan ini banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran telah muncul dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

1.2           Kaedah Kuliah
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani:
1.      Pengenalan
a)     Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
b)    Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
c)     Cuba membangkitkan minat
d)    Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.
2.      Persembahan
a)     Kuat tetapi nada mesra
b)    Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
c)     Huraikan istilah yang digunakan
d)    Bercakap dengan semua pelajar
e)     Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
f)     Ulang butiran penting
g)    Guna lawak jenaka
h)     Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin
3.      Penutup
a)     Mengulangi isi-isi utama
b)    Menggalakkan perbincangan
c)     Meneguhkan isi yang lemah
1.3            Kaedah Kuliah – Demonstrasi
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstrasi boleh digunakan oleh guru terhadap pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Kaedah ini juga boleh membantu para guru untuk menerangkan keadaan yang sukar hendak diterangkan dengan perkataan.
Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Kaedah ini juga menggunakan kemahiran fizikal dan juga menggunakan alatan sebagai bahan bantu mengajar. Dengan ini, pelajar dapat melihat sendiri bagaimana langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dan juga berpeluang mengikuti contoh yang diperhatikan selepas dibuat dimonstrasi.
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani:
1.      Pendahuluan
a)     Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutut dan berdiri
b)    Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
c)     Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
2.      Demonstrasi
a)     Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
b)    Ikut cara dan prosedur yang piawai
c)     Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
3.      Demonstrasi dan pengajaran
a)     Semasa membuat pelakuan, beri butiran yang sepatutnya
b)    Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
c)     Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
d)    Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
e)     Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
4.      Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
a)     Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
b)    Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
c)     Beri butiran penting

5.      Penutup
a)     Ulang butiran penting
b)    Menggalakkan perbincangan
c)     Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

1.4           Kaedah Masteri
Dalam kaedah ini, setiap pelajar dibenarkan untuk belajar mengikut kebolehan atau kemampuan serta objektif mereka. Kaedah ini juga membenarkan pelajar menggunakan bahan yang berbeza mengikut kemampuan mereka.Murid perlu diberitahu tentang strategi dan penilaian pembelajaran masteri. Kaedah masteri ditakrifkan sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang betujuan memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
Antara keperluan kaedah ini adalah peruntukan masa yang mencukupi dan perancangan juga pelaksanaan yang berkualiti. Antara prinsip-prisip asas kaedah masteri yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) adalah:
1.     Setiap murid berpotensi untuk diajar oleh guru
2.     Pembelajaran boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil bagi memudahkan pelajaran dikuasai.
3.     Pelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk mengusai sesuatu hasil pembelajaran
4.     Guru perlulah memberi arahan dengan jelas bagi setiap pengajaran dan pembelajaraN

Prinsip asas perancangan kaedah masteri memerlukan langkah-langkah berikut:
1.     Guru menyediakan satu set hasil pembelajaran yang hendak dicapai oleh pelajar.
2.     Hasil pembelajaran perlu disusun mengikut hieraki atau unit pembelajaran.
3.     Guru perlu menyediakan aktiviti yang bermakna, berkesan, menarik, dan mengembirakan.
4.     Penilaian Ujian Rujukan Kriteria (UKR).
5.     Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
6.     Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang telah ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran lain.
7.     Melaksanakan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belum menguasai aras masteri.
8.     Aktiviti penggayaan dilaksanakan untuk murid cemerlang.

Langkah melaksanakan pembelajaran masteri adalah:
1.     Mengajar dan menyampaikan pelajaran kepada pelajar.
2.     Memberi latihan dan melihat maklum balas
3.     Melaksanakan ujian formatif untuk mengukur sama ada objektif sesuatu unit pelajaran itu boleh dikuasai oleh pelajar.
4.     Menyediakan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan.
5.     Memberi semula ujian formatif kepada pelajar yang telah mengikuti aktiviti pemulihan.

1.5           Kaedah Pembelajaran Koperatif
Kaedah ini biasanya digunakan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berbeza. Dalam kaedah ini, pelajar akan bergerak dalam kumpulan kecil dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran dan matlamat pembelajaran yang sama. Dengan ini, setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran. Kaedah ini menekankan aspek interaksi sosial, di mana interaksi sosial pula menekankan aspek kehidupan berkumpulan.
Guru bertindak sebagai fasilitator untuk menggalakkan interaksi antara murid serta menyelia aktiviti pembelajaran. Guru juga memfokuskan peranannya untuk memupuk perhubungan kumpulan selain daripada pengajaran. Guru pula perlu menyusun pembelajaran supaya murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Kumpulan pelajar yang mempunyai gaya kognitif impulsif dan refleksi perlu digabungkan supaya membentuk kumpulan yang baik. Kumpulan seperti ini boleh menjadi kumpulan pembelajaran koperatif yang baik.
Kaedah ini juga berkemampuan membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial, berfikiran kritis untuk sama-sama menyelesaikan masalah atau terlibat dalam satu projek yang bermakna. Kaedah ini juga membantu menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Kaedah ini juga menggalakan pelajar berdikari, bebas memberi dan mendengar pendapat serta menghormati pendapat orang lain.

1.6           Kaedah Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran menggunakan kaedah ini berlaku apabila pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain. Kaedah ini juga dapat membentuk hubungan antara para pelajar serta pelajar akan dapat bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya. Kaedah ini juga melibatkan peranan guru yang besar. Guru perlu menjadi model dan penunjuk arah. Guru perlu menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan sedia ada mereka. Guru juga boleh memberikan tunjuk ajar apabila para pelajar menghadapi kesulitan dalam satu-satu tugasan.

1.7           Kaedah Projek
                Kaedah ini adalah berkonsepkan belajar sambil belajar mempraktik. Kaedah ini juga boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran. Projek atau tugasan menjadi medium kepada kemahiran yang hendak diperolehi. Dalam kaedah ini, murid perlu mengenal pasti, menganalisis, mereka bentuk, membangunkan serta melaksanakan serta menyelenggarakan sisem yang telah dibina. Objektif yang hendak dicapai perlu dikenl pasti oleh guru terlebih dahulu. Kemudian cara yang sesuai dan berkesan perlu difikirkan oleh guru. Murid pula perlu merancang langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.

1.8           Kaedah Perbincangan
Kaedah  ini melibatkan interaksi dua hala iaitu antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru.  Kaedah perbincangan ini boleh mengeratkan hubungan anatara satu sama lain serta menggalakkan pembelaajran secara koperatif dan kaloboratif. Kaedah ini juga dikatakan kaedah dinamik yang boleh merangsang  perhubungan ahli bilik darjah dan membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran.  Dengan cara ini, pelajar juga belajar dan mempraktikkan cara berbincang antara satu sama lain, memberi dan menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yang berkaitan serta berkongsi maklumat.  Melalui cara ini, pelajar juga dipraktikkan untuk berfikir secara kritis, kreatif dan analitik.
Kaedah perbincangan juga membolehkan pelajar berfikir secara rasional, menerima pemikiran yang berbeza  sebagai satu keuntungan dan sentiasa berusaha memberi cadangan  untuk menyelesaikan masalah. Penguasaan pelajar  terhadap topik perbincangan dapat diperkukuhkan dan kemahiran interpersonal juga dapat ditingakatkan melalui kaedah perbincangan ini.

Tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan adalah seperti berikut:
a.      Kemahiran menyoal
b.      Kemahiran mengurus aliaran maklumat  atau jawapan
c.      Reaksi  terhadap soalan pelajar.
Kaedah perbincangan ini juga boleh dikatakan sebagai suatu alat yang mengukur dan menilai pengetahuan serta kemahiran dan sikap pelajar.


2.0          PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

2.1           Pengenalan
Pendekatan, secara ringkasnya, boleh ditakrifkan sebagai pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Pada masa yang sama, pendekatan juga boleh merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam satu mata pelajaran. Sesuatu pendekatan adalah berdasarkan kepada teori pengajaran dan pembelajaran yang diikuti. Ciri-ciri pendekatan adalah seperti berikut:
1.      Objektif-objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjang
2.      Pendekatan berdasarkan teori dan model pengajaran
3.      Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan
4.      Bersifat aksiomatik, iatu diterima tanpa keraguan
5.      Mencerminkan satu falsafaH
2.2           Pendekatan Tradisional
Pengajaran cara tradisional adalah komponen utama bagi pendekatan ini. Guru akan menjadi pengarah dalam pendekatan ini manakala para murid menjadi pengikut sahaja. Pembelajaran sehala sahaja yang berlaku dalam pendekatan ini. Dalam pendekatan ini semuanya berfokuskan kepada guru. Pendekatan ini dianggap mudah kerana mudah dirancang dan diurus. Adalah menjadi tanggapan bahawa pendekatan ini sesuai diaplikasikan dalam kegitan berisiko tinggi atau kemahiran khas.
Ciri-ciri pendekatan tradisional ialah:
1.      Kurikulum yang ditetapkan oleh agensi pendidikan digunakan

2.      Mementingkan pengajaran

3.      Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar

4.      Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajar

5.      Guru menentukan ujian piawai

6.      Mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gred

7.      Berfokuskan guru

2.3           Pendekatan Humanistik
                Pendekatan humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman - pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpu kepada seseorang pelajar dan memberikan peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. Pelajar digalakkan untuk bertidak sendiri untuk menemui sesuatu atau melakukan sesuatu. Di samping itu, pelajar menilai kebolehan masing-masing.
                Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai seorang individu yang berpotensi. Pendekatan ini menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Apabila pelajar-pelajar mengetahui mereka diberi peluang menentukan matlamat sendiri, maka mereka akan berusaha lebih untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka dirangsang untuk berusaha lebih gigih lagi di samping menambahkan ingatan dan aplikasi terhadap apa yang dipelajari berbanding dengan proses pembelajaran yang terdapat di dalam pendekatan tradisional.
               

Ciri-ciri pendekatan huministik:
1.      Guru memilih kurikulum sendiri
2.      Pelajar menentukan jenis tugasan
3.      Pelajar aktif
4.      Gred tidak penting dan tidak menjadi pengukur pembelajaran
5.      Kuliah jarang digunakan
6.      Ujian piawai tidak penting
7.      Menekankan pembelajaran dan bukan pengajaran
8.      Banyak galakan diberi oleh pengajar kepada pelajar semasa interaksi
9.      Menitikberatkan konferensi dan pelajar mendapat maklum balas ke atas aktiviti yang dilakukan
10.    Peranan guru adalah untuk mencungkil potensi individu dan menggalakkan pembangunan individu
11.    Pelajar menetapkan matlamat sendiri, bertindak dengan pilihan sendiri dan menerima akibat-akibat pembelajaran
Terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran pendidikan jasmani ke arah kemanusiaan. Empat matlamat itu adalah seperti berikut:
1.      Penghargaan diri
2.      Merealisasikan diri
3.      Kefahaman diri
4.      Pertimbangan-pertimbangan sosial
Penghargaan diri merujuk kepada perasaan menghormati diri sendiri atau kebolehan sendiri akibat daripada presepsi subjektifnya terhadap pengalamannya. Merealisasikan diri pula ialah pertumbuhan ke arah menemui potensi dan bakat seseorang. Kefahaman diri adalah asas untuk mengenal pasti keperluan, kebolehan dan minat seseorang indivudu. Pendidikan jasmani membolehkan interaksi sosial dijalankan dengan menjadikan seseorang individu itu lebih sensitif terhadap orang lain dan berkerjasama dengan orang lain.
Pendekatan humanistik ini mengandaikan bahawa setiap individu adalah unik dengan bakat dan keupayaannya. Dengan itu seseorang individu itu berpotensi menentukan apa yang baik untuk dirinya. Maka aktiviti pendidikan jasmani perlu membekalkan peluang-peluang yang luas di dalam persekitaran yang tidak mengancam untuk menggalakkan dan membangunkan potensi seseorang individu itu. Oleh yang demikian, gaya pengajaran yang berstruktur perlu diubah kepada pendekatan yang menekankan ‘individu’.

2.4           Pendekatan Gabungan
Pendekatan ini adalah hasil daripada gabungan kedua-dua pendekatan iatu pendekatan tradisional dan pendekatan humanistik. Pendekatan ini diaplikasikan berdasarkan kandungan dan risiko mata pelajaran, keadaan persekitaran serta ciri-ciri pelajar. Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal, ciri pelajar dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan gabungan telah menjadi pilihan utama di Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri pendekatan gabungan ialah:
1.     Kurikulum dibekalkan oleh kementerian pendidikan namun guru mempunyai ruang untuk mencapai objektif kurikulum dengan cara sendiri.
2.     Guru memilih kaedah pengajaran atau pembelajaran berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulum
3.     Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum member tugasan keupayaan pelajar
4.     Ujian dilakukan berasaskan ciri-ciri pelajar
5.     Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendiri
6.     Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagai pengukuran, penilaian, dan bentuk ujian
7.     Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif
Strategi yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani tersebut ialah beliau sepatutnya merancang segala aktiviti yang hendak dilakukan.  Sebaiknya aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah berpandukan kepada huraian sukatan pelajaran.  Walaubagaimanapun saya berpendapat mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini lebih kepada berpusatkan murid.  Aktiviti berpusatkan murid ialah murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas. 

Pada hari itu, pembelajaran lebih kepada aktiviti kelas.  Guru hanya berperanan memberikan arahan dan mengawal keadaan kelas sepanjang aktiviti Pendidikan Jasmani itu berlangsung.  Pendekatan yang beliau gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula lebih kepada pendekatan bermain sambil belajar.  Bermain sambil belajar ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan keupayaan kognitif dan meliputi aspek bermain.  Walaubagaimanapun  sepanjang proses itu murid tetap dapat menimba ilmu pengetahuan. 
Pada pendapat saya, kelas Pendidikan Jasmani yang dijalankan pada hari itu tidak sesuai dengan objektif pelajaran untuk hari tersebut.  Ini kerana guru lebih mengikut apa yang ingin dimainkan oleh murid-murid.  Adalah sesuai jika saya katakan guru tidak berpandukan Rancangan Pengajaran Harian tetapi lebih kepada memenuhi jadual yang telah ditetapkan.  Ini kerana pada pemerhatian saya, guru Pendidikan Jasmani itu sendiri tidak memakai pakaian sukan.  Beliau hanya memberi arahan dan meminta murid mengetuai aktiviti memanaskan badan dan seterusnya melepaskan murid-murid itu bermain dengan sendirinya.       






Soalan 2
Semasa aktiviti memanaskan badan :
a)Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?
b)Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?
c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?
d)     Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?


Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?
Aktiviti memanaskan badan dijalankan di sekolah semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan. Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Abdul rahman, memanaskan badan merupakan aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan, suhu darah dan otot meningkat serta otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas. Rintangan dalam otot juga akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.
                Antara aktiviti memanaskan badan yang diterangkan oleh Encik Abdul rahman adalah, memanaskan badan secara aktif iaitu aktiviti yang dilakukan dengan sendiri dan memanaskan badan secara pasif iaitu aktiviti yang dijalankan dengan bantuan alat atau pihak lain. Contoh aktiviti memanaskan badan adalah lari anak, lari setempat dan sebagainya. Ringkasnya, aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot semasa bermain.


Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?
                Penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar-pelajar semasa mereka mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di kelas.
Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor. Biasanya pelajar-pelajar digalakkan melakukan pelbagai cara memanaskan badan seperti aktiviti regangan dan kalistenik sebelum mereka melibatkan diri dalam permainan atau aktiviti sukan masing-masing.
Antara kepentingan yang diterangkan oleh Encik Abdul rahman kepada murid-muridnya adalah, memanaskan badan meninggikan suhu otot-otot dalaman. Pengaliran darah dalam tisu-tisu otot bertambah. Ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot dan seterusnya akan memperbaiki keadaan fungsi otot. Selain itu, dia juga menyatakan bahawa kepekatan otot berkurangan dan keadaan ini membolehkan pengecutan dan pengenduran otot berlaku pada kadar yang lebih pantas.
Seterusnya, memanaskan badan dapat merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. Ini membolehkan badan berfungsi dengan lebih cekap serta berkesan.
Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Abdul rahman, jika seseorang pelajar atau ahli sukan melakukan pergerakan-pergerakan sesuatu acara semasa memanaskan badan, ia dapat menyediakan sistem sarafnya untuk menghadapi acara itu kelak. Memanaskan badan juga dapat mengelak seseorang pelajar atau ahli sukan daripada kecederaan otot, tendon dan ligamen. Selain daripada kesan fisiologi, memanaskan badan juga dipercayai memberi kesan psikologi iaitu ia membantu seseorang pelajar atau ahli sukan mencapai suatu keadaan persediaan mental. Kesimpulannya, memanaskan badan memberi faedah kepada aktiviti-aktiviti yang kompleks dan memberi kesan yang positif terhadap penyesuaian fisiologi. Ia juga membawa implikasi psikologi terhadap prestasi lakuan motor.

Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?
Aktiviti yang dirancang adalah mengajar murid-murid tentang ujiaN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK).  Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dilaksanakan pada 2006 di seluruh Jabatan Pelajaran Negeri mengikut sekolah yang terpilih seramai lebih kurang 12,000 murid telah diuji.
PENGISIAN UJIAN SEGAK
1.             Pengiraan Indeks Jisim Badan
2.             Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 minit -  untuk mengukur dayatahan kardiovaskular.  Kebolehpercayaan ujian ialah 0.90 (mengikut protokol daripada YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).
3.             Ujian Tekan Tubi Lelaki dan Tekan Tubi Separa Untuk Perempuan – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot tangan.  Kebolehpercayaan ujian ialah 0.93 (mengikut protokol daripada Johnson dan Nieman, 1986)
4.             Ujian Ringkuk Tubi Separa – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot abdomen. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.82 (mengikut protokol daripada Nieman, 1999)
5.             Ujian Jangkauan Melunjur – untuk mengukur kelenturan Kebolehpercayaan ujian ialah 0.94 (mengikut protokol daripada AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
1. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.
2. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sessi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

DiFinasi Kecergasan Fizikal
Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” Falls, 1980

Matlamat

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur
1. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

2. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.
Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;
1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )
2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur
3. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
4. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
5. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.Pada masa itu, otot-otot besar telah diberi tumpuan oleh gurunya. Dia mengajar murid-murid tentang cara-cara untuk melakukan ujian ini  . Pada masa yang sama, dia juga mengajar murid-murid tentang otot-otot besar yang berfungsi semasa kemahiran-kemahiran ini diaplikasikan.

Pada masa itu, otot-otot besar telah diberi tumpuan oleh gurunya. Dia mengajar murid-murid tentang cara-cara untuk melakukan ujian ini  . Pada masa yang sama, dia juga mengajar murid-murid tentang otot-otot besar yang berfungsi semasa kemahiran-kemahiran ini diaplikasikan.



Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan
                Semasa aktiviti memanaskan badan dijalankan, aktiviti-aktiviti yang membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan dijalankan. Pada hari tersebut, guru Pendidikan Jasmani, Encik Abdul rahman meminta murid-muridnya untuk membuat bulatan yang besar di mana seorang murid dikehendaki berdiri di tengah-tengah bulatan. Murid yang berdiri di tengah bulatan, harus melakukan aktiviti memanaskan badan dan murid-murid yang berdiri di bulatan harus berbuat seperti murid di tengah bulatan.
                Murid-murid mula melakukan aktiviti memanaskan badan. Mereka mengambil masa selama 10 minit untuk melakukan aktiviti tersebut. Setelah selesai, Encik Abdul rahman meminta kesemua murid untuk duduk di padang. Terdapatnya beberapa kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid semasa mereka melakukan aktiviti memanaskan badan. Dia mula menerangkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka supaya pada masa akan datang mereka tidak akan mengulanginya lagi.
                Pertamanya, senaman bajak (The Plough) tidak sesuai bagi murid-murid. Ini kemungkinan menyebabkan bongkok sabut kerana menambah kendur atau panjang lagi otot dan ligamen. Jika senaman ini dijalankan maka murid-murid senang hilang imbangan dan tengkorak dan belakang mudah tercedera. Dia mencadangkan senaman yang boleh digantikan dengan senaman ini iaitu, duduk lunjur (One Leg Strecher).
                Keduanya, senaman yang membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan yang telah dilakukan oleh murid-murid ialah cecah jari kaki tegak (Standing Toe Touch). Senaman ini akan meregangkan otot dan ligamen di bahagian lumbar. Ada juga kemungkinan akan menyebabkan masalah penekanan ke atas saraf sciatic yang melalui bahagian pinggang bawah terus ke bahagian belakang kaki. Senaman ini boleh digantikan dengan regang duduk (Sitting Stretches). Dia juga menunjukkan cara yang betul dan senaman yang sesuai bagi mereka. Dia menunjukkan cara bagaimana hendak melakukan senaman ini.
Ketiganya,regang leher (Neck hypertension) juga adalah salah satu senaman yang membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan yang telah dilakukan oleh murid-murid. Melentur kepala ke belakang atau ke depan semasa bersenam seperti putar leher, boleh menyepit pembuluh dan saraf di pangkal tengkorak dan menyebabkan pitam, penyek berbantal tulang leher atau radang di bahagian belakang atas. Senaman yang sesuai dan yang boleh digantikan dengan senaman ini adalah boleh dibuat dengan sederhana atau disokong dengan tangan.



Soalan 3
Adakah keperluan ‘warm down’ dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar?
               
                Keperluan ‘warm down’ dijalankan di sekolah semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berlangsung. Encik Abdul rahman, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, telah menjelaskan kepentingan ‘warm down’ kepada murid-muridnya.
                Sebelum 10 minit waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tamat, Encik Abdul rahman meminta murid-muridnya untuk melakukan ‘warm down’. Inilah hari pertama, dia mengajar murid-muridnya untuk melakukan ‘warm down’. Oleh sebab itu dia memberikan penjelasan awal tentang aktiviti gerakendur. Menurutnya, latihan gerakendur (warm down) ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani sesuatu latihan atau permainan. Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di bahagian-bahagian anggota yang tertentu.  Selepas menerangkan tentang maksud ‘warm down’, dia mengajar beberapa aktiviti-aktiviti gerakendur, kepada murid-murid.
Pertamanya, perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah. Contohnya, dia meminta murid-muridnya untuk berlari anak sambil mengangkat tangan dan berjalan mengelilingi padang sekolah. Semua murid berlari-lari anak sambil mengangkat tangan ke atas,kiri dan kanan. Keduanya, regangan otot pada intensiti sederhana. Sebagai contohnya, dia meminta murid-muridnya untuk melakukan regangan statik ( dari bawah ke atas ). Dia meminta mereka untuk goyangkan kaki, tangan secara perlahan-lahan dan tarik nafas sebanyak 3 kali. Murid-murid mengikut setiap pergerakan yang dilakukan olehnya gurunya.
Encik Abdul rahman juga meminta murid-murid untuk berjogging ke sekeliling padang sebagai salah satu aktiviti untuk menyejukkan badan. Pada masa yang sama, dia memberi penekanan kepada lari sisi dan lari ke arah belakang. Selepas mengajar sedikit sebanyak tentang aktiviti ‘warm down’, dia meminta murid-muridnya supaya sentiasa mengingatinya dan pada kelas yang akan datang menjadi tanggungjawab murid-murid untuk mengendalikan aktiviti ‘warm down’.


Soalan 4
Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

                Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Abdul rahman telah menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Pada hariSELASA  saya mendapat peluang untuk meluangkan masa bersamanya semasa dia mengajar kelas Pendidikan Jasmani bagi murid-murid Tahun 4A.hari ini dia tidak melakukan ujian segak tetapi membuat latihan bola jaring.
                Sehari sebelum dia mula mengajar, dia telah merancang apa yang hendak diajar pada hari berikutnya. Pada hari RABU , dia merancang untuk mengajar murid-murid tentang permainan bola jaring. Sebelum menerangkan tentang peralatan yang digunakan semasa bermain, dia telah memberikan penerangan yang ringkas tentang permainan itu. Walaupun permainan ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan, tetapi dia telah mengajar untuk semua murid termasuk lelaki. Permainan bola jaring ialah permainan berpasukan dimana pemain memakai bib berhuruf yang menunjukkan posisi mereka. Semasa bermain, pemain-pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu di gelanggang mengikut posisi mereka.
                Seterusnya, dia menyediakan peralatan-peralatan yang sesuai dengan permainan bola jaring. Antaranya ialah bola, tiang gol, skital, gelung rotan, baju bib dan wisel. Kesemua peralatan yang disediakan adalah sesuai dengan permainan itu. En. Abdul rahman memilih bola yang sangat sesuai dengan permainan bola jaring. Dia memastikan bahawa angin dalam bola itu mencukupi dan bola yang dipilih adalah bola khas yang digunakan untuk pemainan bola jaring (bukannya  bola yang digunakan untuk permainan lain seperti bola baling dan bola keranjang). Ringkasnya, bola hendaklah bola jaring bersaiz 5 dan diperbuat daripada kulit, getah atau bahan yang serupa dengannya.
                En. Abdul rahman juga menyediakan tiang gol bagi permainan ini. Tinggi tiang gol untuk murid di bawah umur 12 tahun ialah 2.43 meter (8 kaki). Dia memastikan bahawa, tiang gol adalah tegak dan diletakkan di tengah setiap garisan gol dengan bahagian belakangnya berada di luar garisan gol.
Selain itu, dia menyediakan baju bib bagi permain-pemain bola jaring. Dia memastikan bahawa kesemua baju bib mempunyai huruf yang menunjukkan posisi pemain di bahagian hadapan dan belakang atas paras pinggang. Tinggi huruf-huruf hendaklah tidak melebihi 150mm (6 inci). 
                Skitel digunakan sebagai garisan di sekitar kawasan permainan. Sekolah seharusnya mempunyai gelanggang bola jaring. Tetapi sekolah ini tidak mempunyai gelanggang bola jaring. Gelanggang bola jaring mestilah berukuran 30.5 meter (100 meter) panjang dan 15.25 meter (50 kaki) lebar. Oleh kerana, sekolah ini tidak mempunyai gelanggang, maka gurunya menggunakan skitel untuk menentukan gelanggang. Seterusnya, dia juga menggunakan gelung rotan. Gelung rotan digunakan untuk menentukan bulatan tengah yang seharusnya berdiameter 0.9 meter (3 kaki) yang diletakkan di tengah gelanggang.
                Kesimpulannya, peralatan Pendidikan Jasmani telah digunakan semasa aktiviti padang dijalankan. Tambahan pula, peralatan-peralatan yang digunakan adalah sangat sesuai dengan aktiviti yang dirancang. 



Soalan 5
Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang

Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti adalah sesuai seperti yang dirancang. Pada pagi hari RABU  matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 9.30 pagi. Encik Abdul rahman, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pandai menguruskan masanya semasa aktiviti-aktiviti padang berlangsung.
                Kesemua murid-murid Tahun 4D, berkumpul di padang tepat pada waktunya dengan berpakaian sukan. Guru mengarahkan murid-murid untuk berlari mengelilingi padang sebanyak dua pusingan. Selepas 10 minit, mereka berkumpul di tengah padang untuk menjalankan aktiviti memanaskan badan. Murid-murid membuat satu bulatan besar di mana seorang murid berdiri di tengah-tengah bulatan untuk mengendalikan aktiviti tersebut. Mereka menjalankan aktiviti memanaskan badan selama 10 minit. 
                Selepas itu, dia membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang murid. Pada hari itu, Encik Abdul rahman bercadang untuk mengajar murid-murid tentang permainan bola jaring. Murid-murid kumpulan satu diajar tentang kemahiran-kemahiran menghantar bola, kumpulan dua diajar tentang kemahiran-kemahiran menerima bola manakala kumpulan tiga diajar tentang kemahiran-kemahiran menjaringkan bola. Dia meluangkan masa selama 10 minit bagi setiap kumpulan. Selepas lebih kurang 30 minit, dia telah selesai mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu diketahui semasa bermain permainan bola jaring.
                Pada 10 minit yang terakhir, Encik Abdul rahman meminta murid-murid untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan. Selepas itu, dia meminta anak-anak muridnya untuk mengingati kesemua kemahiran-kemahiran yang telah diajar dan pada kelas yang akan datang murid-murid dikehendaki membentangkan apa yang diajar olehnya. Dia mengatakan bahawa setiap kumpulan akan diberikan masa selama 10 minit untuk membentangkan kemahiran-kemahiran yang diajar olehnya. Pada hari itu, kelas tamat pada pukul 9.30 pagi.  








Soalan 6
Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

                Saranan saya untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani adalah guru tidak hanya tumpukan perhatian terhadap aktiviti padang malahan harus memberi penekanan terhadap kebersihan diri, kekeluargaan, kebersihan dan keselamatan persekitaran serta sebagainya.
                Penjagaan kebersihan diri perlu dijadikan amalan dalam kehidupan dan untuk kesejahteraan yang berterusan. Pengetahuan tentang sistem pencernaan memupuk kesedaran tentang pemilihan makanan yang seimbang dan berkualiti. Guru seharusnya menyatakan tentang amalan asas kesihatan harian dari segi penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan diri.
Dari segi kekeluargaan, guru sepatutnya menekankan bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan tertentu untuk mengeratkan perhubungan keluarga dan mencegah berlakunya gejala sosial. Perhubungan erat antara ahli keluarga menentukan keharmonian sesebuah keluarga itu. Oleh itu, guru haruslah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Selain itu, dari segi kebersihan dan keselamatan persekitaran, guru haruslah menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara merawat kecederaan ringan. Murid-murid harus menghubungi pihak Bomba dan polis sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran. Guru juga haruslah menyatakan tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kemalangan jalan raya.


BIBLIOGRAFI
  1. Arasan. V.T. (1985). Pengajaran Pendidikan Jasmani Untuk Sekolah _ Sekolah Rendah. Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD
  2. Hoe. W.E. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani . Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.
  3. Tong. T. B . (1984). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Longman Malaysia SDN . BHD.
  4. http//: www. PB Cipta Prima Utama Falsafah Pendidikan Jasmani.htm
  5. http//: www. Pendidikan jasmani - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm
  6. http//: www. Pengurusan Gerko (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).htm


























(NOTA 2)
PBS3103

-PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (UMUM)-

REFLEKSI / RUMUSAN DAN CADANGAN
Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program yang amat berfaedah kepada guru-guru pelatih. Ini merupakan satu peluang keemasan bagi saya untuk menjejak langkah ke sekolah untuk menghayati suasananya. Selain itu, saya juga telah mendapat tahu sejauh manakah subjek Elektif saya, Pendidikan Jasmani dipraktikkan di sekolah.
SEBELUM PBS
Saya telah mengenalpasti fokus utama tugasan tersebut dengan menghadiri taklimat. Taklimat itu pula diberikan oleh pensyarah berkenaan subjek elektif saya. Jadi, saya telah pergi ke jabatannya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Beliau juga telah memberi penjelasan yang lebih baik kepada soalan-soalan saya. Walaupun kali ketiga, saya berasa takut untuk menghadapi PBS. Saya dapat menenangkan diri saya melalui nasihat pensyarah saya. Saya telah memahami tujuan tugasan yang diberikan. Selepas itu, saya telah merancang strategi pelaksanaan PBS saya. Saya juga telah mencipta beberapa soalan untuk temubual saya. Saya telah menghadiri Sekolah Kebangsaan Gunung dengan hati yang tabah pada 8 mac 2009.
SEMASA PBS
Satu taklimat kecil telah diberikan oleh gur penolong kanan 1 dan juga guru besar. Kata-kata guru besar dapat membuktikan bahawa beliau sangat mengalu-alukan kedatangan kami.
Sesi soal selidik saya telah bermula dengan temubual. Saya telah menemubual beberapa pihak pengurusan di sekolah itu untuk menimba ilmu dan menjalankan tugasan subjek elektif saya yang dipertanggungjawabkan. Mereka juga telah memberi kerjasama yang baik. Mereka sudi memberi jawapan untuk soalan-soalan saya.Saya telah mendapat penjelasan yang amat baik daripada mereka.
Contohnya, temubual saya dengan guru besar. Beliau seorang yang amat berpengalaman dan berpengetahuan.Mula-mula saya berasa amat takut dengan muka garang guru besar. Lama-kelamaan saya dapat mengenali bahawa beliau merupakan seorang yang tegas tetapi baik hati. Saya berasa amat kagum dengan kerajinan beliau. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa program baru di sekolah itu untuk kecemerlangan murid-murid dari segi semua aspek. Jadi, beliau telah menjadi satu teladan untuk saya. Kata-kata beliau menjadi kata-kata semangat bagi saya.
Saya dijadikan sebagai guru pemantau bagi sesebuah kelas pada hari yang pertama. Ini merupakan pengalaman ketiga saya. Ini dapat memberikan saya semangat yang kuat untuk mengajar murid-murid. Saya telah cuba untuk bersesuaian dengan keadaan kelas. Ini merupakan satu perkara yang susah. Saya dapat mengenali murid-murid di dalam kelas itu. Saya juga dapat mengenali dan memahami beberapa program penting di sekolah itu. Program-program itu merupakan program-program yang amat berfaedah kepada sekolah itu.
Menurut pemerhatian saya, guru-guru di sana bekerja bersungguh-sungguh untuk menjadikan kedudukan sekolah sebagai sekolah harapan negara. Keadaan di sekolah itu amat sibuk. Setiap orang sibuk dengan kerja masing-masing. Persekitaran sekoah ini pula amat ceria dan bersih. Sekolah ini berkelihatan cantik dengan lanskap-lanskap yang cantik. Boleh dikatakan persekitaran yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran. Inilah suasana sekolah yang telah saya lalui dan hayati.
SELEPAS PBS
Cita-cita saya sepanjang minggu itu telah tercapai. Saya telah mempelajari bagaimana hendak menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah, bagaimanakah dengan pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran, pendedahan awal tentang pembelajaran murid-murid dan sebagainya. Selepas menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Sekolah Kebangsaan gunong  , saya telah memperolehi banyak pengalaman baru. Saya telah berhadapan dengan pelbagai masalah dan rintangan. Segala-galanya saya jadikan sebagai pengajaran dan teladan kepada diri saya.
Saya juga mengenali karenah murid semasa berada di dalam kelas dan semasa berada di luar kelas.Saya dapat membezakannya.Saya dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.Guru-guru dan kakitangan sekolah itu amat membantu saya dalam semua aspek. Setelah menghabiskan PBS, saya berasa amat berpuas hati kerana apa yang saya rancang sebelum pergi ke sekolah, 85% telah tercapai.Masih ada juga kesilapan yang telah saya lakukan.Sesetengah aktiviti tidak dapat saya lakukan,
contohnya, saya bercadang untuk menemubual guru panitia Pendidikan Jasmani yang berada di sekolah itu, kurang masuk ke kelas untuk melihat cara penbelajaran murid-murid dan sebagainya. Ini adalah sebab, pada masa saya mengikuti PBS, ramai guru panitia telah hadir ke kursus dan tidak berada di sekolah sepanjang minggu itu.Oleh itu, saya tidak berpeluang untuk menemubual mereka.
Saya menceriakan sekolah itu dengan menceriakan bilik gerakan sekolah dan kantin sekolah. Saya dan guru-guru pelatih yang lain telah mengambil inisiatif untuk menceriakan bilik gerakan sekolah dan kantin sekolah. Di bilik gerakan, saya mengaturkan carta organisasi dalam kedudukan yang betul.Di kantin pula, saya menampalkan beberapa kata hikmah untuk pengetahuan murid-murid.
Sekolah ini memenuhi kehendak saya dan amat membantu untuk melengkapkan tugasan saya. Saya amat berterima kasih kepada sekolah ini.



   
BAHAGIAN A
PEMBELAJARAN MURID
SOALAN 1
APAKAH OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIRANCANG OLEH GURU?
               
Objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru adalah penting untuk mencapai matlamat guru dalam membimbing murid dengan penuh dedikasi. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru adalah perlu sesuai untuk semua murid. Ini kerana murid-murid akan peka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan pada hari itu.
                Di sekolah, semua guru diwajibkan membuat Rancangan Pengajaran Harian ataupun (RPH) untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Rancangan tersebut merupakan salah satu cara yang terbaik untuk guru-guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang mereka telah dirancang sebelum ini. Guru-guru dapat mengenali diri sendiri mereka dengan melaksanakan  Rancangan Pengajaran Harian ini. Rancangan tersebut juga dapat melatih guru-guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.

Rancangan Pengajaran Harian ini merupakan perancangan awal untuk guru-guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran  di sekolah. Selain itu, Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat oleh guru adalah untuk menentukan ketahapan murid. Ini kerana dalam satu kelas terdapat banyak murid. Mereka terdiri daripada murid-murid yang pandai, murid-murid sederhana dan murid-murid lemah. Oleh itu guru yang mengajar kelas itu, harus menghampiri murid-murid tersebut dengan mengetahui ketahapan mereka.
Guru tidak boleh membuat RPH dengan sesuka hatinya kerana mereka perlu membuat dengan mengikut ketahapan murid. Perancangan awal yang disediakan oleh guru merupakan salah satu cara untuk mengenali murid-murid dengan baik. Guru boleh membuat Rancangan Pengajaran Harian untuk murid-murid pandai, sederhana dan lemah. Dengan ini, guru-guru dapat menjalankan pengajaran dan pemblajaran dengan baik sekali. Mereka tidak akan gelisah semasa menjalankan pengajaran.
                Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran yang guru jalankan haruslah sesuai dengan tahap murid. Selepas mengajar, guru boleh memberikan latihan yang senang untuk murid-murid lemah. Pada pertama kali, murid-murid akan membuat dengan senang. Semakin hari semakin murid-murid akan melatih diri sendirinya supaya dapat membuat soalan-soalan yang susah. Guru juga harus membahagikan beberapa kumpulan dalam kelas. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid harus terdiri daripada murid-murid pandai, sederhana dan lemah. Dengan ini, murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Murid-murid sederhana dan juga murid-murid lemah akan mempelajari daripada murid-murid pandai. Dengan ini guru-guru dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang sebelum ini.
SOALAN 2
BAGAIMANA GURU MEMASTIKAN OBJEKTIF YANG DITETAPKAN ITU TERCAPAI?
Objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru adalah penting untuk mencapai matlamat guru dalam membimbing murid dengan penuh dedikasi. Guru juga harus memastikan bahawa objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Guru boleh mengamalkan beberapa cara supaya ojektif yang ditetapkan itu adalah tercapai. Apabila objektif guru tercapai, maka murid-murid akan mendapat manfaat yang banyak. Guru juga akan berasa gembira apabila mereka mendapat tahu bahawa objektif yang ditetapkan  itu berjaya diterima oleh anak-anak muridnya.
Guru dapat memastikan objektif yang ditetapkan itu tercapai semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selepas guru mengajar sesuatu topik, guru harus mengadakan sesi soal jawab antara anak-anak muridnya. Apabila guru menanya soalan, murid-murid harus menjawab  soalan tersebut. Dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru, maka guru akan berasa  bahawa murid-murid telah faham apa yang diajar. Guru juga akan berasa bahawa objektif yang ditetapkan itu adalah tercapai. Sehari sebelum guru mula mengajar sesuatu topik baru, guru akan membuat perancangan untuk mengajar anak-anak muridnya dengan lebih efektik. Peranacangan awal yang telah dibuat oleh guru akan tercapai pada keesokan harinya apabila murid-murid faham dan dapat mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh guru.
Guru juga boleh memastikan bahawa objektifnya tercapai apabila anak-anak muridnya dapat membuat latihan yang diberi oleh guru. Selepas mengajar sesuatu topik, guru perlu mengadakan sesi membuat latihan. Guru perlu memberi latihan yang banyak dan sesuai dengan topik yang diajar. Guru perlu membuat pemerhatian terhadap setiap murid bahawa mereka dapat membuat latihan-latihan tersebut atau tidak. Jika murid-murid dapat membuat latihan-latihan tersebut, maka objektif guru yang ditetapkan adalah tercapai. Selain itu, guru-guru juga perlu memberi ujian kecil kepada anak-anak muridnya. Selepas mengajar setiap topik, guru-guru perlu mengadakan ujian-ujian kecil bagi meneroka lebih dalam lagi kefahaman mereka. Dengan mengadakan ujian-ujian kecil, maka murid-murid pun akan mempunyai lebih pengetahuan dalam topik-topik itu.
Selain itu, guru juga mengamalkan cara memanggil murid ke depan dan suruh membuat pada papan hitam. Selepas guru mengajar, guru boleh memanggil sesetengah murid dan cuba mereka menyelesaikan masalah yang dicatat oleh guru pada papan hitam. Dengan ini, guru dapat melihat persembahan anak-anak muridnya dan sejauh mana mereka faham akan pengajaran guru. Jika guru mendapati anak-anak muridnya tidak faham akan apa yang diajar oleh guru, maka guru harus menekankan pengajaran pada bahagian tersebut. Guru perlu membuat pengajaran yang lebih efektif supaya anak-anak muridnya faham dengan lebih cepat. Disini, peranan guru amat dipertimbangkan kerana murid-murid akan ikut apa yang diajar oleh guru.
Guru-guru juga harus mengenalpasti mimik muka ataupun (body language) setiap anak muridnya. Mereka harus mengenalpasti bahawa murid-muridnya menggangguk kepala ‘ya’ , faham atau tidak. Mimik-mimik muka seperti ini menunjukkan bahawa muird-murid faham akan pengajaran guru. Sekiranya anak-anak murid menggoyangkan kepalanya berkata tidak faham, maka guru-guru perlu mengulang sekali lagi pengajaran pada bahagian mereka tidak faham. Oleh itu, penting bahawa guru-guru mengenal pasti mimik muka setiap anak muridnya untuk mencapai objektif yang ditetapkan itu tercapai.
SOALAN 3
BAGAIMANAKAH GURU DAPAT MENGESAN PEMBELAJARAN TELAH BERLAKU?
Pada hari khamis bersamaan dengan 12 March saya telah pergi ke kelas tahun lima (5C) untuk membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kelas tersebut pada hari pertama guru Matematik mengajar murid tentang topik pecahan.
Dalam kelas tersebut murid – murid aktif melibatkan diri dalam segala aktivit yang dijalankan oleh guru. Mereka sentiasa memberi respon terhadap segala soalan yang dituju kepada mereka. Mereka juga tidak lupa untuk menanya soalan kepada guru sekiranya mereka tidak faham beberapa teknik penambahan dalam topic tersebut.
Pada hari yang sama, saya sekali lagi memasuki kelas tahun empat (4A). Semasa saya memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tersebut pada hari kedua guru Bahasa Melayu mengajar murid tentang topik Kemahiran Perkataan. Murid diberi beberapa aktiviti untuk menguji kefahaman mereka dalam topik kemahiran perkataan. Selepas habis pengajaran, guru telah mengarahkan murid-murid menyebut perkataan berdasarkan gambar. Selain itu, guru juga meminta murid mencantumkan kad suku kata menjadi perkataan bermakna. Tambahan juga, murid diberi latih tubi mengeja. Didapati murid-murid membuat latihan-latihan tersebut dengan baik sekali.
Dalam kelas tersebut murid – murid aktif melibatkan diri dalam segala aktivit yang dijalankan oleh guru. Mereka sentiasa memberi respon terhadap segala soalan yang dituju kepada mereka. Mereka juga tidak lupa untuk menanya soalan kepada guru sekiranya mereka tidak faham beberapa teknik Kemahiran dalam topik  tersebut.
SOALAN 4
BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PERBEZAAN INDIVIDU?
Pada hari ahad saya telah pergi ke kelas lima (5C) untuk membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di kelas itu. Semasa saya memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tersebut, saya dapat memastikan bahawa bagaimana guru tersebut dapat melaksanakan pembelajaran berdasarkan perbezaan individu murid.
                Di dalam buku panduan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) 1982, guru KBSR dikehendaki merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada kebolehan dan perbezaan individu. Oleh itu, KBSR menyarankan agar kaedah kumpulan digunakan untuk melaksanakan program KBSR dalam kelas.
                Sehubungan dengan ini murid – murid dalam kelas 5C itu juga dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.  Oleh kerana kumpulan lambat ialah kumpulan yang terdiri daripada murid – murid yang selalu menghadapi masalah pembelajaran, mereka diberikan pendidikan pemulihan selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kelas. Selepas guru mengajar sesuatu topik baru, guru akan meminta semua murid membuat latihan yang diberikan.
Tetapi murid-murid lemah akan menghadapi masalah besar dalam menyiapkan kerja yang diberi. Oleh itu, guru memberikan pendidikan pemulihan dimana guru mengajar asas matematik kepada murid-murid tersebut. Jadi, murid-murid pun akan mempelajari satu demi satu tentang kandungan yang terdapat dalam matapelajaran itu.
  Murid – murid kumpulan cerdas dan sederhana biasanya boleh menguasai kemahiran asas dengan mudah. Contohnya selepas guru habis mengajar topik baru dalam matapelajaran matematik itu, guru meminta murid-murid tersebut membuat latihan. Mereka cepat menghabiskan kerja yang diberi oleh guru. Ini kerana mereka faham akan konsep yang diajar oleh guru. Walaupun murid-murid cerdas cepat memahami apa yang diajar oleh guru, tetapi ada sesetengah murid-murid sederhana yang lambat memahami konsep pengajaran. Mereka tidak begitu fasih seperti murid-murid cerdas.  Justeru itu, semasa kumpulan lambat menjalani aktiviti pemulihan, kumpulan – kumpulan cerdas dan sederhana menjalani aktivit pengayaan.
                Selepas murid – murid kumpulan lambat menjalani aktiviti pemulihan, mereka di nilai semula. Bagi murid – murid yang telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka diberikan program pengayaan atau terus belajar kemahiran baru seperti dengan kumpulan cerdas dan sederhana. Bagi murid – murid yang masih belum Berjaya menguasai kemahiran itu, mereka ditempatkan dalam satu kelas khas dan diberikan satu program pemulihan yang disediakan oleh seorang guru pemulihan.



BAHAGIAN B
MASALAH PEMBELAJARAN MURID
SOALAN 1
HURAIKAN SECARA RINGKAS MASALAH PEMBELAJARAN MURID YANG ANDA KENAL PASTI
MASALAH TINGKAH LAKU MURID PRASEKOLAH
TINGKAH LAKU NEGATIF:
a)  Tingkah laku hiperaktif – keadaan murid yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan, dan sukar dikawal.
b)  Tingkah laku bimbang – murid yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau takut disebabkan kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku
c)  Tingkah laku bergantung – murid yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti ibu / bapa, guru, rakan sebaya daan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan sendiri.
d)  Tingkah laku pengunduran diri – keadaan murid yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau aktiviti kerana rasa rendah diri ,rasa tidak selamat ,rasa terancam, kurang kemahiran, atau malu.             
e)  Tingkah laku permusuhan nyata – murid yang menampilkan pelakuan fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai hati seseorang.
f)   Tingkah laku murung – keadaan murid yang amat sedih , diam tak mahu bercakap dan pasif sebab masalah keluarga atau kurang penerimaan atau gagal memperoleh sesuatu
g)  Tingkah laku pengasingan diri – keadaan murid yang rasa rendah diri  , tidak mahu bergaul, suka menyendiri kerana kurang mahir berkomunikasi/interpersonal
h)   Tingkah laku merosakkan – keadaan murid yang menunjukkan tingkah laku agresif untuk melihat orang lain mengalami  kesusahan atau menderita atau merasa seronok orang lain mendapat malang seperti  merosakan sesuatu alatan atau benda , mematahkan, menconteng dan lain-lain.
i )   Tingkah laku mengganggu – pelakuan yang melampau yang mengganggu ketenteraman orang lain atau pengajaran seperti membuat bising, pergerakan yang tak perlu, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.
MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU
a)  Model disiplin asertif ( Assertive Discipline Model)
b)  Model  Glaser
c)  Model Ginott
d)  Model Driekurs
a)  Model disiplin tegas ( Assertive Discipline Model)
-          diperkenalkan oleh Lee Canter (1976)
-          sistem yang peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan dalam bilik darjah.
-          Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah juga nyatakan
-          Jika murid melanggar peraturan namanya akan dicatat sama ada di papan kapur, di klip board atau buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan di hantar ke bilik Guru Besar atau atau ibu/bapanya dipanggil berjumpa guru.
-          Canter percaya sistem disiplin tegas membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan.
-          Canter mendasari sistem disiplin tegasnya dengan tanggapan bahawa murid hendak mengganggu guru dan mengelak belajar atau supaya guru tidak mengajar.
-          Guru yang percaya murid mempunyai keinginan berbeza untuk belajar menyatakan tanggapan itu tidak wajar. Satu masalah lagi dengan disiplin tegas ialah menganggap murid boleh melakukan sesuatu mengikut disiplin.
-          Guru yang berpengalaman menganggap murid boleh belajar bahawa sesetengah tingkah laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiannya tidak.
-          Guru yang percaya bahawa murid mempunyai  keinginan kuat untuk belajar beranggapan bahawa tanggapan ini tidak wajar. Mereka tahu bahawa belajar biasanya mengambil masa, perlu bimbingan, dan ulangan pengalaman.
-          Sistem disiplin tegas beranggapan apabila murid diberi tahu peraturan dan menghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan pelakuan yang tidak diingini. Pendekatan ini akan mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid tidak tahu mengapa  sesuatu pelakuan itu tidak diterima ataupun adakah mereka belajar untuk menyesuaikan diri pada situasi yang lain.
-          Sistem pengurusan tingkah laku yang menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak akan membantu murid belajar bertanggungjawab.
-          Walau bagaimanapun sistem ini mengajar murid  untuk mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas. Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan
dan menuntut kepatuhan semerta. Misalnya, untuk mengelakkan kecederaan atau semasa kecemasan  seperti kebakaran. Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami rasionalnya mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian.
-          Walau bagaimanapun , mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut kepatuhan semerta tidak semestinya sebagai cara pengurusan tingkah laku.
-          Pada pandangan Gartrell (1987a) menegaskan disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru ‘pengurus teknikal’. Malahan ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka.
-          Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambilkira kurikulum, susun atur bilik darjah atau jadual waktu. Sistem disiplin perlu mengambil kira semua faktor dan individu yang terlibat dalam situasi pengajaran.
-          Jones dan Jones(1990) melaporkan sesetengah sekolah yang mengamalkan program disiplin tegas selama ini telah tidak lagi mengamalkannya  sebab:
- ramai guru kecewa  kerana murid bermasalah kurang berkait dengan prosedur itu
- murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib atau bimbang
- guru yang sering melaungkan “duduk!”, “diam!” “keluar!” semasa di bilik darjah adalah
  gagal memenuhi keperluan asas dan akademik murid
- guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas untuk mengelakkan tingkah laku
  mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya
b)  Model  Glasser
-          berdasarkan penyediaan  banyak pilihan yang baik untuk murid dan menguruskan gangguan
  yang berlaku secara tenang dan logik.
-          Glasser percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku tidak baik.
-          Tingkah laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya . Jika Sekolah  mempunyai disiplin yang baik ia akan menjadi tempat  di mana kurang terdapat murid atau guru yang kecewa dalam nenenuhi keperluan masing-masing.
-          Antara keperluan yang dikenal pasti ialah keperluan dimiliki, keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka atau gembira.
-          Sekolah yang muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki ( sense of belonging) atau tiada peluang membuat pilihan merupakan sekolah yang sering mengalami masalah disiplin.
-          Glasser mencadangkan guru menstruktur pengalaman pembelajaran murid supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yang pandai memenuhi keperluan memimpin/kuasa dan yang lemah untuk menyumbang kepada kumpulannya.
-          Dalam model glasser,  mesyuarat kelas antara murid akan membincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah.
-          Walau bagaimanapun, model Glasser sering digunakan untuk murid menengah, tetapi  
model  ini berfokus kepada penyelesaian masalah, pilihan yang disediakan guru dan cara guru membantu murid bermasalah  dengan cara yang bersesuaian.
c)  Model Ginott
-          berdasarkan  pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif (baik)untuk disiplin yang baik melalui komunikasi berkesan antara guru dan murid.
-          Beliau percaya , disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai sepanjang masa.
-          Prinsip model ini ialah sebagai mesej membaiki  kepada murid  dalam menangani masalah.
-          Ginott  menggunakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) untuk menerangkan  tindak balas yang harmoni dengan perasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka.
-          Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya.
-          Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka untuk membantu murid menyelesaikan masalah.
-          Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandangan Ginott merasa perlu pengurusan yang berstruktur dalam situasi pengajaran.
-          Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan dengan murid amat perlu kepada guru prasekolah.
-          Beliau juga menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinan murid dan tingkah laku guru sebagai contoh/model.
d)     Model Driekurs
-          Dreikurs mendifinisikan disiplin sebagai mengajar murid peraturan yang membataskan mereka.
-          Beliau percaya semua murid ingin rasa dimiliki , dan tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk  dimiliki, Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang tidak jelas atau silap ,seperti untuk mendapat perhatian atau kuasa, dendam dan mendedahkan kelemahan orang lain.
-          Dreikurs mencadangkan kaedah mendisiplin yang baik ialah menggalakkan tingkah laku positif.
-          Untuk mengatasi masalah tingkah laku, Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan kepada murid secara logik tindakan mereka ambil terhadap mereka.   
-          Penjelasan secara logic tehadap dendaan adalah berbeza dengan hukuman. Hukuman (punishment) ialah aksi yang diambil oleh guru kepada masalah tingkah laku dan untuk menunjukkan siapa berkuasa. Hukuman menyebabkan ingin melawan . Penjelasan ini mengajar murid memahami bahawa setiap tingkah laku ada implikasinya. Tingkah laku yang baik mendapat ganjaran yang baik dan menggembirakan,  begitulah sebaliknya.
-          Charles dan Barr (1989) berpendapat kaedah Dreikurs memberi peluang kepada murid membina tingkah laku secara asli kerana murid mengamalkan tingkah laku yang baik kerana murid beranggapan mereka wajar berbuat demikian.

CIRI-CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAH
a)     Menyedari kepelbagaian murid : murid berbeza JERIS dan budaya. Cara menangani dan melayani murid akan berbeza.
b)     Penghayatan kurikulum: guru perlu mahir dalam subjek dari segi ilmu dan cara menyampaikannya supaya pengajaran lebih berkesan.
c)     Kemahiran pedagogi (how to teach):  menggunakan pelbagai strategi , teknik pemudahcaraan dan BBM untuk pembelajaran murid. Manakala kem.endagogi-kemahiran mengajar orang dewasa.
d)     Amalan budaya penyayang : Budaya guru penyayang dipraktikkan semasa mengajar dan melayani murid di dalam dan di luar kelas.
e)     Kemahiran isi kandungan: Guru mahir merancang isi dan komponen pembelajaran serta dapat menyampaikannya dengan berkesan
f)      Kemahiran menilai : memahami dan mengamalkan teknik-teknik penilaian yang sesuai untuk mengesan perkembangan dan kemajuan murid.
g)     Membantu pembelajaran: Guru membantu pembelajaran  murid dengan melibatkan pelbagai deria , menggalakkan berfikir, membuat penerokaan dan membuat perkaitan. Mempelajari pelbagai konsep secara bersepadu dan menyeronokkan.
h)     Mengamalkan sisat-sifat guru yang wajib mengikut Islam:  seperti zuhud, bersih, ikhlas, halim, berilmu dan lain-lain.
i)      Mengamalkan sifat-sifat yang disukai oleh murid: emosi stabil  dan sabar, ceria, suara dan tingkah laku beradab, bersimpati dan berempati, tegas dan lain-lain lagi.
j)      Guru yang reflektif: sentiasa muhasabah diri untuk menilai kekurangan dan membuat penambahbaikan atau memperbaikinya.

Pada hari Rabu bersamaan dengan 5 March 2008 saya  rakan saya telah pergi ke kelas 5A untuk membuat pemerhatian. Sebelum kami masuk ke kelas, kami telah mendapati bahawa murid-murid dalam kelas itu sangat bising dan ada juga murid-murid duduk dengan senyap dan tidak bising. Selepas guru masuk ke kelas kami pun masuk dan duduk di belakang kelas. Guru bahasa Inggeris mereka mengajar topik baru pada hari itu.murid-murid pun menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Sambil memerhatikan setiap gerak geri murid, kami  membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sambil membuat pemerhatian, kami telah mendapati beberapa orang murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
Didalam kelas 5A itu, terdapat sesetengah murid menghadapi masalah pembelajaran. Selepas guru habis mengajar, beliau menyuruh seorang murid berdiri dan membaca ayat-ayat yang tercatat dalam buku teksnya. Tetapi didapati murid tersebut tidak dapat membaca. Sebelum ini guru mengajar cara membaca ayat tersebut dan juga cara mengeja setiap perkataan. Tetapi apabila guru menanya semula, murid tersebut tidak dapat membacanya. Ini kerana pada pandangan saya kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Selain itu, saya juga mendapati terdapat kanak-kanak yang hyperaktif dalam kelas tersebut. Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Ciri-ciri yang dinyatakan tadi dapat di lihat pada salah satu murid di kelas itu. Murid tersebut mempunyai perangai yang sama dan guru tidak dapat mengawal murid tersebut. Dia asyik membuat bising, dan pergi ke tempat kawannya untuk berbual dengannya. Dia juga mengganggu murid-murid lain yang belajar semasa guru melaksanakan pengajaran di dalam kelas.
Pada pandangan saya adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Tambahan pula, ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat dalam kelas itu. Ini juga merupakan salah satu masalah pembelajaran dimana saya telah melihat semasa saya membuat pemerhatian semasa guru mengadakan pengajaran dalam kelas. Selepas habis mengajar, guru memberi latihan dan suruh semua murid menghabiskannya. Oleh kerana terdapat murid-murid kekok dalam kelas maka mereka  lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
SOALAN 2
LAKSANAKAN SESI TEMU BUAL DGAN MURID BERKENAAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN MEMAHAMI DENGAN LEBIH MENDALAM MENGENAI MASALAH YGDIKENALPASTI
Sebagaimana yang kita ketahui pelajar – pelajar di dalam sesebuah kelas biasanya mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, fizikal, minat, bakat dan sebagainya. Oleh kerana itu, ada pelajar yang boleh belajar dengan cepat, dan ada pula pelajar yang hanya boleh memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran sahaja selepas diberikan pendidikan pemulihan. Ada kemungkinan juga terdapat pelajar yang tidak boleh belajar langsung.
Pada hari Isnin bersamaan dengan 3 March 2008 saya  rakan saya telah pergi ke kelas 5C untuk membuat pemerhatian. Sebelum kami masuk ke kelas, kami telah mendapati bahawa murid-murid dalam kelas itu sangat bising dan ada juga murid-murid duduk dengan senyap dan tidak bising. Selepas guru masuk ke kelas kami pun masuk dan duduk di belakang kelas. Guru matematik mereka mengajar topik baru pada hari itu. Murid-murid pun menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Sambil memerhatikan setiap gerak geri murid, kami  membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sambil membuat pemerhatian, kami telah mendapati beberapa orang murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
Didalam kelas 5A itu, terdapat sesetengah murid menghadapi masalah pembelajaran. Saya telah mendapati bahawa terdapat kanak-kanak yang hyperaktif dalam kelas tersebut. Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Ciri-ciri yang dinyatakan tadi dapat di lihat pada salah satu murid di kelas itu. Murid tersebut mempunyai perangai yang sama dan guru tidak dapat mengawal murid tersebut. Dia asyik membuat bising, dan pergi ke tempat kawannya untuk berbual dengannya. Dia juga mengganggu murid-murid lain yang belajar semasa guru melaksanakan pengajaran di dalam kelas.
                     Oleh kerana itu saya meminta kebenaran daripada guru matapelajaran tersebut untuk menemu ramah pelajar tersebut untuk mengenali lebih dalam masalah pelajar tersebut. Saya berpeluang untuk mendampingi pelajar tersebut pada waktu rehat. Saya mendapat tahu bahawa pelajar tersebut bernama Ali bin Ahmad. Pada awalnya pelajar tersebut sukar untuk memulakan perbualanya. Dia malu dan segan sambil takut untuk membuka mulut dan memberi respon terhadap soalan yang dituju kepadanya. Setelah saya menanya beberapa soalan secara turutnya baru pelajar tersebut memuka mulut dan bercakap. Sambil saya menujukan beberapa soalan, murid tersebut tidak dapat duduk dengan diam. Dia menggerakan meja, kerusi dan juga lakukan sesuatu yang tidak dikehendaki. Melalui percakapan dia saya dapat tahu bahawa murid itu memang macam itu sejak kecil lagi. Lagipun, saya diketahui bahawa ibu bapanya tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya dan biarkan macam itu.  .
                     Pelajar itu mengatakan bahawa dia sukar untuk mengawal dirinya dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya. Dia juga mengatakan bahawa guru akan merotannya jika dia membuat sesuatu atau mengganggu seseorang. Oleh itu saya menasihatnya bahawa pergi kaunseling supaya dapat penjelasan yang kukuh daripada kaunselor. Saya juga menyatakan bahawa supaya cuba mengawal dirinya dalam kelas. Setelah habisnya temubual saya, saya memberi sedikit nasihat untuk dia supaya terus berusaha untuk berjaya. 
SOALAN 3
SENARAIKAN JENIS DAN PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH PEMBELAJARAN ITU BERLAKU?
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, punca biologi dan punca psikososial. Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa  yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Dalam soalan satu(1) saya telah huraikan secara ringkas masalah pembelajaran murid yang saya kenal pasti. Semasa saya membuat pemerhatian dalam kelas 5A, saya telah mendapati bahawa ada sesetengah murid mengalami masalah tersebut dan menyebabkan mereka mengalami banyak kesusahan dalam kelas. kami telah mendapati bahawa murid-murid dalam kelas itu sangat bising dan ada juga murid-murid duduk dengan senyap dan tidak bising. Selepas guru masuk ke kelas kami pun masuk dan duduk di belakang kelas. Guru bahasa Inggeris mereka mengajar topik baru pada hari itu.murid-murid pun menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Sambil memerhatikan setiap gerak geri murid, kami  membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sambil membuat pemerhatian, kami telah mendapati beberapa orang murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
Didalam kelas 5A itu, terdapat sesetengah murid menghadapi masalah pembelajaran iaitu masalah membaca. Ini kerana pada pandangan saya kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya . Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ).
Selain itu, saya juga mendapati terdapat kanak-kanak yang hyperaktif dalam kelas tersebut. Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Ciri-ciri yang dinyatakan tadi dapat di lihat pada salah satu murid di kelas itu. Murid tersebut mempunyai perangai yang sama dan guru tidak dapat mengawal murid tersebut. Dia asyik membuat bising, dan pergi ke tempat kawannya untuk berbual dengannya. Dia juga mengganggu murid-murid lain yang belajar semasa guru melaksanakan pengajaran di dalam kelas.
Pada pandangan saya adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu.
Tambahan pula, ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat dalam kelas itu. Ini juga merupakan salah satu masalah pembelajaran dimana saya telah melihat semasa saya membuat pemerhatian semasa guru mengadakan pengajaran dalam kelas. Selepas habis mengajar, guru memberi latihan dan suruh semua murid menghabiskannya. Oleh kerana terdapat murid-murid kekok dalam kelas maka mereka  lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
SOALAN 4
CADANGKAN APAKAH TINDAKAN YANG ANDA DAPAT LAKSANAKAN UNTUK MEMBANTU MENGATASI MASALAH MURID TERSEBUT?
Sepanjang berada di sekolah, saya mendapati murid-murid mengalami beberapa masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Faktor utamanya adalah kurang kecerdasan. Ini adalah berkait rapat dengan masalah mental. Ciri-ciri pelajar yang mempunyai masalah mental adalah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya.
Faktor masalah pembelajaran ini mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut:
ð Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif pelajar.
ð Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima   oleh pelajar
ð Bahan pembelajaran yang disediakan kurang menarik minat pelajar-pelajar
Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat dibaiki, pelajar-pelajar yang berkenaan mulai hilang minat dalam aktiviti pembelajaran mereka. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga ke peringkat di mana pelajar kehilangan minat untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, pelajar-pelajar akan ketinggalan jauh di belakang dalam pelajaran kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajarkan oleh guru atau sebab seringkali tidak hadir sekolah.
Untuk itu kurikulum perlulah sesuai untuk semua peringkat murid. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan perlulah sesuai diterima oleh pelajar. Pihak berkuasa terutama sekali guru perlulah mengambil berat isu ini. Mereka hendaklah memastikan bahawa bahan pembelajaran yang disediakan menarik minat pelajar-pelajar.
Masalah pembelajaran di atas boleh diatasi melalui pendidikan pemulihan jika pelajar itu banyak mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes berat, seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut dalam sesebuah sekolah khas.  




REFLEKSI HARIAN

REFLEKSI HARI PERTAMA (03/03/08)
                Pada hari pertama setelah tiba di sekolah, kami berjumpa dengan guru besar. Disebabkan pada hari itu adalah hari Isnin, sekolah tersebut mengadakan perhimpunan pagi di padang sekolah. Pada mulanya, murid-murid menyayikan lagu Negaraku, lagu Negeri dan akhirnya lagu Sekolah.
Selepas itu, Guru Penolong Kanan HEM (Hal Ehwal Pelajar) memberikan ucapan. Beliau menyentuh beberapa perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas. Pertamanya, beliau berucap tentang kes buli yang kerap kali berlaku di sekolah itu. Seramai enam orang murid terlibat dalam kes ini. Guru Penolong Kanan HEM, En.Lee meminta mereka untuk berdiri di atas pentas dan pada masa itu, guru besar memukul mereka di hadapan murid-murid yang lain. Ini menjadi suatu pengajaran bagi murid-murid yang lain di sekolah itu. Keduanya, beliau memberi amaran kepada semua murid supaya jangan berlari di sekitar kawasan sekolah dan jangan membuat bising jika guru tiada dalam kelas.
Selepas Guru Penolon Kanan HEM memberikan ucapan, guru besar pula mengambil giliran untuk berucap. Guru besar memperkenalkan kami kepada semua murid di sekolah itu. Beliau meminta murid-murid untuk memberikan kerjasama kepada kami sepanjang kami berada di sekolah itu. Seterusnya, perhimpunan pada pagi itu tamat pada pukul 7.45 pagi.
Kami menunggu Guru Penolong Kanan 1 di pejabat. Beliau mengaturkan jadual waktu bagi kami. Beliau memberikan beberapa kelas Pendidikan Jasmani dan Matematik supaya kami dapat menjalankan pemerhatian kami. Pada pukul 1.35 tengah hari waktu persekolahan tamat. 
REFLEKSI HARI KEDUA (04/03/08)
                Pada hari kedua, ujian bulanan diadakan di sekolah itu. Kami diminta untuk masuk ke kelas 3C untuk menjaga kelas semasa ujian dijalankan. Kami berada di kelas itu dari pukul 10.05-11.05 pagi.
                Pada masa itu, ujian Bahasa Inggeris berlangsung. Kami mengedarkan kertas soalan kepada semua murid dan mengarahkan mereka untuk menjawab soalan-soalan. Murid-murid menjawab soalan dalam keadaan yang senyap. Ada sesetengah murid yang kurang faham soalan ujian dan mereka menanyakan kepada kami. Kami hanya memberikan penerangan dalam Bahasa Melayu.
                Selepas itu, pada pukul 12.35 hingga 1.35 tengah hari, kami masuk ke kelas 4B untuk menjaga kelas semasa ujian Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dijalankan. Murid-murid tidak menghadapi apa-apa masalah dan masing-masing menjawab soalan dalam keadaan yang senyap. Pada pukul 1.35 tengah hari, waktu persekolah telah tamat.
REFLEKSI HARI KETIGA (05/03/08)
                Pada hari itu, saya diberi jadual waktu untuk menghadiri kelas 5A untuk menjaga kelas semasa ujian dijalankan. Menurut jadual waktu yang diberikan, ujian itu akan diadakan pada pukul 12.35 hingga 1.35 tengah hari. Sebelum itu, saya menemubual beberapa orang guru di sekolah itu mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan PBS. Mereka memberikan respon yang amat baik. Mereka dengan rela hatinya berkongsi pengalaman mereka dengan saya. Mereka sanggup meluangkan masa bersama kami.
                Selepas itu, saya bertemu dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Chew Keng Seng untuk menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani. Beliau juga memberikan respon yang baik. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan jasmani.    
Pada pukul 12.35 tengah hari, kami masuk ke kelas 5A. Pada masa itu,  ujian Bahasa Inggeris telah berlangsung. Murid-murid dalam kelas itu, menjawab soalan-soalan dalam keadaan yang senyap. Pada pukul 1.35 tengah hari, murid-murid telah selesai menjawab soalan. Waktu persekolahan tamat pada pukul 1.35 tengah hari.
REFLEKSI HARI KEEMPAT (06/03/08)
                Setelah tiba di sekolah, saya berjumpa dengan Guru besar  , untuk mendapatkan tandatangannya dalam borang. 
Pada waktu rehat, dia memulangkan borang-borang dengan tandatangannya sekali. Selepas itu, saya berjumpa dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, En. Chew Keng Seng untuk menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani. Dia memberikan beberapa buku Pendidikan Jasmani kepada kami untuk dijadikan rujukan.
Pada pukul 11.35 hingga 12.35 tengah hari saya dikehendaki menjaga kelas 2A dan 3B yang menduduki Ujian Bulanan. Selepas itu, saya berbincang dengan guru-guru lain tentang soalan-soalan PBS yang diberikan kepada kami. Pada pukul 1.35 tengah hari, waktu persekolahan telah tamat.


MAKLUMAT / DATA KANAK-KANAK

NAMA KANAK-KANAK
JANGKA MASA KAJIAN
LOKASI KAJIAN
UMUR DAN TARIKH LAHIR KANAK-KANAK
SEBAB MEMILIH KANAK-KANAK TERSEBUT
CIRI TERSERLAH KANAK-KANAK TERSEBUT
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KANAK-KANAK TERSEBUT TERMASUK
  • KELUARGA
  • BANGSA
  • AGAMA
  • KESIHATAN SEMASA DALAM KANDUNGAN
  • KESIHATAN SEMASA DILAHIRKAN
  • KESIHATAN SEMASA DIBESARKAN

Nur Nabihah Binti Kamarzaman dilahirkan pada 20 Jun 2001 pada pukul 8.52 malam  dan sekarang berusia enam tahun. Nabihah dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan hasil perkongsian hidup Encik Kamarzaman bin Che Ngah dan Hasnah Binti Mat Husin.
Nabihah  tinggal di Lot Pt 701, Kampung Gong Serapat, Jalan Jelor, Pasir Puteh, Kelantan lebih kurang 1000 m dari sekolah. Nabihah adalah anak bongsu dalam keluarganya. Nabihah kini setinggi 112 cm dan seberat 19 kg.
 Nabihah mempunyai 5 orang kakak dan 2 orang abang. Kakak sulungnya bernama Noor Eddianie, berumur 25 tahun dan kini sedang menuntut di USM.
Abang Nabihah, Mohd Shaiful, berusia 23 tahun sedang menuntut di Politehnik Dungun. Noorul Ain, 18, pula sedang belajar di sekolah saya dahulu iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Nur Hidayah, Nurul Afiqah, dan Nur Syahirah pula merupakan murid sekolah kajian saya iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh ( Perempuan ), dan merupakan murid camerlang sekolah itu. Nabihah juga mempunyai seorang lagi abang iaitu, Mohd Syahmi Azri, kini belajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh           ( Lelaki ) dan kini belajar dalam kelas Tahun Satu Setia dan merupakan kelas kelolaan ibu saya.
Hasil temuramah ibu saya,yang juga seorang guru di sekolah abang Nabihah,  saya mendapat tahu sikap dan sifat Nabihah sama dengan abangnya yang berumur 7 tahun itu.
Nabihah beragama Islam. Nombor surat beranaknya adalah AV 54740. Ayahnya berkerja sebagai penjual ikan di Pasar Pasir Puteh. Pendapatan sebulan dianggarkan sebanyak RM700.00. Ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.
Saya menemuramah ibu saudara Nabihah, yang juga seorang guru di sekolah ibu saya, mendapati ayah Nabihah mempunyai dua orang isteri dan ibu Nabihah sudah lama sakit. Dia menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa ke Hospital Universiti Malaysia untuk mencuci darah beberapa kali dalam seminggu dan mendapatkan rawatan lanjut disana.
Saya sebenarnya ingin menemuramah ibunya sendiri tetapi, sepanjang kajian dilakukan, ibu Nabihah berada di hospital kerana kakak Nabihah ditahan di wad kerana penyakit yang belum diketahui.
Saya mula membuat pemerhatian pada hari pertama saya di prasekolah iaitu pada hari Ahad. Saya mendapati Nabihah adalah berlainan daripada kawan-kawannya. Pemerhatian dibuat selama lima hari seawal kelas bermula sehingga kelas berakhir. Kajian ini dijalankan di Prasekolah  di bawah kelolaan Puan Hajah Fauziyah Binti Ab. Ghani..
Saya memilih Nabihah kerana perwatakannya yang terlalu pendiam dan  berlainan dengan murid-murid lain. Di samping itu juga Nabihah juga seorang murid yang tidak suka bergaul dengan orang lain termasuk keluarganya dan mempunyai  emosi yang tidak stabil.
Sewaktu perhimpunan mingguan sekolah diadakan pada pukul 7.45 pagi pada hari ahad, iaitu hari pertama kajian saya, saya melihat ada seorang murid yang berdiri di perhimpunan dan tidak duduk walapun disuruh oleh guru dan pengawas sekolah.
Ini membuatkan saya ingin mendekati murid tersebut. Apabila ke prasekolah, saya mencari budak yang saya lihat tadi dan menemui Nabihah. Saya kenal Nabihah adalah budak tadi kerana rantai leher yang dipakai oleh Nabihah.
Secara kasar saya melihat Nabihah, persepsi pertama  saya mengatakan dia seorang murid yan sombong dan keras kepala. Namun begitu apabila mendekati dia dengan lebih rapat lagi ternyata dia seorang yang jenis manja dan perlukan kasih sayang serta perhatian daripada semua pihak yang terlibat termasuk ibu, bapa, dan juga guru prasekolah.
Nabihah memiliki raut wajah yang  bersih dan berulit cerah. Pemerhatian luar saya terhadap Nabihah mendapati kulitnya tidak mempunyai parut-parut, kudis dan luka-luka calar yang biasa ada pada seorang kanak-kanak yang masih dalam proses pembesaran sepertinya. Susunan giginya juga teratur dan bersih. Dia juga tidak menghadapi masalah gigi rongak. Selain itu, Nabihah juga mempunyai rambut yang cantIK, hitam, bersinar, dan lupus serta rapi
Pemakaian Nabihah adalah sangat kemas berbanding dengan murid-murid lain di kelasnya. pakaiaannya bersih dan kemas sepanjang masa termasuk juga waktu rehat. Dari awal pagi sehingga kelas berakhir, rambutnya juga kemas dan tersisir rapi.
Apabila tiba di prasekolah, Nabihah hanya akan duduk di tempat duduknya dan tidak akan berganjak walaupun diajak kawan-kawan.  Nabihah tidak pernah makan dan minum sepanjang persekolahannya. Nabihah juga akan memerhati dari jauh sahaja apa yang dilakukan oleh kawan-kawan
Nabihah  adalah seorang murid yang sopan santun. Semasa saya menjalankan kajian ke atasnya , dia tidak pernah melawan atau bersikap kurang ajar  kepada guru prasekolah dan pembantu pra.  . Disebabkan sikapnya yang tidak pernah bercakap dan terlalu pendiam, kawan-kawannya suka mengusik dan mengganggu dia. Namun begitu, usikan tersebut tidak dihiraukan olehnya.
Nabihah  adalah seorang yang bersahaja. Apabila kawan-kawna menggusiknya, dia membiarkan sahaja sehinggalah kawan-kawannya bosan dan berhenti  mengganggunya. Riak wajah yang tidak berperasaan menyukarkan kita untuk mengenalpasti emosi yang sedang dia alami pada ketika itu. Nabihah hanya menjeling dan bermasam muka..
Nabihah tidak pernah  membuat kerja yang diberi oleh guru pra. Pada waktu pembelajaran dia tidak akan menghiraukan rakan-rakan lain yang mengganggunya. Di waktu rakan-rakan mengusiknya , dia masih boleh duduk termenung dan berwajah seperti orang dalam keadaan sedih dan makan hati..
Walaupun Nabihah tidak pernah membuat kerja sekolah yang diberikan, namun dia pernah mewarna gambar yang diberikan semasa minggu pertama persekolahan dan  hasil kerja yang dibuatnya  adalah sangat kemas dan merupakan yang paling kemas bersesuaian dengan peringkat umurnya. 
Di dalam kelas terutamanya sewaktu proses pembelajaran, Nabihah hanya memandang dari atas kerusinya tanpa berganjak dari situ. Apabila diberi kerja dia hanya akan memandang buku itu tanpa memegang pensil atau pensil warna dan duduk termenung sepanjang masa.
 Kawan-kawan Nabihah sentiasa datang dan duduk disebelah Nabihah untuk memujuk dan membantu Nabihah membuat kerja rumah. Kanak-kanak yang lain biasanya berebut untuk duduk di sebelah Nabihah dan ada yang ingin membuat kerja sekolah untuk Nabihah.

Sewaktu guru prasekolahnya memanggil nama Nanihah untuk mengambil kedatangan, kawan-kawannya akan datang dan memegang tangan Nabihah dan mengangkatnya. Begitu juga sewaktu setiap kali guru kelas prasekolah Nabihah memanggil nama Nabihah untuk mamungut duit tabung simpanan.
Nabihah sangat menghormati guru dan pembantu prasekolah ini. Pembantu pra juga memuji sikap Nabihah kerana selalu mendengar kata dan mengikut arahan walaupun hanya berkomunikasi sebelah pihak. Sepanjang kajian saya, apabila guru pra memberi kerja dia akan memandang sahaja dan melihat kawan-kawannya membuat latihan.
Di dalam kelas Nabihah suka membuat halnya sendiri sahaja. Dia tidak kisah dengan suasana sekitarnya. Sewaktu di dalam kelas, kawan-kawan lain bising-bisng dan mengganggunya, namun dia tidak menghiraukan itu semua.




 KESIMPULAN
etiap orang mempunyai perbezaan individu yang berbeza. Kesimpulannya, perbezaan merujuk kepada individu-individu dari segi perbezaan fizikal dan mental. Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu adalah baka , keadaan kelahiran , keadaan sosioekonomi keluarga , asuhan ibu bapa , rakan sebaya, kebudayaan dan norma , kemudahan –kemudahan pembelajaran jantina. Perbezaan individu menimbulkan pelbagai kesan seperti ada pelajar yang lebih cerdas , yang lebih sedia untuk belajar secara mental atau fizikal yang lebih stabil emosi. Dalam kajian ini, Nabihah juga digolongkan sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan individu.





(NOTA 3)
PBS3103

-PENDIDIKAN JASMANI-

PERMAINAN TRADISIONAL

GASING
1.PENDAHULUAN
               
                  Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini.
Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang.
Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu. Jika usaha gigih diteruskan pasti suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang digemari. Pemulihan permainan ini diharap dapat memaparkan kepada umum tentang warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.      
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
                        Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
                        Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.
           Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini
        Unsur seni &permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja & kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka jg dapat mengeratkan hubungan sesama mereka & berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
                        Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
                        Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.
                        Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.
                  Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.
                          Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing, meangkahdan dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan; gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing paku di Kedah.
                          Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain.
 Begitu juga  dengan gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.
                           Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun.
                           Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing, di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun berikutnya. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing. 
                  Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia.
Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.
                          Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing, meangkahdan dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan; gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing paku di Kedah.
                          Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain.
Begitu juga  dengan gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.
                           Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun.
                           Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing, di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun berikutnya. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing. 
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.
                          Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato' Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing yang dihasilkan.  
                          Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingangasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.
                           Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia, Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan diadakan perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.
                          Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato' Seri Amar Diraja, Muar, Johor.

Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing yang dihasilkan.  
                          Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingangasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.
                           Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia, Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan diadakan perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.





2.CARA BERMAIN PERMAINAN
GASING
                  Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. 
                Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-
a) MELILIT TALI
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambiln
-Rajah menunjukkan cara memasukkan cecincin pangkal tali gasing ke jari kelingking
Rajah menunjukkan cara tali dililit pada  pangkal tali gasing di pergelangan tangan

    
       Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.
 
b) MELILIT GASING

Ibu jari tangan kiri menekan rambu tali gasing pada leher gasing
           Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.





Cara melilit tali pada gasing lilitan ketiga

Cara memegang gasing sebelum dililit dengan tali

Lilitan permulaan bagi gasing

Lilitan separuh bahu gasing 

Lilitan gasing penuh

              Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

c) MEMUSING GASING
            Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
             Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik.

Langkah awal pemain semasa hendak memusingkan gasing mengikut cara pusing sorong tarik

Gasing dihayunkan dengan kedudukan kira-kira 45 darjah daripada kaki kiri

Gasing terus dihayunkan untuk dicampakkan

             Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.

Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan

d) MEMANGKAH GASING  
                  Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang. 

 Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Cara melakukan pangkah totok. Pangkah dilakukan dari jarak dekat supaya mengenai sasaran.

Gasing dilepaskan ke arah lawan dengan cara pangkah totok.

Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan.
Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan














Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Gasing dipegang lebih tinggi dari paras kepala apabila hendak melakukan pangkah layang

Pemain mengimbangkan badan untuk melakukan pangkah layang

Gasing pemangkah ditujukan pada bahu gasing pemusing
Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Kaedah melakukan pangkah terbang;badan dibongkokkan sedikit dan gasing dihayun ke belakang pada paras bahu.

Pemain menggunakan cara pangkah tebang untuk memangkah labu gasing pemusing.
               Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
                Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.




3.JENIS - JENIS GASING



GASING LEPER KELANTAN

Ciri-ciri:  Bentuk: Rendah dan juga   leper Berat: 8 kg Lilitan: 48 cm
 Tinggi: 6 cm


            

 Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.                                       








GASING URI
 Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan agak leper
Berat: 6 kg       
Lilitan: 60 cm
  Tinggi: 8 cm


          
  Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.




GASING KUNO
Ciri-ciri:
Bentuk: Sederhana dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm


            Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.





GASING BABA
Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan seperti telur
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 38 cm
Tinggi: 20 cm


         
   Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur




GASING JANTUNG
Ciri-ciri:
Bentuk: Jantung
 Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm
Tinggi: 12 cm


              Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir. 




GASING TANJUNG
Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan
Berembang
 Berat: 0.6 kg
 Lilitan: 30 cm
 Tinggi: 10 cm


             Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.