PISMP SEMESTER 1

(NOTA 1) 
 PRA3101

-PENDIDIKAN PRASEKOLAH-

A)PENGENALAN
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’.Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun

PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Objektif program Pendidikan Prasekolah 
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna,bermenafaat,berfaedah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat berlandaskan rukun agama.Program Pendidikan Prasekolah ialah bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak :-
1.      Membina sahsiah dan perwatakan yang menarik untuk menjadi ahli keluarga dan warganegara yang baik dan bernafaat dan berfaedah berlandaskan falsafah Pendidikan Negara selaras dengan Rukun Negara.
2.      Mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan sehari-hari berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
3.      Menghormati dan menggunakan Bahasa Melaysia sebagai bahasa kebangsaan
4.      Mengamalkan nilai-nilai keislaman di dalam kehidupan seharian khusus untuk kanak-kanak yang      beragama islam.
5.      Membentuk keyakinan diri dan dapat mengawal serta menguasai keupayaan dan memepraktikkan amalan-amalan kesihatan dan keselamatan yang piositif.
6.      Membentuk konsep kendiri yang positif,bergaul dan menghargai hak dan kebolehan orang lain serta memupukkan semangat faham-memahami di dalam bekerja ,hormat-menghormati dan bertoleransi.
7.      Menyemaikan sikap ingin tahu dan kesediaan belajar semasa berinteraksi.
8.      Mengembangkan penggunaan bahasa  semasa berkomunikasi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Visi
Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sebuah pusat pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang intelek, berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap positif, berteraskan kesepaduan ilmu, mengikut acuan budaya Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi
1.                                        Mendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran terkini.
2.         Menyelaraskan program peningkatan ilmu dari masa ke semasa.
3.         Menjadikansekolah sebagai taman ilmu.
4.          Berusaha menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang     selesa.
5.         Sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi       murid.
6.         Pengurusan sekolah yang cekap, teratur dan efisyen.
7.         Sentiasa berhubung dengan sekolah-sekolah terbaik untuk mendapatkan idea-idea   ke arah kecemerlangan.
8.         Sentiasa berusaha mendapatkan input-input terkini daripada Pusat                       Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat          Pendidikan   daerah dan lain-lain pihak yang berkenaan.

Objektif
*           Menyediakan murid-murid menjadi ahli masyarakat yang terdidik, kepimpinan   yang unggul, penuh keimanan dan bertanggungjawab.
*           Menanam sikap yakin dan percaya ilmu pengetahuan penyuluh hidup.
*           Menanam semangat pentingkan ilmu dan berusaha bersungguh- sungguh menimba ilmu pengetahuan.
*           Membentuk semangat kerjasama, bersatu padu, hormat menghormati,     ikhlas dan jujur.
*           Menanam semangat cintakan negara rasa kekitaan dan penyayang.
*           Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam semua aktiviti sekolah.
*           Berusaha menyemai dan mengamalkan nilai-nilai Islam.
*           Memupuk tabiat suka membaca sepanjang hayat.
*           Memupuk semangat berusaha mencapai kecemerlangan dalam    pelajaran dan ko- kurikulum.


B) MAKSUD AKTA  550
Akta Prasekolah (Akta 550) ialah suatu akta yang mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.  

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)
(LATAR BELAKANG)
Akta Pendidikan 1996 diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong setelah diluluskan oleh Perlimen pada 15 Julai 1996.
o        Diwartakan pada 1 Ogos 1996.
o        Dikuatkuasakan pada 31/12/1997
Menggantikan Akta Pelajaran 1961.
         Intipati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan Kabinet 1979 dan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Akta Pelajaran 1961,(1989).
         Majlis Perundingan Akta Pendidikan ditubuhkan pada 1990.
         Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan.
         Rasional kandungan pendidikan kebangsaan.
         Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
         Pindaan terbaru (Akta A1152) diwartakan pada bulan Disember 2002.
         Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.

SUSUNAN SEKSYEN AKTA PENDIDIKAN 1996
Mukadimah
I.          Permulaan (1 - 2)
II.         Pentadbiran (3 - 9)
III.        Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (10 - 14)
IV.       Sistem Pendidikan Kebangsaan (15 - 66)
V.        Penilaian dan peperiksaan (67 - 69)
VI.       Pendidikan tinggi (70 - 72)
VII.      Institusi Pendidikan Swasta (73 - 78)
VIII.     Pendaftaran Instusi Pendidikan (79 - 102)
IX.       Pendaftaran Guru (103 - 106)
X.        Jemaah Nazir (117 - 122)
XI.       Kewangan (123 - 125)
XII.      Rayuan (126 - 129)
XIII.     Peraturan-Peraturan (130 - 131)
XIV.     Kesalahan dan Penalti (132 - 139)
XV.      Pelbagai (140 - 145)
XVI.      Peralihan dan Pemansuhan (146 - 156)

KANDUNGAN UTAMA  AKTA PENDIDIKAN 1996
         Bahasa
         Kurikulum Kebangsaan
         Pengajaran Agama Islam
         Pengajaran Agama Selain Dari Agama Islam
         Penilaian dan Peperiksaan Murid
         Pengurusan Sekolah
         Kuasa Menteri Membuat Peraturan
         Dendaan dan Kompaun

Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 (AKTA  A1152)
Kandungan Utama
*       Pindaan Seksyen 22
     Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah
     digunakan oleh semua tadika
*      Seksyen 29A
    Pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib
*      Pindaan di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2003

HUBUNGAN AKTA 550 DENGAN AKTA-AKTA LAIN
Menteri bertanggungjawab ke atas Institusi Pendidikan tinggi (IPT) - Sekyen 70.
Larangan penubuhan IPT kecuali mengikut undang-undang bertulis tentang IPT -Seksyen 71. Melanggar Seksyen 71 adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya - Seksyen 72 Akta yang berkaitan ialah Akta 555
Implikasi Penguatkuasaan  Akta Pendidikan 1996
*      Penginstitusian pendidikan prasekolah ke dalam sistem pendidikan kebangsaan
*      Peluasan peluang pendidikan
*      Peluasan pendidikan swasta terutamanya pada peringkat tinggi
*      Penyediaan khidmat nasihat kepada pelaksanaan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
*      Pengkorporatan IPTA supaya wujud keupayaan governan secara autonomi
*      Jaminan kualiti terhadap program yang dilaksanakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
*      Pemberian taraf universiti kepada ITM
*      Jaminan bantuan pendidikan tinggi melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bagi pelajar yang layak dan diterima masuk ke IPTA dan IPTS

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN BERKAITAN AKTA PENDIDIKAN 1996
         Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
         Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi 32 perkara lain seperti disenaraikan dalam seksyen 130 (2).
         Peraturan-peraturan boleh menetapkan penalti kerana pelanggarannya (hukuman dendaan atau kedua-duanya tetapi tidak lebih RM 10,000 atau tempoh penjaraan melebih enam bulan).

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PRASEKOLAH
                       i.        Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
                      ii.        Tafsiran ”murid” bererti kanak-kanak yang berumur dari empat hingga enam tahun yang mendapat pendidikan di sesuatu tadika.
                     iii.        Bahan pengajaran hendaklah digunakan dalam proses pengajaran tidak kira di dalam atau di luar kelas.
                     iv.        Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran secara formal yang dijalankan di tadika tidak kurang daripada tiga jam sehari selama lima hari seminggu.
                      v.        Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan muridnya dalam domin kognitif, afektif dan psikomotor.
                     vi.        Dari segi peraturan pendaftaran, tadika yang di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan adalah dikecualikan pendaftarannya.

C) SYARAT & KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI PRASEKOLAH

1.    Kiteria Pemilihan Kemasukan Kanak-kanak Ke Kelas Prasekolah.
1.1         Kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2001sahaja.Jika ada kekosongan,
              kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2002 boleh diterima masuk.
1.2         Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada kanak-kanak yang
              pendapatan ibubapa /penjaga seperti berikut :
a)         RM 350.00 ke bawah
b)         RM 351.00 hingga RM 500.00
c)         RM 501.00 hingga RM 750.00
d)         RM 751.00 hingga RM 1,000.00
e)         RM 1,000.00 ke atas
Selain daripada pendapatan,tanggungan (keramaian anak ) hendaklah juga diambil kira.
  1.3     Ibubapa /penjaga hendaklah memenuhi borang permohonan ‘Lampiran E’
            sebagaimana contoh berkembar.(Borang ini hendaklah disimpan di sekolah)
      Pemilihan hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Prasekolah yang telah dipilih daripada :
a)                        Guru Besar
b)                        Guru Penolong Kanan
c)                        Guru Prasekolah
d)                        Wakil PIBG
        Bilangan kanak-kanak adalah diantara 10 hingga 25 orang

2.    Pengurusan masa
            Waktu belajar adalah tidak kurang daripada 3 jam 30 minit termasuk waktu rehat.
             (8.00 – 11.30 pagi atau 8.30 – 12 tengahari).

3.    Pakaian seragam adalah dicadangkan seperti berikut:
3.1         Baju T berkolar – pilihan warna mengikut keputusan Jawatankuasa daerah
3.2         Seluar / Blouse – warna maroon / Baju kemeja pink
3.3         Kasut / sarung kaki – warna putih

4.    Makanan 
4.1         Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.50 sehari bagi
setiap murid.Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah ditetapkan.
4.2         Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.
4.3         Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.

5.    Kewangan
5.1         Bantuan Perkapita (LPTB) akan diberikan pada kadar RM 100.00 ( Ringgit  Malaysia : Satu Ratus Sahaja ) bagi setiap kanak-kanak setahun sebagaimana surat Pekeliling Kewangan Bil 6/2002
5.2 Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan pentadbiran hal-hal berkaitan pembelanjaran prasekolah sahaja.
5.3 Pihak sekolah boleh menggunakan mana-mana wang peruntukan bantuan Perkapita / Suwa sekolah untuk peruntukan kelas prasekolah jika perlu.
5.4       Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah

6.    Pembantu Pengurusan Murid
6.1         Pembantu pengurusan murid adalah berjawatan tetap
6.2         Tugas dan tanggungjawab adalah sepertimana  lampiran.
6.3         Pembantu pengurusan murid hendaklah bertugas setiap hari bekerja.

7.    Guru
7     Kelas prasekolah hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah latihan maktab yang telah atau ditempatkan di sekolah tuan atau yang telah dilatih oleh JPNP dalam pendidikan prasekolah.Guru kelas tersebut hendaklah terus mengajar dikelas berkenaan.

8.    Jawatankuasa prasekolah
Jawatankuasa hendaklah ditubuhkan di peringkat sekolah dengan keanggotaan berikut:
a)            Guru Besar – Pengetua
b)            Guru Penolong Kanan
c)            Guru Prasekolah
d)            Guru Kanan Matapelajaran
e)            Pembantu Pengurusan Murid
f)             Wakil PIBG

9.    Alat Permainan
Sila pastikan bahawa :
9.1         Kemudahan alat permainan luar dan ruang pembelajaran luar kelas diselia dengan baik.
9.2 Kawasan dan alatan permainan sentiasa dalam keadaan yang selamat.
9.3 Keselamatan murid diberi perhatian yang utama.

10. Bahan Pembelajaran Dan Pengurusan Ruang
10.1      Bahan dan peralatan yang harus disediakan di ruang pembelajaran dan pengajaran adalah seperti  di bawah :
a)            Bahan pengajaran / pembelajaran yang sesuai untuk semua komponen / hasil pembelajaran.
b)            Sudut rehat
c)            Apron
d)            Tuala kecil
e)            Peralatan pengurusan diri seperti berus gigi,ubat gigi dan sikat
10.2      Memastikan ruang penyediaan makanan / dapur dalam keadaan bersih dan kemas.
10.3      Bilik selesa ,tandas sentiasa bersih dan tidak berbau.

11. Am
11.1      Guru Besar dan Guru Penolong Kanan hendaklah memberi bimbingan dan membantu penyeliaan yang berterusan kepada program pendidikan prasekolah dan pembantu pengurusan murid.
11.2      Bagi setiap sesi persekolahan taklimat serta penerangan hendaklah diberikan kepada ibubapa mengenai perkara berikut
a)            Penerangan matlamat dan objektif Pendidikan Prasekolah.
b)            Peranan ibubapa dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan kemahiran kanak-kanak.
c)            Merancang program sokongan bagi membantu pembelajaran kanak-kanak.

D) KEMUDAHAN FIZIKAL DAN CIRI – CIRI KESELAMATAN
Bangunan prasekolah mestilah mempunyai tapak yang sesuai. Premis prasekolah tidak boleh terletak di tengah-tengah kawasan Bandar kerana kawasa yang bising adalah tidak sesuai untuk binaan bangunan prasekolah.  Tandas pula mestilah sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat ciri-ciri keselamatan yang dapat memberi keselesaa kepada kanak-kanak ketika menggunakannya. Tandas kanak-kanak lelaki dan perempuan hendakalah diasingkan. Dapur pula perlu terdapat unsur keselamatan. pintu dapur hendaklah sentiasa diawasi agar kanak-kanak tidak boleh sesuka hati memasuki kawasan dapur. Alat-alat yang digunakan juga hendaklah bersih dan tidak berkarat.  Ruang untuk belajar adalah penting bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa untuk menimba ilmu. Tempat belajar hendaklah di asingkan dari dapurKawasan riadah pula hendaklah dilengkapi dengn alat permainan yang tidak berbahaya.Prasekolah yang lengkap seharusnya mempunyai bilik sakit. Bilik tersebut perlulah sesuai dengan saiz kanak-kanak.Penyusunan persekitaran dalam bangunan perlu mengambilkira bahagian yang kekal seperti saiz dan bentuk bilik, kedudukan tingkap. dan bahagian yang sedia terbina seperti kabinet. Manakala bahagian yang baleh mudah alih seperti peralatan dan bahan pembelajaran, warna dan tektur

DALAM BANGUNAN
v  Struktur fizikal bangunan di bahagian dalam bangunan sahaja. Struktur bangunan yang sedia ada seperti berikut.
RUANG
v  Saiz menepati rsyarat penubuhan dan prasekolah
v  Ruang yang luas dan tidak ada susun atur yang mempengaruhi kanak-kanak berkelakuan agresif
v  Ruang menepati penyusunan suasana pembelajaran mempengaruhi tingkah laku.
BENTUK
v  Bentuk bilik segi empat sukar disusun
v  Laluan trafik sempit dan pergerakan terhad
v  mudah menyelia kanak-kanak dan perlu keperhatinan
v  kanak-kanak mudah berintraksi dengan rakan sebaya
v  tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.
Bentuk segi empat bujur mudah disusun
v  Laluan trafik selesa dan memudahkan pergerakan
v  mudah menyelia kanak-kanak
v  kanak-kanak mudah berintraksi dengan rakan sebaya
v  tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.
BILIK BERBENTUK “L”
v  Laluan trafik selesa dengan pelbagai hala pergerakan.
v  sukar menyelia kanak-kanak
v  tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.

TINGKAP DAN PINTU
v  Tingkap dapat pengcahayaan semulajadi ke dalam bangunan
v  ruang melukis dan membaca sesuai kedudukannya dekat dengan tingkap
v  pintu utama yang merupakan laluan masuk ke dalam bangunan
v  Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk penghalang didepannya
v  pintu ke ruang dapur hendaklah ada penghadang pintu dan sentiasa diawasi.
v  Sesebuah prasekolah perlu mempunyai tingkap yang cukup untuk pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
v  Udara yang bersih penting untuk murid dan semua manusia untuk pernafasan dan kekurangan oksigen boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
v   Pencahayaan yang cukup pula penting semasa guru mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PLUG ELEKTRIK
v  Kedudukan plug yang sedia ada disesuaikan untuk peralatan teknologi seperti komputer, television dan radio kaset.
v  guna plug elektrik yang sesuai dan selamat.
v  tempat plug tidak boleh dicapai atau ditutup dengan selamat

SINKI
v  -Saiz dan ketinggian simki yang sesuai supaya kanak-kanak dapat menggunakannya dengan betul
v  -tisu disediakan atau kaintuala bergantung berdekatan dengan sinki.
v  -kedudukan sinki di ruang basah
v  -pastikan kawasan bawah sinki sentiasa kering.

RUANG DINDING
v  -ruang dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid secara kreatif.
v  -pemilihan warna diding yang sesuai.

PAGAR
v  Pastikan prasekolah mempunyai pagar. Pintu ini hendaklah berkunci untuk meggelakkan orang luar menceroboh kawasan prasekolah dengan mudah. Selain itu, pastikan pagar yang terdapat di prasekolah tidak bahaya kepada murid-murid iaitu tidak tajam. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan murid-murid.

TANDAS
v  -saiz yang bersesuaian dengan kanak-kanak
v  -pastikan mangkuk tandas sentiasa bersih dan harum
v  -permukaan lantai tidak licin.
v  Tandas di prasekolah perlulah sesuai dengan saiz kanak-kanak prasekolah.
v  Mangkuk tandas yang sesuai untuk kanak-kanak bagi mengelakkan kanak-kanak jatuh ke dalam mangkuk tandas.
v  lantai tandas tidak licin dan sentiasa kering serta bertakung. Hal ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak tergelincir. 

TAMAN PERMAINAN
v  Taman permainan  yang terdapat di sekolah adalah dikhaskan untuk murid-murid prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun.
v  Taman permainan ini diwujudkan  untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kasar di kalangan kanak-kanak.

PETI KECEMASAN
v  Setiap kelas prasekolah perlu mempunyai peti kecemasan.
v   Peti kecemasan sangat penting ketika waktu kecemasan seperti murid mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti dan sebagainya.
v   Peti kecemasan perlulah disimpan di tempat tinggi iaitu tempat yang tidak dapat dicapai oleh murid.
v  Selain itu, pastikan peti kecemasan ini diperbaharui dari semasa ke semasa.
v  Sekiranya ubat yang terdapat dalam peti kecemasan ini telah luput tarikh penggunaanya, guru prasekolah perlulah menggantikannya dengan yang baru.
v  Hal ini dapat mengelakkan pengguna yang menggunakan ubat tersebut mengalami kesan yang lebih buruk.

PENYUSUNAN PERALATAN
v  -Dapat membantu kanak-kanak membentuk tingkah laku yang positif.
v  -menganggarkan bilangan kanak-kanak mengikt keselesaan ruang.
v  -mendorong melakukan aktiviti dengan rakan.
v  -memberi peluang untuk kanak-kanak membuat pilhan aktiviti yang aktif dalam suasana senyap atau bising.

LONGKANG
Longkang perlu dibersihkan setiap hari bagi menggelakkan air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Selain itu, longkang perlu ditutup secara rapi dan tidak berbahaya kepada murid.

Alat pemadam kebakaran
Prasekolah perlu mempunyai alat pemadam kebakaran. Hal ini penting kerana guru prasekolah boleh menggunakan alat pemadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran kecil di prasekolah. Selain itu, alat pemadam ini perlu masih sah digunakan dan diperbaharui dari semasa ke semasa.

Dua pintu utama
Prasekolah perlu mempunyai pintu di hadapan kelas dan di belakang kelas. Hal ini penting semasa berlaku kecemasan. Sekiranya kecemasan berlaku di dalam kelas, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid boleh menggunakan kedua-dua pintu untuk meyelamatkan diri dan murid-murid.

Persekitaran luar
Persekitaran di luar prasekolah perlulah selamat untuk murid-murid. Pastikan prasekolah tidak berada berhampiran dengan jalan raya dan jalan yang sibuk. Tambahan pula, pastikan kawasan prasekolah tidak mempunyai peralatan berbahaya seperti cangkul, serpihan pasu, tong-tong air dan sebagainya. Murid-murid tidak mengetahui tentang bahaya yang akan menimpa mereka ketika mereka bermain di kawasan luar kelas prasekolah.Taman permainan kanak-kanak perlu mempunyai ruang khas untuk kanak-kanak bermain dan terletak di kawasan lapang. Alat mainan yang disediakan perlulah selamat iaitu tidak tajam dan tidak bertoksik. Alat permainan yang baik ialah alat permainan yang dihasilkan dari jenis tidak berkarat dan plastik yang tahan lama. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan kanak-kanak semasa bermain. Di samping itu, siaz alat permainan ini perlulah sesuai dengan usia kanak-kanak. Tambahan pula, pembaik pulih alatan permainan perlu dibuat bagi menjamin tahap keselamatan kanak-kanak semasa bermain alatan tersebut.

Dapur
Dapur di prasekolah perlulah mempunyai pintu dan ditutup sepanjang masa. Hal ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak masuk ke dalam dapur. Alatan yang terdapat di dapur seperti pisau, gunting, alatan elektrik dan sebagainya disusun di tempat yang sepatutnya. Selain itu, lantai di ruang dapur dipastikan tidak licin dan sentiasa kering. Tambahan pula, penggunaan alatan elektirk bervoltan tinggi tidak digunakan dengan soket yang sama untuk mengelakkan berlaku litar pintas di dalam prasekolah.

Sudut ICT
Makmal komputer disediakan untuk murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka diperkenalkan kepada program-program computer yang mudah di peringkat sekolah rendah. Dengan adanya, computer di sekolah, murid-murid akan membesar dalam suasana yang mengikut perkembangan sains dan teknologi.Kemudahan ICT diletakkan di sudut yang luas dan selesa semasa menggunakannya. Hal ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak terlanggar kemudahan ini menyebabkan kecederaan. Wayar elektrik yang digunakan perlu diselenggara dengan baik dan kemas bagi mengelakkan litar pintas berlaku. Semasa aktiviti murid-murid dilaksanakan di sudut ini, guru perlulah memantau pergerakkan murid bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sudut Bacaan 
Pusat sumber digunakan untuk mencari bahan , dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan  Dalam perpustakaan terdapat pelbagai jenis buku yang boleh menjadi rujukan murid-murid. Antaranya  subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris serta buku-buku cerita .Pusat sumber menjadi rujukan untuk murid-murid di sekolah  kerana untuk mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, pelbagai sudut kebudayaan disediakan. Murid-murid dapat didedahkan kepada pelbagai jenis kebudayaan dan adapt resam Negara kita. Di samping  pemerolehan ilmu pengetahuan secara langsung dari perpustakaan, murid-murid juga terlibat dengan pengurusan contohnya menjadi pengawas pusat sumber. Pelbagai bahan bacaan disediakan di tempat ini. Bahan bacaan yang disediakan seperti “big book”, buku cerita dan sebagai. Bahan bacaan ini disusun dan disimpan di rak buku atau almari. Almari dan rak buku yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan ketinggian murid dan tidak mempunyai bucu tajam di sekelilingnya.

Sudut fizikal
Terdapat kolam renang yang dibina di sudut fizikal. Kolam renang ini disediakan di sebuah bilik khas dan mempunyai pintu serta dikunci sepanjang masa. “Safe guard” ditempatkan di kawasan kolam ini ketika murid-murid mengadakan aktiviti in. Selain itu, kedalaman air di dalam kolam renang di sesuaikan dengan saiz dan ketinggian murid-murid. Murid-murid yang tidak pandai berenang dipakaikan jaket keselamatan bagi menjamin keselamatan murid.

Ruang makan
Meja mudah alih boleh disediakan pleh guru sekiranya ruang di dalam prasekolah ini terlalu kecil untuk disediakan meja makan. Meja makan yang disediakan tidak mempunyai bucu untuk menjamin keselamatan murid. Selain itu, kerusi dan meja yang disediakan perlulah disusun dengan kemas untuk mengelakkan murid melanggar peralatan tersebut. Tambahan pula, pastikan kebersihan ruang makan setiap kali murid selesai makan. Hal ini penting untuk mengelakkan murid tergelincir dengan sisa makanan yang tumpah.

Ruang belajar
Ruang pembelajaran digunakan untuk murid-murid ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.  Saiz bilik darjah adalah penting kerana ia menjamin keselesaan murid-murid di dalamnya. Ukuran bilik darjah yang di anggap sesuai untuk menampung 40 orang murid ialah 7 x 9 meter Meja dan kerusi disediakan tidak mempunyai bucu tajan yang boleh membahayakan keselamatan murid. Meja dan kerusi yang tajam boleh mencederakan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sekiranya murid terjatuh dan terkena bucu tersebut.

E)   PROGRAM AKTIVITI HARIAN YANG SESUAI UNTUK PROGRAM PRASEKOLAH
Guru dan pelaksana prasekolah perlu memberi perhatian kepada catatan yang diberi.  Catatan ini bertujuan untuk memberi panduan atau maklumat lanjutmengenai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Alatan dan bahan yang dinyatakanhanya sebagai cadangan. Guru dan pelaksana prasekolah harus menggunakanpelbagai bahan dan alatan yang terdapat dipersekitaran tempat masingmasing.Selain itu guru boleh memperbanyakkan penggunaan bahan danalatan yang dikitar semula.Terdapat banyak jenis sumber bahan iaitu alat pembelajaran. Alat pembelajaran mestilah sesuai dengan kanak-kanak prasekolah. Kesemua sumber bahan ini jika digunakan dalam situasi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih berkesan.Antara jenis-jenis sumber bahan adalah bahan hidup yang bersumberkanbahan dari alam semulajadiyang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Manakala bahan bukan hidup pula terdiri daripada bahan elektronik, bukan elektronik dan permainan. Bahan elektronik ialah bahan visualseperti rakaman video, rancangan televisyen, tayangan filem atau cerita kanak-kanak dan tayangan slide. Gambra-gambar yang bergerak dapat merangsang daya imaginasi murid. Bahan ini melibatkan komunikasi antara murid dan guru. Bahan bukan elektronik pula adalahbahan bercetak dan permainan, contohnya kad domino bernombor dan playdoh. Ini dapat merangsang imaginasi murid untuk membentuk sesuatu. Contoh yang lain adalah bahan-bahan bergambar seperti mewarna dengan pelbagai jenis bahan mewarna.  Alat muzik juga dapat membantu meningkatkan kreativiti murid.

PROGRAM AKTIVITI HARIAN
Susunan aktiviti harian prasekolah perlulah mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu, kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid kesepaduan komponen secara seimbang, keseimbangan aktiviti luar kelas dan keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan cadangan-cadangan berikut seperti rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat , dan aktiviti penamat.Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid setiap hari mengikut sesuatu sistem yang ditentukan. Contoh rutin yang biasa dilakukan ialah seperti berikut di mana guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid menyambut murid dengan mesra ketika mereka datang ke prasekolahmurid menyusun kasut dan beg, guru mengambil kedatangan muridguru memeriksa kebersihan murid,  murid membersih diri selepas makanguru mengadakan perhimpunan pada awal pagi dan murid mematuhi peraturan di dalam dan luar bilik darjahPerbualan pagi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan murid seterusnya dapat menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid. Contoh aktiviti perbualan pagi ialah, murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru (show and tell), guru menerangkan peraturan dan disiplin bilik darjah, guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu.Aktiviti kelas merupakan satu kaedah yang melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat semasa perbualan pagi , guru menerang atau memberi maklumat, guru bercerita, membuat aktiviti fizikal di dalam atau luar kelas, membuat aktiviti penamat pada akhir pembelajaran dan membuat lawatan di sekitar sekolah. Aktiviti kumpulan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada kumpulan kecil bagi menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara koloboratif dalam kumpulan masing-masing. Selain itu murid-murid boleh bertukar aktiviti selepas tempoh yang telah ditetapkan jika perlu namun bagi murid yang belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti yang  lain, harus dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tersebut bagi mengelakkan murid tersebut mengalami kesulitan sekiranya bergerak ke aktiviti yang lain. Antara contoh aktiviti kumpulan ialah main bongkah, membuat kolaj, membentuk doh dan bermain cantuman puzzle serta penerokaan.Aktiviti individu boleh  diadakan di mana murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Selain itu murid boleh menjalankan aktiviti bebas di pusat pembelajaran yang diminati jika tugas dalam aktiviti kumpulan sudah selesai seterusnya murid mendapat perhatian secara personal daripada guru bagi pemulihan dan pengukuhan. Antara contoh aktiviti individu ialah  melukis, menyusun bongkah, membaca buku kecil/kad bacaan serta menggunting/menampal.Murid-murid memerlukan rehat selepas menjalankan aktiviti yang aktif untuk menikmati hidangan makanan yang berkhasiat dan seimbang, mengamalkan nilai murni seperti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas selepas makan dan menggosok gigi serta menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku bergambar, main komputer atau mendengar muzik perlahan dan lain-lain lagi.Aktiviti penamat ialah aktiviti yang terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Aktiviti penamat ialah di mana murid dikehendaki memeriksa sekitar kelas sekiranya masih ada lagi peralatan atau bahan yang telah digunakan masih belum disimpan di tempat asal, murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan untuk melaksanakan aktiviti  ‘perbualan’ untuk berbincang atau berbual tentang pengalaman pembelajaran yang telah diperolehi pada hari tersebut, guru menyampaikan pesanan perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah dan juga bahan-bahan yang perlu dibawa pada hari esoknya.Susunan aktiviti harian perlu mengambil kira faktor-faktor berikut;
v  Kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid.
, aktiviti yang dirancangkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak atau murid-murid. Ini kerana kesesuaian setiap aktiviti dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak memainkan perananan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan bagi aktiviti yang berkaitan. Seorang guru prasekolah haruslah peka dan mengambil berat tentang tahap perkembangan murid-murid dan mengetahui apa yang diperlukan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
v  Kesepaduan komponen secara seimbang.
kesepaduan komponen yang seimbang dalam setiap aktiviti harian yang dirancangkan. Kesepaduan komponen mestilah mencakupi aspek bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan sosioemosi, perkembangan fizikal serta aspek kreativiti dan estetika. Contohnya melalui pengajian bertema, guru prasekolah mesti memasukkan keenam-enam komponen dalam setiap tema pengajaran. Dalam merancang setiap aktiviti harian, daya kreativiti seorang guru itu amat penting bagi memastikan aktiviti yang ingin dijalankan seimbang dan menyeluruh. Kesepaduan antara setiap komponen tersebut akan memberikan kesan yang seimbang kepada murid-murid.
v  Keseimbangan aktiviti luar kelas;
keseimbangan aktiviti dalam kelas dan di luar kelas. Dalam proses merancang aktiviti harian bagi murid-muri prasekolah, guru perlu menseimbangkan antara aktiviti dalam kelas dan juga di luar kelas. Guru boleh menjalankan aktiviti pangajaran dalam kelas bagi komponen kognitif atau komponen-komponen yang sesuai dijalankan di dalam kelas. Bagi aktiviti Iuar kelas, sesuai dengan komponen fizikal. Walau bagaimanapun, perancangan aktiviti harian juga bergantung kepada kreativiti guru. Guru boleh merancang aktiviti mengikut kreativiti sendiri dan juga mengikut kesesuaian asalkan tidak terkeluar daripada sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Keseimbangan antara aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah dapat memberi kesan yang seimbang terhadap perkembagan murid-murid.
v  Keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Ketiga-tiga aspek ini perlu diseimbangkan dalam proses merancang aktiviti harian prasekolah. Keseimbangan ini juga dapat membantu murid-murid dalam beberapa aspek seperti perkembangan kognitif, sosioemosi dan pendidikan rohani. Contohnya bagi aktiviti kelas, murid-murid mendengar guru bercerita atau murud yang bercerita. Ini dapat membantu murid alam proses perkembangan kognitif sekali gus dapat menambahkan keyakinan dalam diri murid-murid. Bagi aktiviti kumpulan, murid dapat bersosial dam bekerjasama dengan ahli kumpulan. Ini akan membantu murid dalam proses perkembangan sosioemosi dan juga moral. Bagi aktiviti individu pula, guru dapat menilai tahap pencapaian murid-murid melalui tugasan yang diberikan oleh guru kepada setiap murid-murid.Terdapat beberapa cadangan yang dijadikan panduan bagi aktiviti-aktiviti di tadika atau prasekolah. Cadangan-cadangan berikut ialah rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat dan aktiviti penamat.

F)  CADANGAN
Melalui temubual ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan dapat diperolehi untuk membaiki strategi dan aktiviti yang sedia ada di prasekolah.

Aktiviti Berpusatkan Murid
Cadangan pertama yang dapat diperkatakan ialah guru perlu menjalankan aktiviti berpusatkan murid. Melalui cara ini, kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. Selain itu guru prasekolah juga perlulah menceriakan keadaan persekitaran di prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memperbaharui dan membuat perubahan persekitaran kelas prasekolah agar kanak-kanak sentiasa tertarik dan gembira ketika hadir ke prasekolah.

Perbanyakkan Aktiviti
Guru juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti dan permainan di dalam prasekolah dengan menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid prasekolah untuk mengikuti pembelajaran. Murid prasekolah mempunyai potensi diri yang tersendiri dan menjadi tugas guru untuk mencungkilnya.

   Ubah perancangan pembelajaran
            Untuk melahirkan insan yang berpotensi, guru parasekolah seharusnya mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti dan menguba perancangan pembelajaran supaya menjadi lebih efektif.  Dari situ kanak-kanak prasekolah dapat mengaut pengalaman dan pengalaman itu akan dibawa ke tahun satu.

kerjasama antara guru prasekolah dan guru tahun satu
            Seterusnya, kerjasama antara guru prasekolah dan guru di tahun satu harus ada.  Mereka seharusnya sering berhubung antara satu sama lain.  Ini membolehkan kedua-dua belah pihak dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dan sesuai untuk kanak-kanak ketika di prasekolah mahupun apabila mereka melangkah ke alam sekolah rendah.

  Semua organisasi memainkan peranan
            Seharusnya semua organisasi memainkan peranan penting untuk menjadikan kanak-kanak ini seorang yang berjaya dan berdikari sendiri.  Apa yang boleh dibuat ialah guru di sekolah rendah seharusnya masih menerapkan nilai-nilai murni ketika pengajaran di dalam kelas.  Pemantauan guru ketika waktu rehat boleh membentuk sahsiah murid-murid.  Ini kerana mereka akan takut untuk melanggar peraturan.

  Tidak mengajar pengajaran formal secara mendadak
            Dari segi pengajaran pula guru di tahun satu tidak boleh memberi pengajaran formal secara tiba-tiba, mereka masih perlu menitikberatkan pengajaran secara kreatif di awal kemasukan mereka di tahun satu.  Dengan ini murid-murid akan rasa gembira belajar dan makin hari makin berminat untuk belajar.

  Didikan dari rumah
            Didikan dari rumah adalah penting.  Ibubapa seharusnya turut serta bersama-sama dengan guru membantu untuk memastikan anak-anak selesa berada di rumah dan dapat belajar dengan baik.  Ibubapa dan guru juga perlu duduk berbincang dan berkongsi idea bagaimana untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. 

Kemudahan Teknologi Maklumat yang Lengkap
Kementerian Pelajaran juga perlulah membantu dengan menyediakan kemudahan teknologi maklumat yang lengkap seperti komputer riba (laptop) bagi setiap guru prasekolah. Ini mampu mengurangkan beban kerja guru prasekolah. Komputer riba boleh digunakan oleh guru prasekolah untuk mengaplikasikan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi maklumat kepada kanak-kanak prasekolah.

Menambah Bilangan Kelas
Selain itu, penambahan bilangan kelas prasekolah juga perlu dilakukan. Ia akan memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk belajar di prasekolah. Pertambahan kelas prasekolah ini dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah sejak awal lagi.

Program Transisi Kelas Penyayang
 Program Transisi Kelas Penyayang yang dibuat untuk kanak-kanak prasekolah yang baru melangkah ke Tahun Satu juga perlu diteruskan. Ia telah terbukti dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran di Tahun Satu di sekolah. Oleh itu, mereka tidak akan mengalami kejutan budaya dalam diri. Ujian bagi mengenalpasti potensi murid juga hendaklah diadakan bagi membantu  guru – guru mengenalpasti tahap pencapaian murid sejak awal lagi. Oleh itu, guru dapat menemui cara yang berkesan dalam pembelajaran mengikut potensi diri mereka.

Interaksi dengan ibubapa murid
Selain itu, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil tahu hal berkenaan perkembangan anak-anak mereka. Hubungan dua hala antara ibu bapa perlulah diwujudkan. Dengan ini guru dapat menceritakan permasalahan anak mereka kepada ibu bapa dan mereka dapat memantau serta membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang mengambil ringan pembelajaran anak-anak mereka di prasekolah dan meletakkan 100 peratus tanggungjawab mendidik anak mereka di bahu guru Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan untuk memangkin kemantapan dan kematangan kanak-kanak untuk belajar dan menyesuaikan diri untuk transisi dari satu tahap ke satu tahap. Kesimpulannya guru perlu merancang satu strategi yang berkesan dan bersesuaian dengan muridnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru juga perlu seiring dengan strategi tersebut. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak prasekolah menyesuaikan diri  untuk ke tahun satu. Guru juga harus sentiasa peka dengan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk pembelajaran kanak – kanak prasekolah.

G)                REFLEKSI
              Penubuhan prasekolah adalah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta 550. Melalui akta ini, ibu bapa dan penjaga akan yakin dan tidak berasa bimbang apabila ingin menghantar anak mereka ke prasekolah. Ibu bapa penjaga seharusnya mengetahui dan memahami segala perkara yang terdapat dalam Akta 550 kerana mereka akan mengetahui hak dan kelebihan yang seharusnya dimiliki oleh anak – anak mereka. Ini dapat mengelakkan kes penipuan dan penderaan pada anak – anak mereka ketika berada di pusat jagaan.Pelaksanaan aktiviti di prasekolah, tabika atau pusat pendidikan awal kanak – kanak yang lain seharusnya bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kematangan kanak – kanak. Setiap pusat pendidikan awal ini seharusnya menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh memperkembangan tahap pemikiran kanak – kanak. Pada tahap umur ini, pendidikan ilmiah tidak wajar diberi tekanan yang melampau. Kanak – kanak harus diberi penekanan untuk belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Mereka digalakkan bermain dan berinteraksi dengan alam sekitar mereka bagi memperkayakan lagi pengalaman yang sedia ada. Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk kanak – kanak. Setiap aktiviti akan dipantau oleh guru sekolah pada setiap masa bagi menjamin keselamatan murid – murid ketika berada di kawasan prasekolah. Pendidikan prasekolah juga mempunyai rang undang – undangnya yang tersendiri. Setiap syarat kemasukan, aktiviti prasekolah dan kawasan prasekolah mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Peraturan dan undang – undang yang dicipta adalah untuk menjamin keselamatan dan kesihatan murid – murid prasekolah. Kebajikan murid – murid prasekolah merupakan tunggak utama Akta 550 ditubuhkan. Kanak – kanak yang berumur 5 hingga 8 tahun tidak boleh sewenang – wenangnya diserahkan kepada orang yang tidak dikenali. Ini dikhuatiri keselamatan kanak – kanak tersebut saya dapat mengetahui kemudahan fizikal yang perlu diberi perhatian oleh guru prasekolah dalam melaksanakan prasekolah yang berkualiti. Saya pernah melawat sebuah tadika KEMAS dan 3 buah prasekolah sepanjang tempoh pengajian ini. Pada pendapat saya, guru prasekolah kadangkala terlepas pandang tentang perkara ini. Dalam proses menghasilkan murid dan pengajaran yang berkualiti, aspek kemudahan fizikal perlu dititkberatkan bagi menjamin keselamatan murid dan orang ramai. Selain itu, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dalam masa yang telah ditetapkan walaupun sangat sibuk dengan pelbagai kerja kursus yang lain. Saya mendapat kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan yang lain. Mereka memberi komitmen yang tinggi walaupun semua orang mengalami tekanan dalam melaksanakan tugasan yang masih banyak belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

BIBLIOGRAFI
Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.
Haliza Hamzah. et.al. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.      Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.     Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : KPM
Putri Zabariah. et. al. (2006). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.
Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.
*    Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta A1152) yang diwartakan pada Disember 2002.     Bahagian Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan.  (2001).  Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010.  Kuala Lumpur:  Kementerian Pendidikan Malaysia.
*      Educational Planning and Research Division.  (2001).  Education in Malaysia:  A Journey to Excellence.  Kuala Lumpur:  Ministry of Education.
*      Kementerian Pendidikan Malaysia.  (2001).  Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia 2001.  Kuala Lumpur:  AG Grafik Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam.  (1991).  Malaysia Kita.  Kuala Lumpur:  Percetakan Nasional Malaysia.
Angus, L. (1997).  Studies in Educational Policy and Administration (Educational Government).  Melbourne: Monash University.
Mohd. Taib Hashim.  (1998).  Nota Kursus Penggubalan dan Penilaian Dasar Awam.  Kuala Lumpur.  INTAN.



































(NOTA 2)  
GERKO PERMAINAN



-PERMAINAN BOLA JARING-


A)SEJARAH
            Permainan bola jaring dimainkan oleh 2 pasukan terdiri daripada 7 orang pemain bagi setiap pasukan. Permainan ini dikhususkan untuk pelajar wanita sahaja. Bola jaring adalah satu permainan yang direka dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang yang diperkenalkan oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891.
Pada tahun 1895, seorang pensyarah berbangsa Amerika bernama Dr. Toles yang mengajar di Kolej Latihan Fizikal Madame Osterberg, England telah memperkenalkan cara-cara bermain bola jaring dalam dewan kepada pelajar-pelajar perempuan kolej tersebut.Sungguhpun permainan itu mirip bola keranjang, tidak terdapat peraturan permainan yang khusus. Ukuran gelanggang juga tidak bersempadan dan tanpa garisan bulat seperti gelanggang bola keranjang. Gol yang digunakan ialah bakul sampah.
Pada tahun 1897, kolej itu didatangi oleh seorang guru wanita berbangsa Amerika. Di Hampstead, permainan ini dimainkan dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan dinding-dinding dewan sebagai garisannya. Ini bermakna bola tidak pernah keluar dari kawasan permainan.Beliau telah mengubahsuai permainan ini berdasarkan permainan bola keranjang. Gol yang berbentuk gelung besi menggantikan bakul sampah. Gelanggang permainan pula dibahagi kepada tiga kawasan. Bola keranjang digunakan sebagai sebagai bola jaring.  Nama permainan ini dipanggil basketball kerana asal gelang gol (goal rings) adalah bakul sampah. Ini bermakna pengadil dikehendaki  memanjat tangga untuk mendapat balik bola itu selepas setiap jaringan.
   Di Amerika Syarikat pada masa itu ada tiga set peraturan:
·         peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-pemain lelaki,
·         peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga digunakan oleh pemain-pemain lelaki), dan
·         peraturan-peraturan Splading untuk pemain-pemain wanita.
   Pada tahun 1897, seorang wanita warganegara Amerika Syarikat memperkenalkan permainan terbaru seperti yang dimainkan oleh kaum wanita di Amerika Syarikat kepada pelajar-pelajar di kolej itu. Gelang-gelang digunakan untuk menggantikan bakul dan tempat bermain dibahagikan kepada tiga kawasan.
   Pada tahun 1898, beberapa perubahan dibuat untuk permainan basketball dan ini mewujudkan perubahan dalam asal-usul permainan bola jaring. Antara perubahannya ialah :
1.      bilangan pemain ditambah kepada sembilan orang
2.      saiz bola dikecilkan kepada saiz 5 bola Persatuan Bola Sepak
3.      gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan
4.      gelang-gelang gol dikecilkan dari 4.5cm kepada 3.75cm
5.      tiang gol ditinggikan kepada 3 meter
6.      skor:a)    satu mata jika gol dijaringkan daripada gelanggang/kawasan pertama atau  
daripada hantaran percuma
b)    dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah
   Nama permainan ditukar kepada bola jaring kerana bakul telah digantikan dengan gelang dan jaring. Tetapi terdapat banyak negara seperti Australia, New Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan namanya sehingga selepas beberapa tahun.
Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England. Peraturan tersebut untuk membezakan permainan ini dengan bola keranjang. Pengiraan skor dibuat setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring. Langkah ini bertujuan agar kilang dapat mengeluarkan bol yang khusus untuk bola jaring dan memudahkan pemain. . Ukuran bola dikecilkan kepada ukuran bola sepak. Langkah ini bertujuan agar kilang dapat mengeluarkan bola yang khusus untuk bola jaring.
Salah satu ciri permainan bola jaring yang menjadikanya permainan tunggal (the only game) yang hanya melibatkan hantaran dan penerimaan ( throwing and catching ) dengan tangan sahaja dan juga tidak membenarkan cara-cara lain untuk menggerakkan bola. Dalam permainan bola keranjang dan bola baling olimpik pemain-pemain mempunyai pilihan untuk bergerak sambil mengelecek bola ( melantun bola dengan tangan ) selain membuat hantaran. Lagipun pemain-pemain tidak memakai nombor tetapi huruf yang menunjukkan posisi

B) PERKEMBANGAN
Mengikut sejarah perkembangan permainan ini, kebanyakan perubahan teknikal dari segi saiz bola, bulatan bola, peraturan penalti, jaring dan bulatan logam ( metal ring ) adalah usaha yang dibuat oleh ahli-ahli peminat dari Persatuan Ling (Ling Association). Dari England permainan ini telah diperkenalkan kepada negara-negara Komanwel British yang lain termasuk Malaysia. Pertandingan antarabangsa yang pertama adalah di anatara England, Wales dan Scotland, iaitu pada tahun 1949.Di peringkat antarabangsa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring ( International Federation of Netball Associations ) yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Langka. Serentak ini juga, undang-undang permainan bola jaring peringkat antarabangsa dibuat.
Pada tahun 1963, Kejohanan Bola Jaring Dunia telah dilansungkan di England dengan pasukan dari Australia telah muncul sebagai johan. Pertandingan ini dijalankan setiap 4 tahun sekali.Walaupun permainan bola jaring mempunyai ramai peminatnya, terutamanya di negara Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai satu sukan dalam Sukan Olimpik, Sukan Asia, dan Sukan SEA.
Di Malaysia, perkembangan bola jaring bermula di sekolah-sekolah. Guru-guru berbangsa Inggeris memperkenalkan permainan ini kepada murid-murid tempatan. Persatuan Bola Jaring Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1978 adalah majlis yang mengawal dan mengawasi perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program pertandingan dan perkembangannya telah memajukan permainan bola jaring di kalangan pelajar sekolah.

C) KEPERLUAN
KAWASAN PERMAINAN
Bola jaring boleh dimainkan di atas permukaan yang bersimen, berumput atau berlantaikan papan. Ukuran gelanggang bola jaring ialah 30.50 m panjang 15.25 m lebar. Tiang gol diletakkan pada setiap hujung kawasan permainan. Ketinggian tiang gol ialah 3.05 m. Pada puncak tiang gol terdapat gelung gol yang bergaris pusat 38 cm. Gelanggang bola jaring terbahagi kepada tiga bahagian iitu zon serangan, zon  tengah dan zon bertahan.
PAKAIAN DAN PERALATAN
Setiap pemain dikehendaki memakai baju bib. Baju bib perlulah berjahit dengan huruf-huruf yang akan memudahkan pengadil mengetahui kedudukan pemain. Pemain biasanya memakai kemeja T dan berskirt atau berseluar. Pakaian seragam untuk sesebuah pasukan akan memudahkan kamu mengenali rakan-rakan sepasukan. Kamu juga perlu memakai pakaian yang selesa. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Pilihlah kasut yang bertapak mencengkam supaya kamu tidak mudah jatuh. Permainan ini menggunakan bola yang berukuran antara 68 – 71 cm. Berat bola pula antara 397 – 454 g.
KEDUDUKAN PEMAIN DAN HAD PERGERAKAN PEMAIN
            Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh orang pemain, tetapi hanya tujuh orang pemain dibenarkan berada di gelanggang pada sesuatu permainan. Seorang pemain akan berperanan sebagai pemain tengah ( C ). Pemain tengah berfungsi sebagai perantara kepada pemain-pemain penyerang dan pertahanan.
            Kumpulan penyerang pula terdiri daripada tiga pemain iaitu :
·         Penjaring gol ( GS )
·         Penyerang gol ( GA )
·         Penyerang sayap ( WA )
Barisan pertahanan pula terdiri dari tiga pemain juga iaitu :
·         Penjaga gol ( GK )
·         Pertahanan gol ( GD )
·         Pertahanan sayap ( WD )
               Setiap pemain hanya boleh bergerak di gelanggang dalam kawasan tertentu. Pergerakan mereka bergantung kepada kedudukan mereka di dalam permainan. Permainan berlangsung sebanyak empat suku. Setiap suku berjalan selama 15 minit. Pasukan akan bertukar tempat setiap kali tamat suku permainan. Permainan juga boleh berlansung sebanyak ’half’; setiap ’half’ berlangsung selama 20 minit.
               Pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dianggap pemenang dalam permainan. Setiap satu jaringan dikira sebagai satu gol. Jaringan dilakukan dengan memasukkan bola ke dalam gelung besi. Pemain-pemain juga mesti menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol. Biasanya hanya pemain yang berperanan sebagai penjaring gol ( GS ) dan penyrang gol ( GA ) boleh menjaringkan gol.
               Setiap pertandingan bola jaring akan diadili oleh dua pengadil. Kedua-dua pengadil ini akan berdiri di garisan tepi dan garisan gol. Permainan dimulakan dengan hantaran dari tengah. Hantaran tengah juga dilakukan untuk memulakan permainan selepas tamat suku permainan. Hantaran tengah dilakukan secara tukar ganti.
               Jika bola yang kamu mainkan terkeluar dari kawasan permainan, lontaran masuk akan dibuat oleh pasukan lawan. Lontaran masuk dibuat dari garisan tepi. 
D)PERATURAN
PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA JARING
1      Satu pasukan diwakili oleh 7 pemain semasa permainan.
2      Berlari dengan bola, menggelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak dibenarkan.
3      Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.
4      Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.
5      Sesuatu balingan tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.
6      Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan permainan diteruskan.
7      Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.
8      2 orang pengadil mengawasi permainan.
9      Jika pasukan kurang dripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan.
10   Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.
PERATURAN TIANG GOL
·         Tiang gol berukuran 3.05m tinggi diletakkan di tengah-tengah tiap-tiap garisan gol.
·         Ia hendaklah dipasang dengan gelang logam yang menonjol sejauh 150mm dari pangkal penyokong selari dengan gelanggang.
·         Ukuran diameter gelang ialah 380mm diperbuat daripada besi bulat dengan diameter 15mm.
·         Gelang ini hendaklah dipasang dengan jaring yang kelihatan jelas serta terbuka di bahagian atas dan bawahnya.
·         Gelang dan jaring adalah bahagian tiang gol. Jika tiang gol dibalut, tebal balutan tidak boleh melebihi 25mm.
·         Tiang gol yang berukuran diameter 65mm – 100mm atau berukuran 100mm persegi boleh di sokong dengan  soket yang terpacak di tanah ataupun dengan tapak berlogam yang tidak menjulur ke dalam gelanggang.
·         Seorang pemain tidak boleh memegang tiang gol pada bila-bila masa.
·         Seorang penjaring boleh cuba menjaringkan gol sekali lagi apabila tidak berjaya menjaringkan gol JIKA SEKIRANYA bola itu menyentuh jaring atau tiang gol terlebih dahulu.
·         Pemain tidak boleh mendapatkan bola jika tidak berjaya menjaringkan gol SEANDAINYA bola itu TIDAK menyentuh jaring atau tiang gol ataupun tidak disentuh oleh pemain lain. 

E)LONTARAN PENALTI KE ARAH GOL
               Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan menghalang atau melanggar pemain lawan dalam kawasan gol, pasukan penyerang akan diberi lontaran penalti ke arah gol. Pasukan penyerang akan diberi peluang menjaringkan bola tanpa halangan.
PENALTI
         Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan. Terdapat dua jenis penalti iaitu :
·   Lontaran percuma
·   Lontaran penalti
  I-LONTARAN PERCUMA
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima lontaran percuma. Antara kesalahan yang menyebabkan lontaran percuma ialah
Memegang bola
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga saat. Sekiranya bola dipegang melebihi tiga saat, pengadil akan meniup wisel. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang bola.
Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika kita menangkap bola dengan kaki kanan di atas tanah, kita boleh melangkah dengan kaki kiri. Jika kedua belah kaki berada di atas tanah semasa menangkap bola, kita boleh membuat satu langkah dari mana-mana belah kaki.
Memainkan bola
Pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain tetapi tidak boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti dalam bola keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas daripada pegangan tidak boleh diambil semula oleh pemain tersebut, sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
Melebihi kawasan
Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu kesalahan. Pengadil akan meniup wisel dan menyatakan kesalahan melebihi kawasan.
Ofsaid
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan terrtentu sahaja. Pemain tidak dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama ada dengan bola atau tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini menjadikan kamu berkeadaan ofsaid.
II-LONTARAN PENALTI
Lontaran penalti akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara kasar, menghalang atau melonjak pemain lawan. Pemain yang melakukan kesalahan dikehendaki berdiri di tepi. Pemain tersebut boleh bermain semula selepas bola dilontar atau dimainkan semula.
               Antara kesalahan lain yang boleh diberikan lontaran penalti ialah :
Melanggar
Kamu dilarang sama sekali melanggar pemain lawan. Lontaran penalti akan diberikan kepada pihak lawan walaupun kamu melanggar secara tidak sengaja.
Menghalang
Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat lontaran atau menangkap bola. Jika seorang pemain lawan memegang bola, kamu hanya dibenarkan berdiri dalam jarak 0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini kamu bolah mendepakan tangan. Pemain boleh berdiri pada jarak lebih hampir daripada 0.9 meter dengan pemain lawan tanpa bola tetapi tidak boleh mendepakan tangan.

F)LONTARAN LAMBUNG
Lontaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan seperti yang berikut :
a)    Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil tidak dapat menentukan pemain yang menguasai bola.
b)    Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola serentak dari kawasan permainan
               Apabila keadaan ini berlaku permainan akan dihentikan. Dua orang pemain yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Kedua-dua pemain akan menghadap kawasan gol masing-masing dan kedua-dua belah tangan berada di sisi tubuh.
               Pengadil akan berdiri antara kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan bola akan dilambung ke atas dan kedua-dua pemain boleh melonjak untuk menangkap atau menepis bola ke arah rakannya.


G)KEMAHIRAN BOLA JARING
I-MENGHANTAR BOLA
               Pemain bola jaring memerlukan kamu menghantar bola kepada pemain-pemain lain. Pasukan yang baik akan bermain dengan pantas melalui hantaran yang tepat. Antara panduan untuk membuat hantaran yang baik ialah :
a)     Jangan panik ketika hendak membuat hantaran. Kamu mempunyai tiga saat untuk mencari arah hantaran yang tepat. Hantaran secara tergesa-gesa mungkin menyebabkan pasukan kamu kehilangan bola. Kadangkala kesilapan kamu membuat hantaran akan membolehkan pihak lawan menjaringkan gol.
b)    Buat hantaran di hadapan rakan yang bergerak.
c)     Mata hendaklah sentiasa mencari sasaran hantaran.
d)    Gerak selangkah ke arah sasaran. Kemahiran ini membuatkan hantaran menjadi laju dan kuat. Beberapa jenis hantaran di dalam permainan bola jaring ialah :
v  hantaran aras dada
v  hantaran aras bahu
v  hantaran lantun
v  hantaran atas kepala atau hantaran lob
v  hantaran sisi/rendah/bawah

Hantaran aras dada
               Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tindakan menolak yaang kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.
Tujuan
Untuk hanataran pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerima tidak dihalang oleh lawannya.
Teknik
§  Badan dalam kedudukan seimbang.
§  Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran.
§   Luruskan tangan serentak dengan hantaran.
Hantaran aras bahu
               Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan ke kaki yang melangkah ke depan ( Amalkan prinsip bertentangan, iaitu tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah.)
Tujuan
Untuk hantaran jauh dan tinggi
Teknik
§  Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan.
§  Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran.
Hantaran lantun
               Dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah tangan mula tolakkan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangkan badannya.
Tujuan
Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerakeliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.
Teknik
§  Lantunkan bola tepat ke sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan.
§  Bertindak dengan pantas.
§  Ketika melantunkan bola condongkan badan sedikit ke depan.
Hantaran atas kepala atau hantaran lob
               Dengan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala ( seperti dalam membuat lemparan masuk dalam bola sepak ) dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.
Tujuan
Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.
Teknik
§  Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya.
§  Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan.
§  Pandang pergerakan penerima.
Hantaran sisi/rendah/bawah
               Dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan . Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang.
 Dengan kedua-dua belah tangan bola digerakkan (ditolak ke arah penerima ). Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir serupa pergerakan picing dalam sofbal.
Teknik
§  Sambil menghantar bola, pindah berat badan ke kaki depan.
§  Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran.
II-MENERIMA/MENYAMBUT BOLA
               Dalam permainan bola jaring, pemain boleh menymbut atau menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan ataupun dengan sebelah tangan sahaja. Keberkesanan atau kecekapan menyambut bola akan menimbulkan keyakinan pemain-pemain sepasukan supaya tidak teragak-agak dalam membuat hantaran.
               Secara ringkas, proses menyambut bola boleh dibahagikan kepada 3 fasa yang umum :
Fasa Ι : Persediaan untuk menyambut hantaran
Pemain memerhatikan gerak-geri kawannya yang memiliki bola yang akan membuat hantaran. Sekiranya pemain itu pasti bahawa pemilik bola akan menghantar bola kepadanya, pemain itu hendaklah :
·         melepaskan diri daripada kawalan lawan, jika perlu, dan
·         mencari ruang untuk bergerak dan berkomunikasi dengan pemilik bola supaya hantaran dibuat dengan tepat kepada penerima.
Fasa ΙΙ : Penghantaran bola oleh penghantar
Pemain memerhati perjalanan bola yang dilepaskan oleh pemain yang melakukan hantaran. Dengan serta-merta pemain hendaklah memutuskan cara mana hendak menyambut bola yang hendak dicapainya.
Fasa ΙΙΙ : Kontek bola dengan tangan ( tangkapan )
Pemain menyambut bola dengan menghulurkan tangan ke arah bola. Bola dipegang dengan kemas dengan jari-jari. Pada masa yang sama, siku dibengkokkan untuk meresap daya bola supaya tidak melantun keluar dari tangan.
Teknik menyambut bola
1   Bola aras dada
Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan sambut dengan jari-jari yang direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki berjarak intuk imbangkan badan.
2   Bola lantun (aras pinggang)
Menyambut bola dengan kedua-dua belah tangan di hadapan badan pada aras pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari dan tidak dengan tapak tangan.
3   Bola tinggi
Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu, pemain hendaklah melompat sambil mengangkat sebelah atau kedua-dua belah tangannya ke atas untuk menagkap bola.Ketika mendarat, lutut dibengkokkan sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan.
III-GERAK KAKI
            Ketangkasan adalah salah satu sifat yang penting bagi seseorang pemain bola jaring yang hendak bergerak dengan lincah semasa permainan. Untuk bergerak dengan tangkas pemain-pemain hendaklah mahir gerak kakinya ketika menguasai bola supaya dapat bertindak dengan pantas dan juga tidak melanggar peraturan permainan mengenai pergerakan pemain semasa memiliki bola.
            Gerak kaki yang dibenarkan oleh peraturan adalah seperti berikut :
1  Ketika menyambut bola dengan kedua-dua belah kaki di atas tanah, pemain boleh mengambil satu langkah dan melepaskan bola sebelum sebelah kaki yang lain itu mendarat atau mencecah tanah. ( Ini bererti seorang pemain dibenar bergerak satu setengah langkah ketika memegang bola. )
2  Setelah menyambut bola dan mendarat di atas kedua-dua belah kaki, pemain terus melompat dan menghantar bola sebelum kakinya mendarat.
3  Apabila kedua-dua belah kaki di atas tanah ketika menyambut bola, seorang pemain boleh mengambil satu langkah ke mana-mana arah. Ia boleh berpaksi di atas kaki tersebut sambil berpusing dan membuat hantaran sebelum kaki yang berpaksi diangkat dan menyentuh tanah semula.
4  Setelah melompat, menyambut bola dan mendarat di atas sebelah kaki, pemain boleh mengambil satu langkah lagi dengan kaki yang lain. Sebelum kaki yang mula mendarat itu mencecah tanah, ia hendaklah menghantar bola.
Setelah mendarat di atas sebelah kaki, pemain dibenarkan bergerak satu langkah lagi dan kemudian melompat untuk membuat hantaran sebelum kakinya menyantuh tanah.

IV-MENGELAK DAN MENGAWAL
               Oleh kerana serangan dan bertahan sering berlaku dalam permainan, maka pemain-pemain hendaklah cekap dengan cara mengelak dan mengawal. Dengan adanya kemahiran ini seseorang pemain akn dapat membantu usaha pasukannya.
               Mengelak dalam konteks permainan, bererti seorang pemain melepaskan diri dari kawalan lawan supaya dapat meneruskan tindakan selanjutnya. Cara mengelak ketika memegang atau tanpa bola hendaklah tidak melanggar peraturan permainan. Diantara teknik asas yang diamalkan dalam mengelak dari kawalan adalah :
Ø  penggunana gerakeliru atau mengacah;
Ø  ubah haluan pergerakan secara tiba-tiba; dan
Ø  ubah kelajuan pergerakan .
               Mengawal adalah asas pertahanan. Pihak bertahan hendaklah menghalang pihak lawan daripada membuat hantaran, menerima bola dan membuat jaringan. Ini bererti semua pemain pihak penyerang mesti dikawal oleh pihak yang bertahan dan bukan sahaja mengawal pemain yang memiliki bola. Dua strategi asas dalam mengawal pihak lawan adalah seperti yang diamalkan dalam permainan bola keranjang, iaitu :
Ø  kawalan individu atau satu kawal satu,
Ø  kawalan kawasan atau zon.
               Dalam masa mengawal, pemain dibenarkan menghadang pihak lawan dan memintas hantaran untuk menguasai bola. Bagaimanapun pemain-pemain hendaklah bertindak dalam batasan peraturan mengenai sentuhan badan dan jarak 0.90 meter.

V-KEMAHIRAN MENJARING GOL
               Dalam permainan bola jaring hanya pemain GS dan GA yang boleh menjaringkan gol. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan oleh pengawal ( pihak lawan ), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi penjaring kepada tugasnya.
Cara menjaring
 Seperti kemahiran menghantar bola , menjaring boleh dilakukan dengan sebelah atau dua belah tangan.Apabila menerima hantaran, seorang penjaring dibenarkan bertindak seperti berikut :
·         menjaring dari kedudukan statik;
·         melangkah setapak ke depan dan menjaring;
·         melangkah setapak ke belakang dan menjaring;
·         melangkah ke sisi dan menjaring;
·         melompat dan menjaring, dan
·         berlari, menerima bola dan menjaring.
 Semua cara percubaan ini adalah tertakluk kepada pereturan gerak kaki permainan bola jaring.
Jaringan statik
( teknik asas dengan sebelah tangan )
a)    Berdiri secara seimbang. Kaki berjarak. Bola terletak di atas jari-jari dan bebola tangan ( tidak atas tapak tangan ).
b)    Melihat sasaran. Rendahkan badan ( bengkokkan lutut ) dan bola dibawa ke aras atas kepala.
c)    Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan untuk menolak bola ke sasarannya. Tindakan flick dengan pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke bulatan.
d)    Pindahkan barat badan ke kaki depan apabila menolak bahu.
Jaringan melompat
Persediaan adalah seperti untuk jaringan statik dengan dua belah tangan. Dalam cara melompat, peserta hendaklah melompat sambil menolak bola ke arah sasarannya sebelum ia mendarat.
Jaringan berlari
Untuk melaksanakan cara menjaring berlari, penjaring hendaklah memastikan ada ruang yang mencukupi untuk ia dapat bergerak dalam bulatan gol. Dalam cara ini, sebaik sahaja penjaring menerima hantaran ia akan terus melangkah dan melompat untuk melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar peraturan gerak kaki. Ia akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.

BIBLIOGRAFI
Teng Boon Tong (1993)/Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan /Siri Pendidikan Longman;Penddikan  
      Jasmani dan Kesihatan ( Jasmani ) /Tingkatan 1, 2 dan 3 : Panduan guru /Dewan Bahasa dan Pustaka (1989).
Hamidah Abd Karim ( 1993 )/Bola Jaring/Siri Sukan Amiza ;

































 (NOTA 3)
PENDIDIKAN MUZIK

-WAYANG KULIT-


A) PENGENALAN

 Menurut WIKIPEDIA ,Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Trengganu..Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa BaratSesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh difahamkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancainderaWayang kulit adalah seni tradisional Indonesia, yang terutama berkembang di Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh musik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, yaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disorotkan lampu listrik atau lampu minyak (blencong), sehingga para penonton yang berada di sisi lain dari layar dapat melihat bayangan wayang yang jatuh ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang(lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.Wayang kulit lebih populer di Jawa bagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.Wayang kulit ialah aktiviti di mana patung, objek atau bahan  digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan.  Kita boleh menggunakan berbagai-bagai jenis patung yang melambangkan watak-watak tertentu.  Aktiviti ini menggunakan gerak-geri, patung, dan gambar.  Bunyi-bunyian boleh juga digunakan.Mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), wayang ialah patung dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain untuk mempertunjukkan sesuatu cerita.  Patung-patung wayang kulit boleh berbentuk manusia, haiwan, dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut watak, situasi atau cerita tertentu.  Patung ini dapat dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.  Biasanya patung ini nipis dan berbentuk dua dimensi.  Pemain wayang kulit menggunakan dialog sesuai dengan watak patung berkenaan.  Suara latar, muzik, atau bunyi-bunyi tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan patung itu.
i)          Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).
ii)         Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa)
iii)         Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
iv)           Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan)
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung.Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat diSemenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenianPada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagimengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.



B) JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA

I.     WAYANG KELANTAN
Pengenalan
Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Isi Cerita
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.
Watak utama wayang Kelantan Laksamana & Seri Rama
Patung-Patung
Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain.
Alat Muzik
Alat-alat muzik wayang tersebut terdiri dari sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji mong dan canang.
Bahasa
Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.

II. WAYANG MELAYU
Pengenalan
Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bilangannya amat terhad.
Wayang Melayu
Isi Cerita
Cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji.
Patung-Patung
Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas.
Alat Muzik
Alat muziknya terdiri dari sebatang rebab, enam biji canang, dua biji gong
besar, satu biji mong, dua biji gendang dan sepasang kesi.
Bahasa
Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek
Melayu tempatan.

III. WAYANG GEDEK
Wayang gedek
Pengenalan
Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknya mahupun corak paluannya mirip Siam.
Isi cerita
Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.
Patung-Patung
Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir mengadap ke hadapan.
Alat Muzik
Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.
Bahasa
Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun dialek Melayu Kedah.

IV. WAYANG PURWO
Pengenalan
Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa.
Wayang Purwo
Isi Cerita
Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji.
Patung-Patung
Secara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung, iaitu mata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa.
Alat Muzik
Alat Muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri dari sebiji gong besar (agong), sebiji gong suwukan, satu set gambang, lima biji kempul, lima biji kenong, dua set gonder, satu slentem, satu set saron, satu set peking (saron penerus), satu set ketok/kompang, satu batang rebab dan satu biji gendang. Oleh itu, nada yang mengiringi persembahan wayang ini juga berlainan.
Bahasa
Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga diselitkan dalam dialog cerita.

C) PERBEZAAN YANG TERDAPAT ANTARA SETIAP JENIS WAYANG KULIT
I. Bentuk Patung
Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watak patung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan terletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya. Sebaliknya, ciri ini tidak terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa. Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan dalam kedudukan mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat patungpatungnya dibentuk berhadapan. Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit yang berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian, tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana  terdapat watakwatak tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan. Sebagai contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko
(wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain..
              
HANUMAN  
MAHARAJA WANA
PAK DOGOL                                                                       
  WAK LONG
SERI RAMA                                                          
    SERI DEWI
 LAKSAMANA
II. Muzik Wayang Kulit
Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan.

RAMAYANA

MAHABHARATA

BHARATAYUDA
III. Dalang
Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.

D) PROSES MEMBUAT PATUNG WAYANG KULIT

Dalang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patung wayang kulit yang ingin dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyai kreativiti dan kepintaran dalam membuat watak-wataknya sendiri dan setiap watak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingin dipersembahkan. Antara proses untuk membuat patung wayang kulit ialah :
1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan
Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga bersih.
2) Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri.
3) Buluh, tali dan pewarna.
Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dankesabaran yang jitu.


D) SUSUNAN PEMAIN DAN ALAT MUZIK DALAM PANGGUNG WAYANG   KULIT

Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerakgeri. Lazimnya semasa patung-patung bercakap semua iringan muzik terhenti. Pada masa patung-patung bercakap hanya sedikit pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan samada dalam perjalanan, peperangan atau lain-lain maka iringan muzik segera membantu membina suasana pergerakan itu.Panggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding danatap dibuat daripada rumbia atau nipah. Lazimnya panggung ini dibina tigaatau empat kaki daripada tanah dan merupakan satu pondok yang bolehmengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan untuk persembahan wayang kulit.Bahagian hadapan panggung ini dipasang dengan sebidang kain putih yangdipanggil kelir dan pada bahagian belakang kelir ini digantung sebuah lampu(sama ada lampu minyak tanah atau lampu eletrik). Cahaya daripada lampu inilah yang memantulkan bayang-bayang patung wayang kulit kepada keliruntuk ditonton dari bahagian hadapan panggung.Dalam sesebuah persembahan wayang kulit, dalang adalah peneraju utamasebagai pencerita dan pembawa patung-patung wayang kulit yang berada disebalik kelir yang hanya mengeluarkan bayang-bayang mengikut pergerakanyang dilakukan.
Dalang akan memukau perhatian penonton dengan kelebihan dankematangannya membuat persembahan dengan gaya dan suara yang tidakpernah putus dengan ketawa, marah, dan sesekali mendayu-dayu sepertiseorang wanita. Dalang juga secara spontannya akan menyelitkan kisah lucuyang menarik mengikut rentak seperti lagu-lagu hindustan, dangdut atau lagulaguciptaan semasa yang bersesuaian dengan tajuk cerita yang.dipersembahkan. Setiap cerita yang disampaikan oleh dalang adalah untukdinikmati dan dihayati oleh para penonton sebagai renungan dan hiburanpengisi waktu.Persembahan wayang kulit dilakukan di pelbagai tempat mengikut kemahuandan keperluan masyarakatnya. Selalunya pertunjukan untuk :
i) Acara menyembah guru
ii) Mengubat orang sakit
iii) Upacara memuja semangat
iv) Semasa Pesta Menuai atau Pesta Kampung
v) Kepada perayaan Harijadi Raja-raja
vi) Sebagai hiburan semata-mata


E) WAYANG KULIT DI INDONESIA
Wayang Kulit, seni pertunjukan yang sudah cukup tua umurnya, adalah salah satu bagian dari seni pertunjukan Bali yang hingga kini masih tetap digemari oleh masyarakat setempat. Di desa-desa maupun di kota, masyarakat masih sering mempergelarkan Wayang Kulit dalam kaitan dengan upacara agama Hinduupacara adat Bali, maupun sebagai hiburan semata.
Wayang Kulit Bali terdiri dari dua jenis, yaitu:
Asal-usul Wayang Kulit di Indonesia hingga kini masih diperdebatkan oleh para ahli dan masih belum ada kesepakatan apakah Wayang Kulit memang asli Indonesia, dari India ataupun dari negara lain. Di lingkungan budaya Bali, pertunjukan Wayang Kulit diperkirakan sudah ada sejak sekitar abad ke IX. Dalam prasasti Bebetin yang berangka tahun Çaka 818 ( 896 M), dari zaman pemerintahan raja Ugrasena di Bali, ditemukan sejumlah istilah seni pertunjukan yang diyakini berarti wayang atau pertunjukan wayang (baca : Serba Neka Wayang Kulit Bali, 1975).
Sejak masa lampau pertunjukan Wayang Kulit menjadi salah satu media pendidikan informal bagi warga masyarakat. Betapa tidak, pertunjukan Wayang Kulit yang memadukan berbagai unsur seni rupasastra, gerak dan suara, dalam pementasannya tidak saja menampilkan lakon-lakon literer yang diambil dari karya-karya sastra klasik terutama Mahabrata dan Ramayana, kesenian ini juga menyajikan petuah-petuah mengenai nilai-nilai moral, spiritual dan sosial sehingga masyarakat yang buta huruf akan memperoleh ajaran-ajaran tatwayadnyaetika dan lain-lain. Oleh masyarakat penonton semuanya ini dijadikan pedoman dan tuntunan bagi kehidupan mereka sehari-hari.
Sementara para dalang secara kreatif melakukan penyegaran kesenian mereka, wayang-wayang kreasi baru sudah banyak diciptakan sehingga menambah perbendaharaan seni perwayangan di pulau ini. Yang tidak kalah pentingnya adalah munculnya dalang-dalang wanita berbakat yang siap bersaing dengan para dalang pria.
Di Bali, pertunjukan Wayang Kulit melibatkan antara 3 orang sampai 15 orang yang meliputi : dalang, pengiring dan jika diperlukan sepasang pembantu dalang (tututan). Komando tertinggi dalam pertunjukan Wayang Kulit ada pada si dalang. Untuk mementaskan wayang para dalang Bali memerlukan sekitar 125 - 130 lembar wayang yang disimpan dalam kotak wayang (kropak).
Kiranya belumlah lengkap jika pembahasan mengenai seni pewayangan Bali tidak dilengkapi dengan adanya beberapa usaha inovasi dan kreatif dari para seniman dalang di pulau ini, atau memalui kerja patungan atau kolaborasi dengan seniman luar atau asing. Dalam usahanya memberikan nafas baru dalam wayang Parwa, dalang I Made Sidja atau Ida Bagus Ngurah (Buduk) memasukan gamelan Suling atau Pegambuhan. Belakangan ini dalang muda berbakat, Ida Bagus Sudiksa berkali-kali mementaskan wayang kulit Parwa dengan iringan gamelan Angklung lengkap, bahkan pernah dengan gamelan Balaganjur. Sebagai sajian tugas akhir, baik untuk menyelesaikan program Seniman (setingkat Sarjana) pada jurusan Seni Pedalangan di STSI Denpasar, para mahasiswa juga telah melakukan berbagai percobaan. Misalnya:
  • Penggunaan layar lebar berganda.
  • penggunaan tata-lampu modern, seperti lampu strobo, spot-lights, dan sebagainya.
  • pemakaian overhead-projector untuk menciptakan citra-citra realistis sebagai latar belakang.
  • pemakaian pemain wayang dalam jumlah yang banyak dengan satu orang dalang sebagai narator.
  • pemakaian wayang golek besar.
  • dan lain sebagainya.
Kesemuanya merupakan wujud nyata dari usaha para seniman dalang muda untuk terus menyegarkan kehidupan seni Pewayangan di Bali.
Dalam hal iringan, gamelan Selonding dan Selukat juga telah dicoba untuk mengiringi pertunjukan wayang Bali. Masih merupakan bagian dari perkembangan wayang kulit Bali adalah wayang Listrik yang merupakan hasil kerja patungan antara seniman (I Made Sidja, I Nyoman Catra, Desak Suarthi Laksmi) dengan seniman dalang Larry Reed dari San Francisco, Amerika Serikat, yang didukung oleh Gamelan Sekar Jaya di bawah asuhan komposer muda, I Dewa Bratha. Nama ini diberikan berdasarkan kenyataan bahwa dalam pertunjukannya terdapat perpaduan dua unsur penting yaitu : pemain wayang kulit Bali dengan permainan atau proyeksi cahaya lampu listrik.
Pertunjukan pertama wayang listrik ini dilakukan di San Fransisco dan pada tahun 1996 yang lalu juga dipentaskan di Bali dalam rangka Festival Wayang Walter Spies.
WAYANG LEMAH
Dipentaskan pada umumnya siang hari dan dilihat dari fungsinya adalah termasuk kesenian pelengkap upacara keagamaan. Di beberapa tempat disebut dengan Wayang   Gedog.
Wayang ini dipentaskan tanpa menggunakan layar atau kelir, dan lampu blencong. Dalam memainkan wayangnya, dalang menyandarkan wayang-wayang pada seutas benang putih (benang tukelan) sepanjang sekitar setengah sampai satu meter yang diikat pada batang kayu dapdap yang dipancangkan pada batang pisang di kedua sisi dalang. Gamelan pengiringnya adalah gender wayang yang berlaras slendro (lima nada). Wayang upacara ini, pementasannya sangat tergantung pada waktu pelaksanaan upacara keagamaan yang diiringinya, sehingga dapat dipentaskan pada siang hari, sore ataupun malam hari.

Pendukung pertunjukan ini adalah yang paling kecil, 3 sampai 5 orang yang terdiri dari seorang dalang dan satu atau dua pasang penabuh gender wayang. Sebagai kesenian upacara, pertunjukan wayang lemah biasanya mengambil tempat di sekitar tempat upacara dengan tidak mempergunakan panggung pementasan khusus.Lakon yang dibawakan pada umumnya bersumber pada cerita Mahabrata yang disesuaikan dengan jenis dan tingkatan upacara yang diiringinya. Jangka waktu pementasan Wayang Lemah pada umumnya singkat, sekitar 1 sampai 2 jam.
WAYANG PETENG
Sesuai dengan namanya, Wayang Peteng dipentaskan pada malam hari secara terbuka untuk umumnya, sebagai sajian hiburan.Walaupun demikian, ada jenis Wayang yang identik penampilannya, hanya saja waktu penyelenggaraannya tidak harus pada malam hari. Jenis itu adalah Wayang Upacara atau wayang sakral, yaitu Wayang Sapuh Leger dan Wayang Sudamala. Waktu penyelenggaraannya disesuaikan dengan waktu upacara keseluruhan.
Wayang Peteng terdiri dari beberapa jenis, di antaranya:

F) TOKOH WAYANG  KULIT
Biodata Tokoh=Hamzah Awang Amat (Pak Hamzah)
1. Peribadi
Nama : Hamzah Awang Amat
Nama Pena : Tok Dalang Hamzah
Tarikh Lahir : 1940
Tempat lahir : Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan Darul Naim
Keturunan : Melayu
Kediaman : Kampung Gerong, Kota Bahru, KelantanDarul Naim
Agama : Islam
Akademik : Sekolah Melayu (darjah 6)   
2. Pendidikan dan Penglibatan Awal
- Mula belajar bermain wayang kulit semenjak kecil dan mendapatdorongan serta tunjuk ajar daripada ayahnya Awang Amat,yang juga merupakan seorang Tok Dalang terkenal di Kelantan.
- Ketika berumur 11 tahun, Pak Hamzah bukan setakat pandaibermain wayang kulit dan muzik tradisional untuk wayang kulit,beliau turut berkebolehan membuat persembahan di hadapankhalayak.
- Di waktu remajanya pula, beliau telah menubuhkan kumpulanSeri Setia, kumpulan pemuzik tradisional ini telah mengadakanpersembahan bergerak di merata tempat di seluruhSemenanjung Malaysia (Tanah Melayu) sekitar tahun 50an-60an.
3. Minat dan Dorongan
- Dorongan / galakkan daripada ayahnya sendiri telahmencetuskan minat yang mendalam terhadap wayang kulit.
- Keinginan untuk mewarisi suatu bentuk kesenian tradisi yangunik serta mendapat kebangaan bangsa dengan harapandapat menyerapkan tradisi tadi kepada generasi yang akandatang.
- Keinginan untuk memperkenalkan serta meletakkan seniwayang kulit pada kedudukan yang tinggi sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa
4. Hasil Persembahan
1950 - 1960an -Di atas inisiatiI sendiri beliau telah membuat persembahandi Terenggganu, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpurbersama kumpulan Seri Setia.
1969 - Membuat persembahan ulung kalinya di UniversitiMalaya anjuran Muzium Negara.
1971 - Membuat persembahan di 10 buah negara dan 31 buahbandar utama di Eropah serta Afrika atas anjuranUNESCO dan Kementerian Kebudayaan Belia danSukan Malaysia.
1973 - Membuat pertunjukan di Rusia dan Turki.
1974 - Membuat persembahan di Amerika Syarikat (New Yorkdan Washington), Belgium, Kanada dan England.
1975 - Membuat persembahan di bandaraya Rangoon,Burma (Myanmar).
1976 - Membuat persembahan di Hong Kong.
1990 - Membuat persembahan di Perancis dan Itali (Rom danPulau Elba).
1993 - Membuat persembahan di Singapura.
5. Penghargaan/Pengiktirafan/ Anugerah
1974 - Dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMMSeri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku AbdulHalim Muazam Shah Ibni Almarhum Sultan Badli Shah.
1977 - Sebagai menghargai keaktifan bergiat dalam bidang wayangkulit, serta bidang yang berkaitan, beliau telah dijemputmenjadi pensyarah Tamu di Universiti Sains Malaysia dalammuzik tradisional serta wayang kulit dan bertugas di situsehingga sekarang.
1978 - Dikurniakan pingat Perangai Baik (PB) oleh DYMM SultanKelantan - Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum SultanIbrahim.
1989 - Sekali lagi dianugerahi Pingkat Pangkuan Negara (PPN)Oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin
Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullah-IahuShah.
1992 - Sebagai pengajar kepada Kumpulan TheatreworksSingapura anjuran NAC (Majlis Seni Kebangsaan).
 6. Kebolehan Lain
1. Membuat alat-alat muzik tradisional seperti gendang,
geduk, gedumbak, serunai dan rebab.
2. Berkebolehan bermain rebab.
3. Berkebolehan menampilkan /mempersembahkan Main Puteri.
            Hamzah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1996Penerima Anugerah Seniman Negara Pertama ini dilahirkan pada tahun 1940di Kampung Kebakat, Kelantan. Hamzah Awang Amat atau lebih dikenalisebagai Pak Hamzah meminati wayang kulit semenjak berusia belasan tahunmelalui pemerhatian kesenian ini di sekitar kampungnya.Kewibawaan Pak Hamzah bukan sahaja sebagai seorang pemain mahupunpembuat alat persembahan wayang kulit, malah beliau telah berupayamengangkat seni wayang kulit ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu,penglibatan beliau sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi telahberjaya menghasilkan metodologi pengajaran seni muzik wayang kulitKelantan yang amat efisyen, sistematik dan komprehensif.Pada tanggal 1 Januari 2001, Hamzah Awang Amat telah kembali kerahmatullah dengan mewasiatkan wayang kulit ini kepada kita, generasi baruyang akan meneruskan perjuangan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmatke atasnya. Al Fatihah.

KESIMPULAN
Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaanmasyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan,tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dankonsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu.Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistemkepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan merekamasih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilainilaiindividualistik akibat pengaruh budaya barat.

BIBLIOGRAFI
http://www.uum.edu.my/pkokay/pkokaybm/sm.htm dilayari pada 29 Januari 2007.
http://en.wikipedia.org/wiki/Music_theory dilayari pada 29 Januari 2007.
http://en.wikipedia.org/wiki/Wayang  dilayari pada 4 Februari 2007
http://discover-indo.tierranet.com/wayang.html  dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.joglosemar.co.id/wayang.html  dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.joglosemar.co.id/wayangjawa.html  dilayari pada 4 Februari 2007
(MP3)  dilayari pada 4 Februari 2007
http://id.wikipedia.org/wiki/Wayang_kulit  dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.indo.com/culture/wayang.html  dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.asiafoto.com/wayang.htm  dilayari pada 4 Februari 2007
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_kulit  dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.babadbali.com/seni/wayang/wayang-lemah.htm    dilayari pada 4 Februari 2007
http://eyesnowy.fotopages.com/?entry=799080  dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.ask.edu.my/BM/penerbitan.asp?page=3  dilayari pada 4 Februari 2007
Wayang kulit/Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan/Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenia,/Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia./2003







































 (NOTA 4)