PISMP SEMESTER 2

 (NOTA 1)
PRA3103

-PENDIDIKAN PRASEKOLAH-



A)PENGENALAN


PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Objektif program Pendidikan Prasekolah 
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna,bermenafaat,berfaedah kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat berlandaskan rukun agama.

Program Pendidikan Prasekolah ialah bertujuan untuk membolehkan kanak-
kanak :-
1.     Membina sahsiah dan perwatakan yang menarik untuk menjadi ahli keluarga dan warganegara yang baik dan bernafaat dan berfaedah berlandaskan falsafah Pendidikan Negara selaras dengan Rukun Negara.
2.     Mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan sehari-hari berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
3.     Menghormati dan menggunakan Bahasa Melaysia sebagai bahasa kebangsaan
4.     Mengamalkan nilai-nilai keislaman di dalam kehidupan seharian khusus untuk kanak-kanak yang beragama islam.
5.     Membentuk keyakinan diri dan dapat mengawal serta menguasai keupayaan dan memepraktikkan amalan-amalan kesihatan dan keselamatan yang piositif.
6.     Membentuk konsep kendiri yang positif,bergaul dan menghargai hak dan kebolehan orang lain serta memupukkan semangat faham-memahami di dalam bekerja ,hormat-menghormati dan bertoleransi.
7.     Menyemaikan sikap ingin tahu dan kesediaan belajar semasa berinteraksi.
8.     Mengembangkan penggunaan bahasa  semasa berkomunikasi.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Visi
Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sebuah pusat pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang intelek, berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap positif, berteraskan kesepaduan ilmu, mengikut acuan budaya Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi
1.            Mendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran terkini.
2.         Menyelaraskan program peningkatan ilmu dari masa ke semasa.
3.         Menjadikansekolah sebagai taman ilmu.
4.          Berusaha menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang        selesa.
5.         Sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi         murid.
6.         Pengurusan sekolah yang cekap, teratur dan efisyen.
7.         Sentiasa berhubung dengan sekolah-sekolah terbaik untuk mendapatkan idea-idea   ke arah kecemerlangan.
8.         Sentiasa berusaha mendapatkan input-input terkini daripada Pusat   Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat    Pendidikan      daerah dan lain-lain pihak yang berkenaan.

ObjektiF
*           Menyediakan murid-murid menjadi ahli masyarakat yang terdidik, kepimpinan     yang unggul, penuh keimanan dan bertanggungjawab.
*           Menanam sikap yakin dan percaya ilmu pengetahuan penyuluh hidup.
*           Menanam semangat pentingkan ilmu dan berusaha bersungguh-    sungguh menimba ilmu pengetahuan.
*           Membentuk semangat kerjasama, bersatu padu, hormat menghormati,      ikhlas dan jujur.
*           Menanam semangat cintakan negara rasa kekitaan dan penyayang.
*           Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam semua aktiviti sekolah.
*           Berusaha menyemai dan mengamalkan nilai-nilai Islam.
*           Memupuk tabiat suka membaca sepanjang hayat.
*              Memupuk semangat berusaha mencapai kecemerlangan dalam          pelajaran dan ko- kurikulum.

                Rumah merupakan tempat pertama dan yang paling penting didalam kehidupan             kanak-kanak itu. Di rumah, ia mula belajar mengenal persekitarannya, menghadapi        masalah dan mencari peyelesaiannya, serta berhubung sosial dengan masyarakat                 setempat. Ibu bapa yang merupakan guru pertama dan paling berpengaruh pada            anak-anak mereka di rumah. Setiap orang kanak ada hak untuk duduk di rumah yang       selesa dengan kasih          sayang dan tunjuk ajar ibu bapa. Ibu bapa sepatutnya memberi               sokongan dan mendidik anak mereka di rumah.
               
Prasekolah merupakan sambungan dari rumah yang juga tempat transit  pertama sebelum melangkah kaki ke alam pendidikan yang lebih formal. Kelas prasekolah               akan menjadi faktor utama dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang menghadiri kelas prasekolah meninggalkan rumah dan berpisah dari keluarga terutama ibu mereka  untuk kali pertama.








B)             PERKEMBANGAN FIZIKAL,
 KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Konsep Keselamatan

Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus  dirujuk kepada kanak-kanak agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.

Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang membawa kemalangan. Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru semasa kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa kemalangan berlaku di mana-mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui tentang bahaya dan risko yang ada.

Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya  yang akan menimpa diri kanak-kanak di sekolah mahupun  di luar kawasan sekolah. Hasil dari penerangan konsep perkembangan fizikal, kesihatan dan keselamatan dapat dirumus bahawa ketiga perkembangan ini penting dalam mewujudkan modal insan yang terbaik.



Unsur keselamatan       sering menjadi persoalan ibu bapa.Terdapat dua aspek keselamatan iaitu aspek psikologi dan aspek fizikal.

Aspek psikologi 
Keselamatan psikologi, merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak terhadap persekitaran mereka.Kanak-kanak secara fitrah amat peka kepada persekitaran. Mereka dapat meneka           samada persekitaran mereka selamat atau sebaliknya. Menyenangkan atau tidak,             selesa atau merimaskan. Fokus utama ialah kepada individu                 yang ada di dalamnya,      adakah mereka yang diyakini,  boleh menerima mereka seadanya (empati) dan      menghormati mereka sebagai seorang individu yang unik. Kanak-kanak sebenarnya          dapat menganggap dan merasa dengan cepat samada mereka diterima atau tidak oleh                orang dewasa, terutama gurunya. Persekitaran yang selamat dari segi psikologi,ialah keadaan kanak-kanak tanpa perasaan-perasaan negatif seperti gementar, takut, bimbang, ragu dan risau semasa interaksi berjalan. Perasaan negatif ini mungkin ditimbulkan oleh guru, pembantu atau murid-murid lain.Masa belajar di prasekolah mestilah masa yang menyeronokkan, selesa dan     merangsang semua potensi kanak-kanak. Mereka tidak tertunggu-tunggu masa                pulang untuk dijemput oleh ibu bapa mereka.Guru prasekolah mestilah mencipta suasana yang kondusif, yang mempunyai ciri-ciri       sahsiah yang mampu memotivasikan  kanak-kanak ke arah perkembangan                 seoptimumnya, individu yang mesra, bertimbangrasa, cakna dan memainkan peranan                  sebagai                 muallim, muaddib, murrabi, murshid sekaligus  sebagai rakan dan fasilitator      kepada kanak-kanak.




Aspek keselamatan fizikal
                Kanak-kanak sering menjadi mangsa kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti           terjatuh, melecur atau keracunan. Kejadian-kejadian ini boleh dielakkan sekiranya         setiap orang berwaspada dan dapat membuat            jangkaan malang yang mungkin                menimpa. Di setiap ruang dan di setiap masa guru prasekolah perlulah berwaspada       kerana kanak-kanak seumur 4 - 6 tahun ini sangat lincah, terdedah kepada berbagai               bahaya. Di            antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ialah:


A)            Pastikan kelas dan kawasan sekeliling selamat bagi kanak-kanak bermain
i.              Elakkan mereka daripada terjatuh dari aras tinggi seperti buaian, tangga, gelunsur, tingkap yang terbuka atau lantai yang licin kerana ini boleh mencederakan mereka.
ii.             Elakkan mereka dari menghampiri perigi, kolam atau longkang yang dalam.
iii.            Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri di tempat tinggi tanpa pengawasan.
iv.            Lapkan lantai dengan segera bagi mengelakkan mereka dari tergelincir.             Tikar atau permaidani yang telah dilipat disimpan di tempatnya. Barang-      barang tidak disepahkan dilantai.
v.             Letakkan kipas angin di tempat yang tinggi.
vi.            Elakkan daripada menggunakan perabot yang diperbuat daripada kaca.

b)            Jauhkan kanak-kanak dari dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan                                   elektrik
I.              Mancis dan pemetik api perlu dielakkan
ii.             Kedudukan dapur dan soket pada dinding perlu di dalam keadaan yang                                                             sesuai.

C)            Bahan beracun dan ubat-ubatan harus dijauhi dari dicapai oleh kanak-kanak
Ubat-ubatan
I-              semua jenis ubat mesti disimpan di tempat yang selamat, seboleh-bolehnya   dikunci.
II-             simpan ubat di dalam bekas asalnya sebagai langkah berjaga-jaga    
III-            ubat yang tidak diguna mesti dilupuskan
Bahan pencuci/minyak tAnah
I-              bahan pencuci dan minyak tanah boleh mendatangkan kesan yang tidak baik jika diminum oleh kanak-kanak. Ia perlu disimpan ditempat selamat
II-             jika terminum, beri susu atau air. Jika terpecit pada kulit atau mata, cuci                                dengan air yang banyak.
Racun makhluk perosak
I-              -  jangan simpan racun di dalam botol minuman atau menggunakan bekas   racun yang kosong untuk memasak atau menyimpan makanan.
II-             jangan letakkan berdekatan atau bersama makanan
III-            Jika terkena pakaian, rendamkan pakaian itu dalam air, cuci kulit dan kuku                         dengan sabun.

d)            Jangan biarkan kanak-kanak memasukkan benda-benda ke dalam mulut, hidung            atau telinga.
i.              Benda-benda yang kecil seperti kekacang, gula-gula, manik, butang, syiling                       atau bahagian-bahagian tertentu pada permainan, penggunaannya perlu                                  diawasi.
ii.             Jika memberi makanan yang berbiji dan bertulang perlu pengawasan.

e)            Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bermain di sudut air bersendirian
i.              Kejadian lemas boleh berlaku di rumah atau di sekolah jika kanak-kanak                                            terjatuh ke dalam takungan air, perigi, kolam ikan atau longkang besar.
ii.             Kanak-kanak perlu diajar berenang.

f)             Awasi kanak-kanak semasa bermain di sudut permainan luar
i.              Guru hendaklah  sentiasa mengawasi kanak-kanak yang bermain di padang permainan kerana keghairahan mereka terhadap peralatan di sudut itu boleh membahayakan.Pastikan kanak-kanak sentiasa memakai kasut atau selipar semasa bermain
ii.             Semua peralatan itu perlu diselenggara dengan baik supaya berada di dalam keadaan selamat (menurut tinjauan Jemaah Nazir, kebanyakkann alat permainan luar seperti pondok, buaian dan jongkang-jongkit telah rosak dan tidak selamat lagi digunakan)
v.             Kotak permainan pasir dan air perlu dijaga dengan baik.

g)            Awasi kanak-kanak semasa di jalan raya
                i.              Kanak-kanak mesti dilatih supaya beringat  tentang bahaya semasa     berada di               jalan raya.
                ii.             Ajarlah  mereka cara menyeberang jalan, berjalan di tempat pejalan kaki
                iii.            Jangan benarkan sama sekali mereka bermain di tepi jalan kerana jalan                                            bukan tempat bermain.

                h)            Peti pertolongan cemas
Sebuah peti pertolongan yang lengkap dan boleh digunakan semasa kecemasan            hendaklah disediakan di setiap prasekolah           

                i)              Alat pemadam api
Bangunan prasekolah sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu dan           pengudaraan yang baik. Ia perlu dilengkapi dengan alat pemadam api

                j)              Kesihatan
Sebuah sudut khas hendaklah disediakan di setiap prasekolah untuk menempatkan kanak-kanak yang sakit sehingga mereka dijemput oleh ibubapa.





Konsep motor halus dan motor kasar

                Motor halus dan motor kasar merupakan cabang dalam perkembangan fizikal. Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakain halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.

Motor kasar ialah perkembangan jasmani berupa koordinasi gerakan tubuh, seperti berlari, berjinjit, melompat, bergantung, melempar dan menangkap,serta menjaga keseimbangan. Kegiatan ini diperlukan dalam meningkatkan keterampilan koordinasi gerakan motorik kasar.Pada anak usia 4 tahun, kanak - kanak sangat menyenangi kegiatan fisik yang mengandung bahaya, seperti melompat dari tempat tinggi atau bergantung dengan kepala menggelantung ke bawah.  




Konsep kesihatan diri
Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna  dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan.


Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bererti individu tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang posoitif. Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak dan kadang-kadang lasak memerlukan kesihatan diri yang positif secara menyeluruh.Kesihatan diri secara menyeluruh merujuk kepada kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai kecegasan emosi, mental, agama/rohani dan fizikal.

Proses perkembangan dan pertumbuhan yang sedang menuju kematangan memerlukan proses pemupukan amalan kesihatan yang betul sama ada dari segi kebersihan diri serta pencegahan dan perawatan penyakit berjangkit. Asas kesihatan juga menekankan keperluan makanan dan pemakanan yang seimbang, berzat dan bermutu bagi membantu proes perkembangan tersebut berjalan secara harmoni dan seimbang.

Oleh itu kesihatan boleh dilihat sebagai satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial. Kesihatan adalah satu keadaan fizikal, mental, sosial dan rohani yang optimum untuk kesejahteraan hidup.

Kesihatan merupakan satu proses dinamik dan sentiasa berubah dan tidak dapat diperolehi dengan cara serta merta tetapi melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap dan amalan yang kesinambungan dan berterusan.

·         Kesihatan fizikal yang baik akan menyumbang  ke arah pembentukan gaya hidup yang baik kepada sesebuah masyarakat tanpa timbulnya ketegangan dalam bermasyarakat. Contohnya bersukan dan sebagainya.
·         Kesihatan sosial yang baik dapat dilihat dari segi hubungan baik dalam bergaul dan berinteraksi sama ada dengan ahli keluarga, rakan dan masyarakat.
·         Kesihatan emosi / mental yang baik dapat dilihat apabila seseorang itu dapat menghadapi situasi bosan dan risau yang melanda diri. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan keletihan, individu yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat akan dapat menghadapi dan mengurusnya dengn berkesan
·         Kesihatan rohani yang baik dapat dilihat dari segi hubungan individu dengan agama. Sekiranya individu itu mempunyai kepercayaan agama dan mengamalkannya dalam kehidupan dengan penuh tanggungjawab, maka individu itu sihat dari segi rohaninya.


Di antara perkara-perkara yang wajar dikuti untuk menjaga kesihatan diri yang baik supaya memberikan manfaat kepada kanak-kanak termasuklah:

·         Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan
·         Mendapatkan udara bersih misalnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah yang baik di samping membunuh kuman.
·         Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Istirahat yang mencukupi. Ini termasuk tidur  dengan psotur tidur yang betul sebagaimana ditentukan oleh pakar-pakar kesihatan. Melalui rehat yang mencukupi bagi kanak-kanak dapat mengurang atau mengelak ketegangan terutamanya urat saraf. Otot juga dapat direhatkan dari ketegangan selepas bekerja atau bersenam di sebelah pagi. Sementara itu   tidur di tempat rata dengan pengudaraan yang selesa akan memudahkan proses pemulihan anggota badan dari kepenatan..
·         Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman dan sebagainya.
·         Penjagaan kulit hendaklah diberikan keutamaan supaya mengelakkan penyakit kulit seperti panau, kudis, kurap dan kayap.
·         Elakkan menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor.


Dengan penjagaan kebersihan  diri  kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan kemas dan menarik. Kekemasan diri dapat membentuk imej dan perwatakan yang menarik dan tidak suka kepada kekotoran. Selalunya mereka yang tidak bersih dan pengotor, memberikan gambaran sebenar personaliti individu tersebut. Bagi kanak-kanak kebersihan diri boleh dilakukan dengan :

·         Menjaga kebersihan muka dan rambut dengan mencuci dengan secukupnya..
·         Kanak-kanak harus dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman.
·         Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran. Pastikan mereka tidak membela kuku panjang bagi menggelakkan kekotoran terperap di dalam kuku.
·         Pastikan pakaian yang dipakai oleh mereka sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran seperti hingus, darah atau nanah.
·         Galakkan mereka menggosok gigi selepas makan, sebelum dan selepas tidur.
·         Kanak-kanak hendaklah diberikan rehat yang mencukupi. Jika melibatkan sesi pagi hingga petang, sediakan masa dan ruang bagi mereka untuk tidur, sebelum disambung di sebelah petang.
·         Gunakan kelambu dan tidak ubat nyamuk semasa tidur. Kanak-kanak mudah tertarik kepada ubat nyamuk dan kadangkala dimakannya.

Di antara faktor-faktor penting di dalam penjagaan kesihatan diri ialah faktor budaya, agama dan baka.

Terdapat perbezaan dalam cara makan seperti penggunaan tangan, garfu, sepit dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut hendaklah dipastikan bersih. Jika kebersihan tidak dijaga bukan sahaja memudahkan jangkitan kuman, tetapi boleh menyebabkan jangkitan penyakit berjangkit. Penyakit hepatis A, tifoid, keracunan makanan, disentri dan sebagainya boleh merebak melalui alat di atas yang tidak dibasuh dengan sebersih-bersihnya.

Baka ialah ciri-ciri yang diperturunkan   ibu bapa kepada anak-anak melalui gen-gen. Baka menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi  trait-trait    seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Kesanya dari segi kesihatan biasanya baka yang berbadan besa biasanya diturunkan kepada anak-anak.Malahan  didapati bahawa kanak-kanak dari ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat dan ini bermakna setengah-setengah penyakit seperti kecing manis, darah tidak boleh beku dan kekerdilan disebabkan oleh faktor baka.Rencatan mental juga didorong oleh perwarisan gen yang resesif daripada ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Perangai ekstrovert atau introvert juga dipengaruhi  oleh oleh faktor baka , misalnya ibu bapa yang pemarah, panas baran , sukakan sukan dan sebagainya .


Budaya memainkan peranan penting bagi menentukan kesihatan diri individu . Budaya penjagaan kesihatan dibentuk selepas menjadi amalan rutin sesuatu masyarakat.  Di antara faktor-faktor budaya yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dari segi budaya termasuklah;

·                     Adat Istiadat  seperti kenduri kahwin, majlis hari jadi dan kematian.
·                     Surat Khabar seperti iklan, corak pemberitaan atau penekanan
·                     Media elektronik seperti iklan, corak rancangan atau penekanan .
·                     Rakan sebaya dalam sesebuah komuniti
·                     Organisasi dalam komuniti seperti persatuan,pertubuhan dan parti politik
·                     Pemakanan seperti daging (lembu, ayam, babi dan sebagainya)
·                     Komunikasi masa seperti penekanan dalam iklan, perbualan atau perbincangan
·                     Kepercayaan orang-orang tua

Agama merupakan faktor penting di dalam mempastikan pemupukan kesihatan diri yang positif terutama dari segi rohani.Amalan-amalan agama akan dapat membentuk jiwa yang yakin, ikhlas dan suci dari sebarang kemungkaran. Di antara kepentingan agama di dalam penjagaan kesihatan diri termasuklah;

·                     Dapat membezakan di antara yang bersih dan kotor (mumaiz)
·                     Dapat membezakan makanan yang merosakkan diri  atau membina diri
·                     Dapat menghindarkan perbuatan yang tidak sihat seperti mencuri, makan dari hasil haram, atau menfitnah orang lain  untuk mendapatkan sesuatu.
·                     Dapat mengelakkan perlakuan pembaziran misalnya dari segi makanan, pengurusan sesuatu majlis dan sebagainya .
·                     Dapat membina ketahanan diri walaupun tidak ada orang kedua atau ketiga.
·                     Menimbulkan rasa syukur di atas pemberian Tuhan
·                     Tidak bersifat tamak, sebaliknya bersedia berkongsi dengan orang lain.
·                     Dapat menggelakkan diri daripada rasa bimbang, takut atau gelisah kerana adanya unsur Tuhan sebagai tempat pergantungan total.
·                     Dapat menghindarkan perbuatan yang boleh merosakkan diri seperti mabuk, berzina, membunuh, bunuh diri atau mencederakan orang lain.


Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan.

Penjagaan kesihatan diri kanak-kanak

·         Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan
·         Mendapat udara bersih
·         Bersukan dan bersenam mengikut peraturan
·         Rehat yang cukup untuk mengelakkan ketegangan otot
·         Elakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman
·         Penjagaan kulit hendaklah diberi keutamaan
·         Elakkan menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor

Penjagaan kebersihan diri kanak-kanak supaya lebih kemas dan menarik

·         Menjaga kebersihan muka dan rambut
·         Biasakan mencuci badan apabila kotor bagi membetuk kelaziman
·         Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain melibatkan kekotoran
·         Elakkan menyimpan kuku yang panjang
·         Pakaian sentiasa bersih daripada kekotoran
·         Gosok gigi selepas makan
·         Rehat secukupnya
·         Elakkan guna ubat nyamuk ketika tidur

FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PENJAGAAN KESIHATAN DIRI
( Pembentangan kumpulan )
·         Baka
·         Budaya
·         Agama

Kesihatan Diri

1.Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna  dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan.

·         Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bererti individu tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang psoitif.

·         Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak dan kadang-kadang lasak memerlukan kesihatan diri yang positif secara menyeluruh.Kesihatan diri secara menyeluruh merujuk kepada kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai kecegasan emosi, mental, agama/rohani dan fizikal.

·         Di antara perkara-perkara yang wajar dikuti untuk menjaga kesihatan diri yang baik supaya memberikan manfaat kepada kanak-kanak termasuklah:

1.1           Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan
1.2           Mendapatkan udara bersih misalnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah yang baik di samping membunuh kuman.

1.3           Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Istirahat yang mencukupi. Ini termasuk tidur  dengan psotur tidur yang betul sebagaimana ditentukan oleh pakar-pakar kesihatan. Melalui rehat yang mencukupi bagi kanak-kanak dapat mengurang atau mengelak ketegangan terutamanya urat saraf. Otot juga dapat direhatkan dari ketegangan selepas bekerja atau bersenam di sebelah pagi. Sementara itu   tidur di tempat rata dengan pengudaraan yang selesa akan memudahkan proses pemulihan anggota badan dari kepenatan..


1.4           Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman dan sebagainya.
1.5           Penjagaan kulit hendaklah diberikan keutamaan supaya mengelakkan penyakit kulit seperti panau, kudis, kurap dan kayap.
1.6           Elakkan knjunktiva dengan tidak menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor.

2.Dengan penjagaan kebersihan  diri  kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan kemas dan menarik. Kekemasan diri dapat membentuk imej dan perwatakan yang menarik dan tidak suka kepada kekotoran. Selalunya mereka yang tidak bersih dan pengotor, memberikan gambaran sebenar personaliti individu tersebut. Bagi kanak-kanak kebersihan diri boleh dilakukan dengan :

2.1           Menjaga kebersihan muka dan rambut dengan mencuci dengan secukupnya..
2.2           Kanak-kanak harus dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman.
2.3           Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran. Pastikan mereka tidak membela kuku panjang bagi menggelakkan kekotoran terperap di dalam kuku.
2.4           Pastikan pakaian yang dipakai oleh mereka sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran seperti hingus, darah atau nanah.
2.5           Galakkan mereka menggosok gigi selepas makan, sebelum dan selepas tidur.
2.6           Kanak-kanak hendaklah diberikan rehat yang mencukupi. Jika melibatkan sesi pagi hingga petang, sediakan masa dan ruang bagi mereka untuk tidur, sebelum disambung di sebelah petang.
2.7           Gunakan kelambu dan tidak ubat nyamok semasa tidur. Kanak-kanak mudah tertarik kepada ubat nyamok dan kadangkala dimakannya.

3.Di antara faktor-faktor penting di dalam penjagaan kesihatan diri ialah faktor budaya, agama dan baka.

3.1           Terdapat perbezaan dalam cara makan seperti penggunaan tangan, garfu, sepit dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut hendaklah dipastikan bersih. Jika kebersihan tidak dijaga bukan sahaja memudahkan jangkitan kuman, tetapi boleh menyebabkan jangkitan penyakit berjangkit. Penyakit hepatis A, tifoid, keracunan makanan, disentri dan sebagainya boleh merebak melalui alat di atas yang tidak dibasuh dengan sebersih-bersihnya.

3.2          Baka ialah ciri-ciri yang diperturunkan   ibu bapa kepada anak-anak melalui gen-gen.
·         Baka menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi  trait-trait    seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.

·         Kesanya dari segi kesihatan biasanya baka yang berbadan besa biasanya diturunkan kepada anak-anak.Malahan  didapati bahawa kanak-kanak dari ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat dan ini bermakna setengah-setengah penyakit seperti kecing manis, darah tidak boleh beku dan kekerdilan disebabkan oleh faktor baka.

·         Rencatan mental juga didorong oleh perwarisan gen yang resesif daripada ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat.

·         Perangai ekstrovert atau introvert juga dipengaruhi  oleh oleh faktor baka , misalnya ibu bapa yang pemarah, panas baran , sukakan sukan dan sebagainya .

4.Budaya memainkan peranan penting bagi menentukan kesihatan diri individu . Budaya penjagaan kesihatan dibentuk selepas menjadi amalan rutin sesuatu masyarakat.  Di antara faktor-faktor budaya yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dari segi budaya termasuklah;

4.1           Adat Istiadat  seperti khenduri kahwin, majlis hari jadi dan kematian.
4.2           Surat Khabar seperti iklan, corak pemberitaan atau penekanan
4.3           Media elektronik seperti iklan, corak rancangan atau penekanan .
4.4           Rakan sebaya dalam sesebuah komuniti
4.5           Organisasi dalam komuniti seperti persatuan,pertubuhan dan parti politik
4.6           Pemakanan seperti daging (lembu, ayam, babi dan sebagainya)
4.7           Komunikasi masa seperti penekanan dalam iklan, perbualan atau perbincangan
4.8           Kepercayaan orang-orang tua

5.Agama merupakan faktor penting di dalam mempastikan pemupukan kesihatan diri yang positif terutama dari segi rohani.Amalan-amalan agama akan dapat membentuk jiwa yang yakin, ikhlas dan suci dari sebarang kemungkaran. Di antara kepentingan agama di dalam penjagaan kesihatan diri termasuklah;

·                     Dapat membezakan di antara yang bersih dan kotor (mumaiz)
·                     Dapat membezakan makanan yang merosakkan diri  atau membina diri
·                     Dapat menghindarkan perbuatan yang tidak sihat seperti mencuri, makan dari hasil haram, atau menfitnah orang lain  untuk mendapatkan sesuatu.
·                     Dapat mengelakkan perlakuan pembaziran misalnya dari segi makanan, pengurusan sesuatu majlis dan sebagainya .
·                     Dapat membina ketahanan diri walaupun tidak ada orang kedua atau ketiga.
·                     Menimbulkan rasa syukur di atas pemberian Tuhan
·                     Tidak bersifat tamak, sebaliknya bersedia berkongsi dengan orang lain.
·                     Dapat menggelakkan diri daripada rasa bimbang, takut atau gelisah kerana adanya unsur Tuhan sebagai tempat pergantungan total.
·                     Dapat menghindarkan perbuatan yang boleh merosakkan diri seperti mabuk, berzina, membunuh, bunuh diri atau mencederakan orang lain.
·                     Dapat membentuk rasa hormat kepada rakan dengan berlemah lembut , bersopan santun dan bertimbang rasa sesama insan.
   
Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah mengelak kemalangan. Selain itu pendedahan maklumat tentang agensi-agensi yang boleh menyumbang memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat membantu guru-guru prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan satu proses pendidikan yang didokongi oleh semua pihak

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.

Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

JENIS-JENIS PENYAKIT KANAK-KANAK

1.             Sakit Perut
Berpunca dari sembelit
·         Kanak-kanak sembelit berpunca daripada diet yang kurang fiber. Fiber datangnya dari sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.
Cara mengatasi
·         Galakkan kanak-kanak makan  buah-buahan, bijirin, sup, air nasi, jus buah-buahan segar, air teh, air kelapa muda, air daripada sumber yang bersih, sayur-sayuran.
·         Tidak digalakkan menggunakan ubat julap kerana memberi kesan negatif pada jangka masa panjang.
·         Sekiranya berlaku terberak dalam seluar sila laporkan kepada ibubapa untuk rawatan lanjut
Berpunca dari cirit birit
·         Berpunca dari makanan dan minuman tercemar
·         Kehilangan banyak air men
Cara mengatasi
·         Banyak minum air
·         Berikan makanan lembut seperti bubur dan 24 kemudian boleh diberi makanan biasa
·         Tidak digalakkan guna ubat penahan cirit birit kerana memberi kesan jangka panjang kecuali mendapat nasihat doctor
·         Elakkan makanan dihinggapi lalat – makanan hendaklah ditutup
·         Basuh tangan sebelum dan selepas makan

2.             Sakit tekak
·         Berpunca dari jangkitan virus
·         Tonsil – disebabkan oleh bacteria
Cara rawatan
·         Tonsil yang serius boleh dibuat pembedahan

3.             Alahan kepada makanan
                Punca
·         Berlaku tindak balas kimia / makanan
Tanda
·         Timbul ruam, mata bengkak, demam, kembung, muntah, lelah, cirit birit, kelihatan letih.
Cara mengatasi
·         Elakkan makanan yang menyebabkan alahan
·         Kurangkan makanan yang bergula, garam berlebihan, pewarna, perasa
·         Berhati-hati jika mengamalkan diet

4.             Penyakit mata
                Punca
·         Luka pada bola atau kelopak mata
·         Cairan kimia memasuki mata
·         Benda asing termasuk ke mata
·         Selaput mata
·         Ketumbil
·         Rabun
Cara mengatasi
·         Persekitaran yang bersih
·         Tidur dan rehat yang cukup
·         Senaman ringan yang dapat menggerakkan otot
·         Vitamin A untuk elak rabun
·         Pengurusan mata yang betul dari segi pencahayaan, jarak dan pemakaian cermin
·         Elakkan mata daripada sebarang kecederaan
·         Elakkan penyakit mata

5.             Batuk dan selsema
                Punca
·         Disebabkan oleh virus
                Cara mengatasi
·         Gunakan panadol
·         Ubat jenis antihistamin untuk mengeringkan rembasan yang menyebabkan hidung tersumbat.
·         Ubat jenis ekspektoran untuk mengeluarkan kahak yang sukar
·         Minum air yang banyak
·         Pastikan badan tidak terlalu panas
·         Pengudaraan yang bersih untuk memudahkan pernafasan
·         Bersihkan hidung dari hingus

6.             Kutu kepala
                Punca
·         Kutu kepala mudah berjangkit
·         Kepala rasa gatal akibat gigitan dan najis kutu
                Cara mengatasi
·         Gunakan syampo berubat
·         Gunakan sikat yang sesuai
·         Gunakan cuka masak yang suam jika tiada syampo ( rendam kepala )
·         Elakkan kanak-kanak berkutu berkongsi sikaT

7.             Kurap dan panau
                Punca
·         Berpunca dari fungus binatang
·         Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan langsung

                Cara mengatasi
·         Sapukan ubat salap yang mengandungi clotrimazole
·         Campurkan larutan kalium permanganate untuk mandi
·         Campurkan belerang dan cuka makan kemudian sapu
·         Asingkan kanak-kanak berkurap semasa beraktiviti
·         Pakaian pesakit hendaklah direndam dan dibasuh dengan air panas
·         Elakkan dari berkongsi tuala atau bantal

8.             Asma
                Punca
·         Saluran udara di paru-paru mengecil akibat pembengkakan dinding dan penghasilan lendir yang berlebihan
·         Serangan asma berlaku akibat reaksi alahan paru-paru terhadap bulu binatang, kesihatan mental yang negative,makanan, asap rokok dan pencemaran udara
·         Disebabkan oleh baka atau keturunan
                Cara mengatasi
·         Psikologi – beri keyakinan kepada kanak-kanak bahawa ia akan sembuh
·         Duduk secara bersandar
·         Sedut bronkodilator ( sejenis dadah ) bagi memudahkan pernafasan



9.             Sakit gigi
                Punca
·         Demam gigi – gigi baru tumbuh
·         Plak gigi
·         Gigi berlubang
·         Kududukan gigi tidak terusun rapi ( maloklusi )
·         Radang gusi
                Cara mengatasi
·         Rawatan di klinik pergigian
·         Makan makanan berzat
·         Elakkan makanan ringan dan bergula
·         Hapuskan plak gigi
·         Menggunakan bahan yang mengandungi fluoride
·         Berjumpa doktor gigi untuk rawatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
10.          Cacing
                Cara mengatasi
·         Penggunaan tandas yang sempurna
·         Memakai alas kaki semasa ke tandas
·         Membasuh bahan permainan yang jatuh ke tanah
·         Berikan ubat cacing yang sesuai
·         Potong kuku tangan dan kaki
·         Berjumpa doktor sekiranya serius
·         Amalan pemakanan yang sihat dan bersi


LAPORAN KESIHATAN KANAK-KANAK PRASEKOLAh


Daripada pemerhatian yang dilakukan sepanjang berada di prasekolah ini, saya merumuskan beberapa perkara iaitu :
      I.        Pihak sekolah amat menitikberatkan penjagaan kesihatan kanak-kanak.
     II.        Kanak-kanak lelaki dimestikan berambut pendek  dan pkanak-kanak perempuan yang berambut panjang dimestikan mengikat rambut dan berpakaian kemas.
    III.        Pakaian seragam kanak-kanak dimestikan bertukar pada setiap hari.
    IV.        Pembantu prasekolah yang amat prihatin dengan kanak-kanak akan memotong kuku kanak-kanak yang panjang.
     V.        Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan juga diamalkan.
    VI.        Pihak hospital juga mengadakan lawatan mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Sebagai contoh, pada hari Khamis, 3 April 2008, jururawat hospital dating membuat pemeriksaan dan membekalkan kanak-kanak dengan ubat cacing setiap seorang.


LAPORAN KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

Daripada pemerhatian yang dilakukan berdasarkan senarai semak, saya dapat membuat beberapa kesimpulan:
      I.        Prasekolah ini mengamalkan langkah – langkah keselamatan dalam kebanyakan perkara terutama ‘gril’ yang dipasang di pintu hadapan dan pintu belakang bilik darjah.
     II.        Pemilihan lokasi prasekolah amat strategik kerana jauh dari jalanraya atau kawasan berpaya.
    III.        Kawasan belakang prasekolah yang menjadi tempat permainan luar kanak-kanak ditutupi pagar.
    IV.        Keadaan bilik darjah juga amat selesa dengan keluasan yang optimum dan kelengkapan perabot yang mencukupi dan saiz kerusi serta meja yang sesuai dengan kanak-kanak.
     V.        Bilik darjah juga mendapat cahaya dan pengudaraan yang mencukupi  
    VI.        Kanak-kanak juga kelihatan amat selesa berada di dalam kelas dan kebarangkalian untuk mengalami kemalangan adalah amat rendah kerana lantai mozek sentiasa dimop serta permaidani dihampar di kawasan yang menjadi tumpuan kanak-kanak bermain.
   VII.        Ruang dapur yang terpisah dari ruang belajar juga memudahkan tugas pembantu prasekolah dalam melaksanakan tugasnya.
  VIII.        Namun, prasekolah ini menghadapi masalah dalam penyediaan tandas untuk kanak-kanak prasekolah kerana proses pemasangan tandas dan sinki yang tidak disiapkan oleh pihak penyelenggaraan.
Oleh itu, kanak-kanak terpaksa menggunakan tandas yang digunakan oleh pelajar – pelajar dewasa.
    IX.        Jika berlaku kes kemalangan atau kecederaan ringan, kanak-kanak prasekolah akan segera diberi bantuan kerana peti pertolongan cemas dan ubat-ubatan dibekalkan di dalam bilik darjah.
     X.        Pembantu prasekolah amat menitikberatkan keselamatan kanak-kanak dengan memastikan peralatan permainan dan ABM disimpan rapi di dalam stor dan almari setiap kali selepas digunakan.



C)             SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK CIRI-CIRI KESELAMATAN PRASEKOLAH

Nama Pemerhati : ____________________________________
Tarikh                                     : _____________________
Masa                                      : _____________________

Tandakan √ pada yang berkenaan.


BIL
CIRI - CIRI
PEMERHATIAN
CATATAN
YA
TIDAK
1
Lokasi jauh dari kesibukan jalanraya, kawasan tanah paya dan seumpamanya
2
Kawasan sekolah berpagar
3
Kawasan permainan di luar bilik darjah diselia rapi dan diselenggara mengikut jadual atau keperluan
4
Alat permaianan seperti buaian, jongkang-jongkit, gelungsur dan terowong diselia dan diselenggara
5
Keluasan bilik darjah mengikut piawaian Ordinan Sekolah 1950 yang memerlukan ruang kelas seluas 15 kaki persegi tidak termasuk jalan lalu


6
Bilik darjah menerima cahaya dan pengudaraan yang cukup
7
‘Grill’
8
Saiz kerusi dan meja sesuai dengan kanak-kanak
9
Perabot dalam bilik darjah selamat digunakan
10
Lantai bilik darjah tidak licin. Contoh : menggunakan permaidani, alas kaki, tikar getah
11
Peti pertolongan cemas dibekalkan
12
Alat pemadam api disediakan dan berfungsi
13
Latihan kebakaran dijalankan
14
Rekod keluar kanak-kanak disediakan
15
Alatan elektrik seperti kipas dan suis diletakkan di tempat yang sukar dicapai oleh kanak-kanak
16
Stor tempat penyimpanan barang disediakan dan dijaga rapi
17
Alat permainan dan ABM disimpan rapi setiap kali selepas digunakan.
18
Ruang dapur terpisah daripada kanak-kanak
19
Sinki mencuci tangan sesuai dengan kanak-kanak
20
Tandas disediakan dan terpisah daripada tandas pelajar dewasa
21
Lantai tandas tidak licin dan bertakung air
22
Mangkuk tandas mengikut kesesuaian kanak-kanak




SENARAI SEMAK PENGURUSAN KESIHATAN

Nama Pemerhati : ____________________________________
Tarikh                                     : _____________________
Masa                                      : _____________________

Tandakan √ pada yang berkenaan.
                                                                     
BIL
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
YA
TIDAK
1
Pengurusan diri murid diberi perhatian
2
Tabiat penggunaan tandas yang betul diberi perhatian
3
Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan
4
Memberus gigi diamalkan
5
Alatan dalam bilik darjah bersih
6
Kawasan dalam dan luar bilik darjah bilik darjah bersih
7
Menerima lawatan dari pihak kesihatan mengikut jadual yang ditetapkan
8
Memastikan kanak-kanak sentiasa kemas dan bersih dari segi penjagaan diri dan berpakaian


9
Mengawasi kanak-kanak memberus gigi
10
Mempastikan murid menggunakan tuala tangan untuk tujuan membersihkan tangan/mulut.

SENARAI SEMAK PERANCANGAN MENU HARIAN PRASEKOLAH


BIL
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
1
Merancang menu harian
2
Merancang pembelian bahan
3
Membuat pesanan
4
Menerima barang pesanan
5
Menepati spesifikasi
6
Merekod penerimaan
7
Menyediakan makanan
8
Menghidangkan makanan
9
Mengemas semula peralatan / persekitaran
10
Membersihkan peralatan
11
Menyusun semula peralatan



  
SENARAI SEMAK PENYEDIAAN MAKANAN PRASEKOLAH



BIL
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
YA
TIDAK
1
Menu disediakan dan dipamerkan
Proses penyediaan makanan adalah bersih
Penyediaan makanan adalah seimbang





D)             KONSEP KESIHATAN
 BERKAITAN MAKANAN

Menu makanan minggu pertama pada hari ISNIN telah dianalisis untuk mendapat dapatan:

Waktu
Menu
SARAPAN
MAKAN PAGI
AIR MILO + KISMIS
BIHUN GORENG + BUAH TEMBIKAI + JUS OREN

Aras pertama
Bihun  goreng

Aras kedua
Buah tembikai, buah oren dan sayur-sayuran

Aras ketiga
Daging, fish ball, ayam

Aras ketempat
Minyak masak

Kesihatan telah didefinisikan sebagai suatu keadaan yang bersententang dengan sihat. Kenyataan ini telah didefinisikan menjelang ahkhir tahun 1800an. Seseorang dikatakan sihat sekiranya dia tidak mempunyai penyakit yang berbahaya atau penyakit yang merebak kelak. Definisi kesihatan telah diubah supaya menjadi istilah atau erti kata sebenar pada tahun 1940 oleh World Health Organization (WHO). Menurut kata putus oleh WHO kwsihatan membawa erti:

“Health is the state complete physical, mental, and sosial well being, not merely the absence of disease or infirmity”
Atau
“Kesihatan adalah kesejahteraan seluruh fizikal, mental, dan sosial, tidaa hanya ketiadaan penyakit  atau infirmiti”

Namun kritikan telah dibuat dan menyatakan bahawa kesihatan bukan sekadar seseorang mentadbir untuk mencapainya, malah ia merupakan satu demensi kehidupan yang sentiasa berubah. Kesihatan sebenarnya atau erti kata sihat sebanarnya adalah lebih dari aspek ukuran untuk aspek fizikal, mental, dan sosial.

Kesiahatan juga perlu dengan memberi sokongan terhadap keperluan kesuihatan persekitara, emosi, dan spiritual untuk meningkatkan kualiti hidup, serta beberapa lama atau jangka masa seseorang untuk terus hidup.Kesihatan adalah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecerdasan biologi bagi pihak individu dengan berpandukan persekitaran menurut Dubos (1968), seorang pakar biologi dan ahli falsah.
Secara umumnya kesihata merangkumi lima aspek seperti pengurusan grafik di bawah: 


E) AMALAN PEMAKANAN 
SEIMBANG

1.     Pengurusan makanan.

1.1.   Merancang .
1.1.1.  Menu yang sesuai dan sistem pemakanan yang seimbang
1.1.2.      menentukan jenis bahan-bahan makanan selaras dengan menu dan keperluan harian menyediakan makanan.

1.2.   Menyedia dan menghidang.
1.2.1.  Makanan yang seimbang dan mengikut menu.
1.2.2.  Mengikut masa yang ditetapkan.
1.2.3.  Mengemaskan tempat makan.
 
Pemakanan seimbang adalah tabiat memilih makanan yang hendak di makan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang pula ialah makanan yang mempunyai semua nutrien asas seperti karbohidrat, vitamin, protein dan lemak yang diperlukan oleh badan pada kuantiti yang betul. Sumber nutrien tersebut dapat diperolehi melalui buah – buahan, daging, ikan, susu, ayam, bijirin dan lain – lain lagi.

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula iaitu gula, glukos, sirap, madu, laktos; kanji iaitu tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko; dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat juga banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, roti dan sebagainya.

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. Protein diperlukan untuk pembinaan struktur badan, mengekalkan tisu badan serta menghasilkan enzim, hormon dan antibodi. Protein juga mengimbangkan cecair dalam badan supaya sentiasa neutral.  Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino.       
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. Lemak penting dalam pembentukan membran sel, melindungi organ dalaman badan  dan mengoptimunkan suhu badan individu supaya sentiasa  kekal pada 37 darjah Celsius.
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam sistem saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Vitamin dapat diperolehi melalui sayur – sayuran dan buah – buahan. Vitamin bertindak sebagai pelindung bagi mencegah pelbagai jenis penyakit.
Selain empat nutrien asas tersebut, terdapat beberapa jenis lagi zat nutrien yang tidak kurang juga pentingnya seperti zat galian atau mineral dan juga serat. Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran. Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar termasuk buah kering dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Pemakanan seimbang adalah makanan yang memenuhi empat ciri yang utama. Ciri – ciri tersebut ialah mencukupi, seimbang, sederhana dan pelbagai.
1.     Mencukupi memberi makna makanan tersebut mengandungi semua zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan dengan jumlah tenaga yang mencukupi. Zat – zat ini diperlukan bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan yang seimbang.
2.     Keseimbangan pula bermaksud jumlah tenaga yang ada di dalam makananyang diambil tidak berlebihan. Contohnya, susu kaya dengan kalsium tetapi rendah kandungan zat besi. Apabila kanak – kanak hanya minum susu sahaja,mereka mungkin mengalami masalah anemia. Anemia adalah sejenis penyakit kurang darah yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Susu boleh membekalkan zat kalsium kepada kanak – kanak tetapi mereka perlu makan makanan lain seperti hati atau ikan bilis bagi memenuhi keperluan zat besi yang secukupnya.
3.     Bersederhana pula ialah pengambilan makanan yang berzat secara tidak berlebihan. Makanan hanya perlu dimakan mengikut keperluan badan individu iaitu bergantung kepada saiz badan dan jenis serta aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, ibu bapa perlu peka kerana pengambilan makanan yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah kesihatan termasuklah kesihatan rohani.
4.     kepelbagaian menjelaskan bahawa makanan yang baik ialah makanan hasil daripada sumber yang pelbagai jenis. Hal ini kerana setiap jenis makanan membekalkan zat atau nutrien yang berbeza. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang pelbagai jenis dan daripada pelbagai sumber bagi memenuhi semua zat dan nutrien yang diperlukan.


Menu makanan    PRASEKOLAH GEMILANG SKPPP
 
Hari
Waktu
Menu
Ahad
Sarapan
Rehat
Ø  Milo suam dan biskut tiger
Ø  Nasi putih, ayam kicap bersayur, air oren dan buah tembikai
Isnin
Sarapan
Rehat
Ø  Air susu dan hone star
Ø  Bubur nasi tambah ayam dan sayur, air sirap dan buah epal
Selasa
Sarapan
Rehat
Ø  Air milo dan biskut cokelat
Ø  Laksa,air sarsi dan buah limau
Rabu
Sarapan
Rehat
Ø  Air susu dan kuih muih
Ø  Kuetiaw goring, air ribena dan buah tembikai
Khamis
Sarapan
Rehat
Ø  Air milo dan kek
Ø  Bihun sup ayam tambah lobak merah/kentang, air oren dan buah tembikai




Kajian tentang peranan guru terhadap kanak -  kanak prsekolah.
                Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak – kanak. Pengambilan makanan bagi kanak – kanak di prasekolah ini berbeza mengikut taraf hidup keluarga masing – masing. Ada kanak – kanak yang tidak gemar makan sayuran, tidak gemar makanan seperti kekacang dan sebagainya. Disini, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan semua muridnya mengambil makanan secara seimbang.
                Di prasekolah Arif, SK Sultan Ahmad Tajuddin, guru prasekolah, PN, menggalakkan muridnya mengambil makanan tanpa memilih jenis – jenis makanan kegemaran mereka. Cara yang dilakukan oleh guru ini ialah dengan memberikan penerangan tentang khasiat sesuatu makanan itu. Guru menceritakan tentang kesan sekiranya tidak mengambil makanan itu dan kesan jika mengambilnya.
                Tindakan tegas guru itu terhadap murid – muridnya menyebabkan mereka mengambil makanan itu tanpa memilih mengikut kesukaan mereka. Penghargaan diberi kepada murid – murid yang menghabiskan makanan dalam bentuk yang sesuai.
                Menu makanan yang ditetapkan oleh guru amat bersesuaian dan seimbang. Di dalam menu itu, ada terkandung kabohidrat, lemak, protein dan serat. Sebagai contoh, pada hari khamis minggu kedua, menu makanan yang ditetapkan untuk waktu rehat ialah bihun sup ayam tambah lobak merah atau kentang, air oren dan buah tembikai. Bihun membekalkan sumber karbohidrat manakala ayam pula membekalkan protein dan lemak. Air oren, lobak merah atau kentang dan buah tembikai pula membekalkan vitamin dan serat yang penting untuk penghadaman dan pertumbuhan tubuh badan.
               


      

PENUTUP

                Guru prasekolah perlu sentiasa mengawasi keperluan-keperluan keselamatan.                Kanak-kanak boleh dilatih untuk mengenali punca-punca kemalangan dan   bahayanya. Suasana prasekolah yang selamat dari aspek fizikal dan psikologi, dapat                 menjamin kanak-kanak dan guru menumpukan perhatian kepada proses pembelaja-     ran dan pendidikan seoptimumnya.



Oleh itu, semua guru prasekolah  bertanggungjawab dalam memastikan makanan yang disediakan di prasekolah bersesuaian dengan keperluan kanak – kanak.  Salah satu peranan guru adalah memastikan makanan yang disediakan di prasekolah mengandungi semua nutrien yang diperlukan dalam perkembangan dan pertumbuhan  kanak – kanak.  Selain itu, guru juga perlu mengenal pasti bahawa makanan yang disediakan di prasekolah mencukupi untuk kanak – kanak. Guru perlu sentiasa bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi memastikan keperluan pemakanan kanak – kanak di prasekolah terjamin serta menepati kehendak dan keperluan mereka. Malah, kerjasama yang baik antara kedua – dua pihak juga perlu bagi memastikan persekitaran kanak – kanak selamat dan terjamin tahap kebersihannya.
  Dengan itu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan segala keperluan kanak – kanak di sekolah mahupun prasekolah adalah terjamin dan mampu melahirkan kanak – kanak yang sihat dalam setiap aspek kehidupan.




REFLEKSI PENGALAMAN YANG DILALUI

Saya NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR bersama rakan, nur subhiyah binti ismail telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 24 Ogos 2008 hingga 28 Ogos 2008 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan) bagi membuat kajian berkaitan perkembangan fizikal kanak – kanak prasekolah. Saya juga telah ditugaskan untuk membuat kajian berdasarkan soalan yang diberikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan bagi unit prasekolah.

Pada hari pertama iaitu 24 Ogos 2008, saya menghadiri perhimpunan mingguan selepas menemui pihak pentadbir.  Saya memulakan tugas mengumpul bahan – bahan untuk soalan yang diberikan oleh jabatan. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk menguruskan kelas pada waktu pagi.

 Pada hari kedua pula, saya mengikuti tazkirah yang diadakan di bilik gerakan. Tazkirah yang diadakan setiap pagi Selasa itu diwajibkan untuk dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan staf sekolah. Saya pernah menjalani kajian luar di sekolah ini semasa PPIsmp semester 3 dahulu, jadi saya telah biasa dengan tazkirah yang diadakan setiap hari isnin jam 7 pagi.

Sepanjang lima hari berada di sekolah tersebut, saya menghabiskan banyak masa di prasekolah.  Selain mengumpul bahan untuk menyiapkan soalan tugasan, saya juga diberi tugas untuk menjaga kelas lain. Saya telah ditugaskan untuk magganti guru besar kerana ada mesyuarat di dua buah kelas.

Kelas pertama ialah kelas 4B bagi mata pelajaran pendidikan seni. Saya telah meminta mereka untuk melukis hal yang berkaitan dengan kemerdekaan. Mereka telah berjaya melakukannya dengan baik.  Saya turut ditugaskan untuk menjaga kelas tahun 1B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pengalaman berhadapan dengan murid – murid ini memberi satu lagi pengetahuan baru kepada saya mengenai cara mengawal kelas.
Selain itu, saya juga berkesempatan untuk membantu pembantu pengurusan murid memasak sepanjang berada di prasekolah. Beliau banyak memberi pandangan dan pendapat mengenai makanan seimbang yang diamalkan di prasekolah. Secara tidak langsung, maklumat itu telah membantu saya untuk menyiapkan soalan tugasan kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah. Pada hari pembantu pengurusan murid tidak dapat hadir pula, saya membantu guru untuk menguruskan murid – murid makan di kantin. Ia sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan antara kami.

Walaupun semua kelihatan manis namun masih ada perkara yang buruk berlaku. Kebiasaannya, guru prasekolah membenarkan murid – muridnya menunggu ibu bapa masing – masing di pondok berdekatan pintu pagar sekolah selepas tamat sesi pembelajaran memandangkan ibu bapa tidak mahu masuk ke kawasan prasekolah yang terletak di bangunan belakang sekolah.

Pada hari yang terakhir iaitu 28 Ogos 2008, sekolah tersebut telah mengadakan majlis sambutan kemerdekaan. Majlis tersebut diadakan di tapak perhimpunan. Ianya dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Kemudian, majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu – lagu petriotik.

Selain itu, sekumpulan murid Tahun Lima turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu ‘Tanggal 31’. Apabila majlis selesai, semua murid  kembali ke kelas masing – masing dan pembelajaran bermula seperti biasa. Selepas tamat sesi pembelajaran, satu jamuan sempena majlis sambutan kemerdekaan  telah diadakan kepada semua guru, kakitangan dan staf sekolah.  Selain itu, mereka juga turut meraikan tiga orang guru yang menyambut hari lahir pada bulan Julai dan Ogos. Jamuan itu berjalan dengan lancar walaupun hujan turun agak lebat.



 BIBLIOGRAFI


1.     Dr, Fatimah Arshad (1988), Makanlah Sayang! : Singapura : Times Books International.
2.     Dr. Abdul Halim (1987), Panduan Kesihatan Kanak – Kanak : Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.
3.     Dr. Katheleen H. Liwijaya Kuntraf (1995), Makanan Sihat : Singapura : Southeast Asia Publishing.
4.     Hugh Hawes et.al (1997), Kanak – Kanak dan Kesihatan : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
5.     Zuraini Mat Isa (2008), Anakku Mahu Makan : Selangor : PTS Millennia.




\\\\\














(NOTA 2)
GERKO PERMAINAN

-BOLA TAMPAR-


A)    KEMAHIRAN  ASAS  BOLA TAMPAR
Bola tampar ialah permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh duapasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemainsimpanan. Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata yangdiperolehi apabila meletakkan bola di kawasan lawan. Oleh itu, kemahirankemahiranasas perlu dikuasai oleh pemain bagi mecapai objektif permainan.


1.0 Pergerakan
Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus bergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak sama ada untuk memainkan bola, bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaanuntuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditetntukanoleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi danberbagai-bagai.

 Pergerakan yang asas adalah:
(a) Pergerakan kaki kehadapan (forward footwork)
(b) Pergerakan kaki sisi ( side footwork)
· Langkah ini digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yangmempunyai masa   yang mencukupi.
· Langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masayang lebih singkat.
· Langkah belari digunakan untuk jarak jauh dan masa yang singkat.
(c) Pergerakan kaki ke ke belakang (backward footwork)
Mengetahui pola pergerakan merupakan asas kejayaan dalam sesuatu sukan. Melakukan sesuatu kemahiran dengan postur badan yang salah akanmenyebabkan ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalamkes-kes tertentu ia menyebabkan kecederaan. Pergerakan dan kemahiran bolatampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana, danrendah.Postur tinggi digunakan semasa melompat ketika merejam bola,megadang pukulan pihak lawan, dan membuat hantaran atas. Postur sederhanaadalah untuk membuat servis, hantaran atas, dan bawah. Postur rendahdigunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang.


2.0 Pukulan Servis
Kemahiran pemainan utama yang perlu dikuasai pemain ialah kemahiran servis.Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas pasukan mendapat mata atauberjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Servis yang baik akanmeletakkan pasukan lawan dalam keadaan bertahan dan dan tidak mampumembuat serangan. Penempatan bola yang baik, pergerakan bola yang susahdijangka dan kelajuan bola yang tinggi atau gabungan faktor-faktor itumerupakan asas dan unsur yang penting bagi servis yang berkesan. Terdapatpelbagai cara pukulan servis. Servis bawah bahu merupakan servis yang tepat
dan mudah dipelajari pemain.

2.1 Servis bawah bahu atau Servis Cedok (the underarm serve).
Teknik-teknik:
(a) Berdirilah secara sisi dengan bahu kiri mengadap jaring (jika kamumemukul bola dengan tangan kanan). Buka kaki seluas bahu. Tangan kirimemegang di bahagian bawah bola. Tangan kanan pula menyokongkedudukan bola.
(b) Genggam tangan kanan dan tangan tersebut ditarik ke belakang.Genggam tangan memberi permukaan luas untuk pemain memukul bola.
(c) Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan apabila pemain menghayuntangan ke hadapan. Bola yang berada di tangan kiri dilepaskan sebelumtangan kanan menyentuh bola.
(d) Bahagian bawah bola dipukul sambil membuat hayunan lajak ke arahsasaran.

Untuk mengawal servis, pemain harus mengubah arah bola dan jarakservis (panjang atau pendek) menerusi latihan-latihan tertentu. Perubahanarah (lurus atau pepenjuru) dilakukan dengan mengubah kedudukan hujungkaki hadapan, bukan dengan mengubah lambungan atau pergerakan tangan.Mengubah atau menukar kelajuan dan perubahan arah secara tiba-tiba sememangnyaberkesan tetapi servis yang cepat mungkin menyebabkankesalahan.Kedudukan kaki semasa membuat servis lurus dan servis pepenjurudengan tujuan menukar arah bola .
Dalam servis ini, bola akan dilambung ke atas seperti dalam permainan tenis, dan
tangan yang satu lagi akan terus memukul sebaik sahaja bola menurun. Pemain terutama sekali pemain baru, harus berhati-hati kerana bola daripada servis inimudah terjejas ke jaring atau gagal menemu sasaran.Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dansukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servisdalam permainan tenis.

Teknik-teknik:
(a) pemain perlu berdiri secara sisi ke arah jaring. Kaki dibuka seluas bahu.Pemain perlu memegang bola di hadapan paras mata.
(b) Gerakkan badan ke kaki belakang. Lambung bola pada ketinggian kirakira30-45 cm dari tapak tangan, dan hayun tangan yang memukul ke belakangbahu.
(c) Berat badan dipindahkan kehadapan kaki pemain dan tangan menghayunmemukul ke hadapan. Sentuh bola di atas ketinggian kepala.
(d) Pastikan ketika menyentuh bola, lengan tangan yang memukulberkeadaan lurus dan tapak tangan dikeraskan.

Servis-servis lain yang digunakan terutama oleh pemain yang sudah mahirpula adalah seperti berikut:
1. Servis apungan (floater).
2. Servis cangkuk (hask/windmill/roundhouse).
3. Servis berpusing atas tangan.

2.3 Servis Apungan
Servis ini merupakan servis yang paling popular dalam bola tampar. Boladaripada servis jenis ini akan menaik, menurun atau bergerak ke kiri danke kanan menyebabkan ia sukar untuk diterima oleh penerima.

Teknik Servis
1 . Bola dilambung dari tapak tangan.
2. Tapak tangan yang memukul ke belakang dengan siku pada aras bahuatau lebih tinggi. Pergelangan tangan yang memukul dikuncikan:pergelangan tangan tidak patah (snap). Tangan dan lengan bergeraksebagai satu unit dan sentuhan sekejap sahaja pada titik tengah bola.
3. Pukulan dibuat dengan cepat atau pergerakan tangan dipercepatkansebelum sentuhan berlaku.
4. Bola yang tidak berpusing menghasilkan apungan, walaupun tiada putaranpada bola dilakukan.
5. Sedikit ikut lajak atau tarik balik tangan selepas sentuhan.

2.4 Servis Kitaran
Servis kitaran (hook/windwill/roundhouse) ini merupakan servis yang bertenagadan kuat. Pemain bola tampar agak sukar memahirkan diri dengan servis ini.

Teknik Servis:
1. Berdiri sisi kearah jaring dengan kaki diregangkan seluas bidang bahu
2. Bola dilambung dengan tangan kiri di atas dan di hadapan kepala (kira-kira90cm). Berat badan berada pada kaki kanan yang dibengkokkan.
3. Tangan kanan dihulur ke luar dan di atas aras lutut kanan. Tangandipusing seperti kincir angin untuk menyentuh bola.
4. Bola disentuh di atas kepala atau di atas bahu kanan dengan beratbadan dipindah ke kaki kiri. Pergelangan tangan bersahaja dan tapakdalam kedudukan cawan. Siku dibengkokkan sedikit.
5. Sentuh bola pada titik seperti dikehendaki.


3.0 Teknik pukulan dalam bola tampar
3.1 Pukulan menyangga (hantaran)
Pukulan menyangga menjadi asas dalam bermain bola tampar kerana pukulanini banyak digunakan dalam permainan. Pukulan ini digunakan apabila bolaberada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggangmenggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman.Pemain pertama yang menerima bola akan menghantarnya kepada rakanpasukannya, dengan cara melantunkan bola dengan tangan atau lengannya.Pemain kedua pula akan membuat hantaran lambung kepada pemain ketigauntuk dibuat rejaman atau pukulan ke pihak lawan. Biasanya sesebuah pasukanakan bermain maksimum tiga kali sebelum membuat pukulan ke pihak lawan.Terdapat beberapa jenis hantaran yang boleh dilakukan dalam permainanbola tampar. Antaranya ialah hantaran atas, hantaran bawah, hantaran tinggi,hantaran guling dan hantaran junam. Para penula dalam permainan ini harus tahusekurang-kurangnya dua jenis hantaran yang merupakan asasdalam permainanini, iaitu hantaran bawah dan hantaran atas.

3.1.1 Hantaran bawah
Hantaran bawah ( the dig) ialah hantaran paling asas bagi permainan bola tamper.Ia digunakan apabila bola berada pada aras mata atau lebih rendah lagi. Hantaranini biasanya merupakan pukulan yang pertama daripada tiga pukulan yangdibenarkan bagi sesuatu pasukan. dilakukan supaya pemain dapat meneruskanpermainan. Bahagian tangan yang sesuai digunakan untuk menyangga ialah diantara tangan hingga ke siku. Pemain juga mesti membengkokkan lutut untukmendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

Teknik Melakukan Hantaran Bawah:
1. Genggaman: kedua-dua tangan diletakkan di atas satu sama lain, kemudian disamakan ibu-ibu jari.
2. Tekan kedua-dua tapak tangan, dan kucikan siku supaya tangan lurus.Jangan bengkokkan siku semasa memukul bola.
3. Bahagian tangan diluruskan, dan siku berada di depan lutut.
4. Tangan berada pada aras pinggang.
5. Kaki dibuka lebih luas dari bidang bahu, dengan sebelah kaki di hadapan.
6. Badan dan kepala berada dalam keadaan tegak.
7. Apabila bola datang, pemain perlu mengambil langkah ke belakangsedikit. Pemain juga perlu bergerak ke hadapan jika bola terlalu dekatdengan jaring. Jika bola yang datang berada pada ketinggian aras kepala,pemain perlu bergerak ke belakang. Lutut dibengkokkan lebih kurang 90°.Sudut lebih kecil untuk pemain berbadan besar. Lutut dibengkokkan dihadapan hujung kaki
8. Mata hendaklah sentiasa memandang ke bola sehingga bola menyentuhlengan. Pastikan bola menyentuh lengan di bahagian atas pergelangantangan. Serentak dengan itu, lutut dibengkokkan untuk menyerap dayabola.
9. Kawasan sentuhan bola ialah antara pergelangan tangan dan siku, iaitu 5-
10 cm ke atas pergelangan tangan. Lengan perlulah digunakan untukmenyerap daya bola yang datang. Kaki pula bertindak membantu arahsasaran bola yang disangga.
10. Lutut diluruskan. Pergerakan ini menyebabkan bola tertolak ke atas.Tangan pula membuat hayunan lajak sehingga paras dada. Bola yangdisangga sebaik-baiknya hendaklah berkedudukan dua kali tinggi jaring.
12.Berat badan berada pada bebola tapak kaki dan tumit tidak menyentuhlantai.
13.Berat badan dibawa ke hadapan.

3.1.2 Hantaran Sisi
Apabila keadaan tidak mengizinkan untuk hantaran bawah biasa, hantaran secara menghulur tangan ke sisi digunakan. Terdapat dua jenis hantaran sisi, iaitu hantaransisi
rendah dan hantaran sisi tinggi.Dalam hantaran sisi rendah, bahu dalam dicondongkan ke dcpan untukmenggerakkan bahagian dalam lengan ke arah bola. Pcmain mencondongkanbadan ke arah bola dengan berat badan ke atas kaki depan.
Untuk hantaran sisi tinggi, biasanya pemain menghulurkan kaki untukmenyesuaikan bahagian dalam lengan ke arah bola untuk rnemukul bola padaaras bahu.

3.1.3 Hantaran Satu Tangan
Hantaran ini biasanya digunakan di dalam pertandingan, tetapi tidak diberiperhatian dalam sesi latihan. Bola disentuh dengan bahagian lengan,pergelangan tangan atau penumbuk sebelah tangan sahaja.

3.1.4 Hantaran Ke Belakang
Hantaran ini selalunya digunakan oleh pemain barisan belakang untukmenyelamat bola dari sentuhan tangan pengadang bola di barisan hadapan.Kadangkala ia digunakan untuk membuat umpanan bagi direjam oleh rakanepasukan. Untuk bola tinggi, siku dikuncikan, manakala untuk hantaran yanglebih rendah, siku dibengkokkan.


4.0 Pukulan mengumpan/ Hantaran atas
4.1 Hantaran atas
Pukulan mengumpan biasanya dilakukan dalam sentuhan bola yangg keduadalam permainan. Kemahirann ini bertujuan untuk memberi peluang kepadarakan sepasukan untuk membuat rejaman. Hantaran atas dianggap sebagaikunci kepada serangan semasa bermain.

Terdapat dua jenis hantaran atas, iaitu seperti berikut:
1. Cara berdiri : hadapan, belakang dan sisi.
2. Caramelompat : hadapan dan belakang.

Teknik Melakukan Hantaran Atas
1. Prinsip segi tiga digunakan: Jari membentuk segi tiga dengan keduaduaibu jari sebagai dasar dan jari-jari lain sebagai sisi segi tiga itu. Segi tigaitu dibesarkan mengikut keselesaan individu, untuk memegang bola denganbaik.
2. Jari-jari dibuka dan kedudukan siku dikeluarkan sedikit daripada bahu.
3. Tapak tangan diletakkan 15-20 cm di hadapan muka dan tidak jauh dari dahi.
4. Bahagian sentuhan bola ialah pada hujung jari. Jangan sekali-kalimembiarkan bola menyentuh tapak tangan.
5. Satu hantaran atas yang baik akan bergerak melengkung setinggi satumeter di atas aras jaring.

Terdapat beberapa jenis hantaran atas, iaitu hantaran atas terbuka/tinggi,hantaran sederhana, hantaran atas meluncur cepat/rejaman selari (shooting),hantaran atas pendek dan hantaran atas belakang.

4.1.1 Hantaran Atas Terbuka/Tinggi (Hadapan dan Belakang)
la merupakan hantaran yang paling banyak digunakan. Bola setinggisekurang-kurangnya 4.5 meter dan jatuh kira-kira 2/3 meter dari jaring,satu meter dari garis tepi (di luar atau di dalam gelanggang).Bola yang dihantar dekat dengan jaring mudah dihalang oleh lawan. Bolayang memuncak tinggi di luar garis tepi memberi kelebihan dari segikawasan bola mendarat di gelanggang lawan, dan rejaman yang dibuatmudah melepasi dua pengadang bola.

4.1.2 Hantaran Atas Sederhana
Bola daripada hantaran ini ialah setinggi kira-kira 0.6-0.7 meter dari aras atas jaring.Ketinggian bertambah mengikut keselesaan dan ketinggian pemain. Bola dihantar ke kedudukan 3 atau kedudukan 2.

4.1.3 Hantaran Atas Meluncur Cepat
Bola rendah dihantar ke tepi atau ke tengah gelanggang. Bola terbangpada aras yang berbeza dan titik sentuhan yang baik ialah kira-kira 0.5 meter dariaras atas jaring.
Pukulan dapat dilakukan dengan cara pintasan saja. Hantaran inimemerlukan pengumpan dan perejam yang baik. Di samping timing,persefahaman yang balk juga diperlukan di antara pemain pengumpan danperejam.

4.1.4 Hantaran Atas Pendek
Dalam hantaran ini, ketinggian bola berbeza sehingga 1 meter rnaksimurn.Perejam akan menunggu bola dan melompat untuk memukulnya. Pengumpanmemerlukan hantaran pertama yang baik untuk mengumpan bola jenis ini.Tangan pengumpan adalah linggi dan kedudukannya di atas kepala.


4.1.5 Hantaran Atas Belakang
1. Kedua-dua belah tangan hendaklah berada di atas kepala.
2. Tangan digerakkan ke belakang dan badan dilentik ke belakang.
3. Bola mesti sentiasa di atas kepala.

Pemain hanya melakukan pukulan umpan apabila kedudukan bolamelepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukanpukulan umpan. Hal ini akan memberi peluang kepada sendi-sendi pemainmenyerap dan mengekalkan kelajuan bola. Daya bola diserap denganmenurunkan sedikit siku dan membengkokkan lutut. Luruskan kaki dan tanganserentak serta pergelangan tangan dilenturkan untuk menolak bola denganbertenaga. Tolakan jari-jari adalah daya yang terakhir dikenakan kepada bola.
Pukulan bola yang baik adalah apabila melambung secara melengkung padaketinggian satu hingga 1.5 meter.


5.0 Pukulan rejam
Yang dimaksudkan dengan rejam ialah memukul bola dengan pantas ke dalam
gelanggang lawan. Cara ini merupakan cara menyerang pihak lawan. Kemahiranini memerlukan pemain melonjak melebihi paras jaring. Semasa di udara,pemain perlu membengkokkan badan dan memukul bola. Merejam bolabertujuan memukul bola dengan sekuat mungkin ke bawah supaya ia terjatuh digelanggang lawan dan gagal diselamatkan oleh lawan.

Rejaman bola boleh dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:
1. Penujuan kejaring.
2. Lonjakan.
3. Pergerakan badan di udara sebelum aksi memukul bola.
4. Aksi pukulan bola.

5.1 Penujuan
1. Larian ke hadapan tiga langkah atau dua langkah digunakan mengikutkebiasaan pemain.
2. Untuk larian tiga langkah, ia hendaklah bermula dari persimpangan garisserangan dan garis tepi dengan kakd kiri, diikuti dengan langkah kanan.
3. Semasa langkah ketiga dibuat dengan langkah kiri, kaki kanan digerakserentak untuk membolehkan pemain membuat lonjakan ke atas dengan duakaki.

5.2 Lonjakan
1. Lonjakan dilakukan sejurus tumit berada pada peringkatakhir penujuan atau detik akhir kaki menyentuh lantai.
2. Lonjakan bermula dengan sentuhan tumit, diikutidengan bebola tapak kaki.
3. Tangan diayun ke hadapan dan diikuti ke atassekuat mungkin.
4. Badan diluruskan.
5. Lonjakan dan pendaratan adalah dengan dua kaki.
6. Titik lonjakan terbaik ialah pada titik bola 45-50 cm daribahu kanan.

5.3 Pergerakan Badan Sebelum Pukulan
1. Semasa lonjakan, tangan kanan ke hadapan dan diikuti ke atas.Lengandibengkokkan di siku dan dibawa ke belakang telinga dengan sikumenghala ke hadapan.
2. Tangan kiri menghulur ke arah bola menyebabkan bahu kanan lebihrendah daripada bahu kiri.
3. Belakang badan dilentikkan.
4. Apabila bola hampir dengan tangan kanan, tangan kiri dijatuhkan untukmenaikkan bahu dan lengan kanan.

5.4 Aksi Pukulan
1. Badan digerakkan ke hadapan, ke arah bola.
2. Tangan di belakang telinga digerakkan ke atas dan ke hadapan.
3. Jari-jari dan pergelangan tangan dalam keadaan biasa. Tapak tangandigerakkan ke hadapan apabila hampir dengan bola dan terus memukulnya.

6.0 Menghalang/ Mengadang
Kemahiran menghalang (blocking) juga agak sukar dikuasai seperti kemahiran
merejam. Halangan dilakukan ketika menahan bola yang direjam. Gerakannya
dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Keduadua
pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola ynag direjam dengankedua-dua belah tangan mereka. Sentuhan semasa mengadang tidak dikirasebagai satu pukulan dalam tiga pukulan yang dibenarkan. Ini bermakna pemainpasukan yang mengadang boleh membuat tiga sentuhan atau pukulan lagi,termasuk pemain yang membuat adangan
Teknik Melakukan adangan:
1. Pemain berdiri berhampiran jaring dengan kaki dibuka seluas dada dankedua-dua tangan di sisi badan dengan tapak tangan berhampiran keduaduabelah bahu.
2. Lompat lurus ke atas dengan kedua-dua kaki.
3. Jari kedua-dua belah tangan dibuka. Jarak di antara dua tanganhendaklah lebih kecil daripada diameter bola tampar.
4. Tangan dihulur ke atas dan melepasi j aring.
5. Tangan luar bagi pengadang yang berhampiran garis tepi mestilahdisudutkan ke dalam supaya bola yang diadang masuk ke gelangganglawan.
6. Selepas mengadang, tangan segera dirapatkan ke badan. Jika bola tidakdiadang dengan baik,pengadang mesti memusingkan badan membelakangijaring untukmelihat/memainkan bola seterusnya.


7.0 Kemahiran Menyelamatkan Bola
Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakanataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan,maka kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang bolehdigunakan ialah terjunhadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanyadigunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir denganpermainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemainlelaki yang baru atau belum mahir dan pemain wanita. Kodua-dua teknikmenyelamatkan bola ini dilakukan oleh pemain bold tampar.
7.1 Terjun Hadapan
1. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuatterjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanandihulurkan ke jarak yang paling jauh.
2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas.Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagianbelakang tapak tangan.
3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untukmenyerap berat badan.
4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.
7.2 Guling Sisi
1. Bersedia untuk menuju ke arah bola.
2. Langkah yang luas digunakan untuk mendekati bola. Tangan dan kaki yangsama digunakan.
3. Badan direndahkan untuk menyentuh bola, Bola disentuh di sekitarpergelangan tangan atau bahagian dalam lengan atau bahagian atas tapaktangan.
4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerak ke arah dalamsupaya ia tidak menyentuh lantai.
5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan.
6. Membuat gulingan.
7. Bersedia semula untuk permainan seterusnya.

8.0 Reli
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan keranakedua-dua pasukan saling berbalas pukulan. Keadaan ini dinamakan reli. Reliberlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambahmenarik jika berlaku banyak permainan reli.

9.0 Kemahiran berpasukan
Kerjasama dalam pasukan amatlah diperlukan dalam permainan bola tampar.Hal ini jelas dilihat apabila pasukan bermain atau membuat reli. Semangatkerjasama adalah bergantung kepada kepada setiap pemain dalam pasukan.Kerjasama ini diperolehi melalui latihan-latihan kemahirann yang berpasukan.Konklusinya, setiap pemain mesti mahir melakukan servis, menyangga,mengumpan, menghalang, dan merejam. Kemahiran-kemahiran ini amatmustahak kerana pemain akan bertukar posisi setiap kali memperoleh pukulanservis.



B) HANTARAN (DIGGING)
Hantaran baik adalah salah satu kunci kejayaan dalam permainan bola tampar. Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat. Selepas berbincang, kumpulan kami membuat keputusan untuk membuat analisis mengenai hantaran bawah tangan.Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan biasanya digunakan dalam permainan bola tampar. Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola terlalu hampir dengan lantai (bola sudah hampir mengenai lantai) atau pemain tidak mempunyai posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Misalnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dihantar ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala, penerima itu kemudiannya terpaksa menggunakan hantaran jenis ini untuk menyelamatkan pukulan itu.Hantaran baik adalah salah satu kunci kejayaan dalam permainan bola tampar. Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat. Selepas berbincang, kumpulan saya berkeputusan menganalisis tentang hantaran bawah tangan.Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan biasanya digunakan dalam permainan bola tampar. Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola adalah terlalu dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik manahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Misalnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimain ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala, penerima itu kemudian terpaksa menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan itu.


C)   CARA-CARA MENYANGGA

1. Posisi Bersedia
(a) Kaki berjarak, keluasannya seluas bahu.
(b) Satu kaki di depan dan satu kaki di belakang.
(c) Lutut bengkok sedikit.
(d) Tubuh badan tegak.
(e) Lengan diluruskan.
(f) Siku-siku memutar ke arah satu sama lain dan terkunci.
(g) Letakkan belakang sebelah tangan di atas tapak tangan sebelah tangan      yang lain.
(h) Melipatkan ibu-ibu jari ke bawah dengan rata.
(i) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
(j) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
(k) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.

2. Pergerakan
(a) Bergerak ke arah bola.
 (b) Melangkah ke arah bola dengan lengan-lengan dihulurkan.
 (c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
(d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang           lambat.
(e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju.
 (f) Melangkah ke sasaran dengan lutut, punggung dan bahu menuju ke arah 
 bola yang hendak dihantarkan.
3. Koordinasi badan untuk menerima bola.
·         Bola berada di hadapan pemain dan di antara lutut.
·          Menerima bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan.
·          Mata sentiasa memandang bola di sepanjang masa penghantaran dibuat.



D)   AKSI OTOT, TULANG DAN SENDI
YANG TERLIBAT
DI DALAM MENYANGGA
            Aksi otot yang terlibat dalam menyangga bola adalah fleksi (membengkokkan lutut) dan extensi (meluruskan badan ketika posisi bersedia).  Ketika memulakan pergerakan untuk menerima bola, salah satu kaki berada di hadapan, dan satu kaki lagi berada di belakang. Semasa menerima bola, lutut berada di dalam keadaan membengkok. Semasa bola di hantar ke arah pemain, pemain akan bergerak ke arah sasaran, kemudian lutut akan dibengkokkan ketika ingin menerima hantaran tersebut. Selepas bola disangga dengan tangan, lutut  kembali ke kedudukan asal.  Semasa bola dihantar ke hadapan, lengan tangan akan dihulurkan untuk menyangga bola. Dalam aksi ini, otot bisep pada tangan akan mengendur manakala otot trisep akan mengecut. Oleh itu, tangan akan berada di dalam keadaan lurus untuk menyangga bola. Ketika hantaran dilakukan, terdapat tulang-tulang tertentu yang berfungsi. Sebagai contoh, ketika posisi bersedia, pemain meluruskan badan dan tulang vetebra dilibatkan. Selain itu, apabila menyangga bola dan menghantar bola ke depan, tulang tangan iaitu tulang radius, ulna, karpus, metakarpus dan falanks telah berfungsi di dalamnya. Ketika menbengkokkan lutut, tulang lutut iaitu tulang patela terlibat sama. Sendi-sendi yang terlibat dengan kemahiran hantaran ini adalah seperti sendi lesung, dan sendi engsel. Sendi bahu iaitu sendi lesung telah dilibatkan ketika tangan dihulurkan ke hadapan dan kembali ke belakang. Di samping itu, sendi engsel juga terlibat apabila lutut dibengkokkan.






E)    UMPANAN
(SETTING)
Umpanan merupakan suatu teknik meletak bola di atas dan berhampiran dengan jaring supaya serangan boleh dilakukan. Demi melakukan umpanan yang baik, seseorang pemain itu hendaklah mempunyai ketangkasan serta kepantasan.Pada dasarnya, teknik hantaran atas (volley) digunakan untuk mengumpan bola. Namun begitu, penyesuaian teknik asas ini boleh menghasilkan pelbagai cara pengumpanan bola. Misalnya, dalam umpanan tinggi (high set) bola diumpan kira-kira 4.5 – 5.5m dan pukulan atau serangan dibuat semasa bola jatuh ke paras 0.3 – 0.6m dari jaring. Dalam umpanan rendah (short set) bola diumpan kira-kira 0.3 – 0.6m di atas jaring dan ketika bola diumpan, pemain yang akan membuat serangan hendaklah bersedia untuk bertindak. Umpanan rendah seperti ini digunakan untuk mengelirukan pihak lawan, iaitu dengan membuat smesy kilat ataupun menolak bola kepada pemain yang berada di posisi lain supaya gerak-keliru dapat dilakukan.



F) PERKAITAN ANTARA KEMAHIRAN MENYANGGA
DENGAN OTOT, TULANG DAN SENDI

            Aksi otot yang terlibat dalam menyangga bola adalah fleksi (membengkokkan lutut) dan extensi (luruskan badan ketika posisi bersedia).  Posisi bermula akan melibatkan salah satu kaki menghadap ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Semasa bola dilambung ke arah pemain, pemain akan bergerak ke arah sasaran dengan lutut yang dibengkokkan tadi. Selepas bola disangga dengan tangan, lutut akan kembali ke kedudukan asal.  Semasa bola dihantar ke hadapan, lengan tangan dihulurkan dan menyangga bola. Dalam aksi ini, otot bisep pada tangan akan mengendur manakala otot trisep akan mengecut. Oleh itu, tangan adalah lurus dan berjaya menyangga bola. Semasa kemahiran hantaran dilakukan, terdapat tulang-tulang tertentu yang berfungsi. Sebagai contoh, ketika posisi bersedia, pemain meluruskan badan dan tulang vetebra dilibatkan. Selain itu, apabila menyangga bola dan menghantar bola ke depan, tulang tangan iaitu tulang radius, ulna, karpus, metakarpus dan falanks telah berfungsi dalamnya. Ketika menbengkokkan lutut, tulang lutut iaitu patela telah dilibatkan. Sendi-sendi yang berkaitan dengan kemahiran hantaran ini adalah banyak. Contohnya sendi lesung, dan sendi engsel. Sendi bahu iaitu sendi lesung telah dilibatkan ketika tangan dihulurkan ke hadapan dan kembali ke belakang. Di samping itu, sendi engsel juga terlibat apabila lutut dibengkokkan.Semasa bola dihantar ke hadapan, lengan tangan dihulurkan dan mengumpan bola. Dalam aksi ini, otot bisep pada tangan akan mengendur manakala otot trisep akan mengecut. Oleh itu, tangan adalah lurus dan berjaya mengumpan bola. Semasa kemahiran umpanan dilakukan, terdapat tulang-tulang tertentu yang berfungsi. Sebagai contoh, ketika posisi bersedia, pemain meluruskan badan dan tulang vetebra dilibatkan. Ketika mengumpan bola, tulang tangan seperti tulang ulna berfungsi dalamnya,Sendi-sendi yang berkaitan dengan kemahiran umpanan ini adalah banyak kerana teknik hantaran atas(volley) digunakan pada dasarnya. Contohnya sendi lesung, dan sendi engsel. Sendi bahu iaitu sendi lesung telah dilibatkan ketika tangan dihulurkan ke hadapan dan kembali ke belakang. Di samping itu, sendi engsel juga terlibat apabila lutut dibengkokkan semasa dalam keadaan bersedia mengumpan bola.







(NOTA 3)
WAJ3104

-MURID & ALAM BELAJAR-


TEORI PELAZIMAN
OPERAN SKINNER

                Menurut Skinner tingkah laku manusia terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan. Tingkah laku responden adalah tingkah laku tidak terlazim seperti yang dihuraikan oleh Pavlov. Gerak balas dari rangsangan khusus dari alam persekitaran. Pelajar bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Gerak balas responden dibangkitkan oleh sesuatu rangsangan yg diketahui. Pembelajaran jenis pasif; tiada rangsangan tiada pembelajaran.

                Tingkah laku operan pula adalah tingkah laku yang bukan otomatik atau boleh dijangkakan serta tidak ada kewujudan dengan rangsangan yang dikenal psti. Selain itu, tingkah laku operan adalah 1set yang merangkumi beberapa contoh tingkah laku yang spesifik, beroperasi dan menghasilkan gerak balas terhadap situasi dalam alam sekitarnya. Operan bermaksud gerak balas yang dihasilkan daripada diri sendiri. Pembelajaran jenis aktif; gerak balas yang berlaku berdasarkan inisiatif diri sendiri tanpa sebarang rangsangan.  

                B.F.Skinner adalah seorang ahli behavioris yang terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan kotak Skinner. Beliau mengutamakan konsep peneguhan dan mementingkan motivasi ekstrinsik.Kajian beliau adalah menggunakan tikus dan burung merpati. Kajian ini menghasilkan skinner box.

Tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan boleh diukur.

                Menurut Skinner, gerak balas boleh diperkuat (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Menurut Rachlin (1991), peneguhan dapat menggalakkan sesuatu itu diulangi kerana untuk memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan dan merangsang otak.
Peneguhan dibahagikan kepada 2 jenis:
      i.        Peneguhan Positif
     ii.        Peneguhan Negatif

Peneguhan Positif
                Peneguhan positif bermaksud memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulang sekali lagi. Contohnya memberikan pujian kepada murid yang telah menjawab soalan dengan betul. Ini akan menyebabkan murid itu cuba menjawab soalan lain dengan betul. Menepuk bahu murid sambil memberi dorongan dan senyuman. Peneguhan positif yang bersistematik boleh mendorong murid menghasilkan kerja yang baik.

                Menurut Brophy (1981), ciri-ciri peneguhan positif yang baik ialah dengan memberi pujian secara ikhlas, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya dan memuji jawapan atau respons yang spontan dari murid.
Contoh pelaksanaan peneguhan positif:
Tingkah laku :
Murid mengemukan jawapan yang baik.
Kesan :
Guru memuji murid dengan ikhlas.
Tingkah laku yang dijangkakan:
Murid akan berusaha untuk memberi jawapan yang baik atau lebih baik.

Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berupa rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dilakukan.
Contoh pelaksanaan peneguhan negatif :
Tingkah laku :
Murid tidak membuat kerja rumah.
Kesan :
Guru menegur dan memarahi.
Tingkah laku yang dijangkakan:
Murid berhasrat untuk tidak mengulangi lagi.


Konsep-konsep penting
·          Pengukuhan positif
·          Pengukuhan negatif
Pengukuhan Positif
                Pengukuhan positif merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu rangsangan berikutan gerak balas yang ditunjukkan. Contohnya, ibu memberikan pujian kepada anaknya yang telah menyiapkan kerja rumah. Kata-kata pujian tadi adalah pengukuhan positif.

Pengukuhan Negatif
                Pengukuhan negatif merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan penghapusan sesuatu rangsangan aversif berikutan gerak balas yang ditunjukkan. Cthnya apabila kita lupa memakai tali pinggang keledar semasa di dalam kereta kedengaran bunyi buzzer. Untuk mengelakkan bunyi ini  kita perlu memakai tali pinggang keledar. Ini bermaksud bunyi buzzer merupakan pengukuhan negatif.



KAITAN DENGAN AMALAN
 PENGAJARAN DI SEKOLAH

                Guru boleh menggunakan peneguhan positif kepada pelajar di sekolah. Ciri-ciri peneguhan positif yang baik ialah dengan memberi pujian secara ikhlas, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya dan memuji jawapan atau respons yang spontan dari murid. Dengan ini murid akan lebih bersemangat untuk belajar.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan peneguhan negatif di dalam amalan pengajaran di sekolah. Sebagai contoh, guru mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. Dengan ini, murid mungkin tidak akan mengulangi perbuatan ini setelah di denda oleh guru.



IMPLIKASI TEORI
PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                Berdasarkan apa yang telah kita pelajari mengenai teori pembelajaran behavioris, antara implikasi teori ini terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah  memastikan maklumbalas yang diberi kerap, cepat dan spesifik. Selain itu, pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuh primer atau sekunder sahaja. Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran. Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkahlaku yang tidak diingini. Gunakan pengukuhan sebagai satu cara bagi memotivasikan pelajar dan sebagainya.

                Dari perspektif pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya adalah pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka soalan dan jawapan. dan arahkan pelajar mengikuti kerangka yang disediakan dan guru harus memberi respon serta merta. Selain itu, susun soalan mengikut aras kesukaran dan sesuai untuk pelajar. Pastikan pencapaian cemerlang pelajar dipadankan dengan pengukuh sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan sebagainya.  

KAITAN TEORI INI DENGAN
AMALAN PENGAJARAN
DI SEKOLAH
ANALISIS PMI
(PLUS, MINUS, INTERESTING)
 TENTANG TEORI BEHAVIORIS
                Plus bermaksud kelebihan teori behavioris. Antara kelebihan teori behavioris adalah untuk membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Selain itu, penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.

                Minus pula bermaksud kekurangan teori ini. Antara kekurangan teori ini adalah teori ini tidak boleh digunakan untuk menjelaskan kesemua pembelajaran yang berlaku kerana teori ini mengenepikan kesemua aktiviti mental.  Selain itu, teori ini juga tidak dapat menjelaskan sesetengah pembelajaran yang berlaku misalnya, mengecam pola-pola bahasa baru. Sebagai contoh teknik pengukuhan langsung tidak sesuai digunakan menggunakan tikus.

                Interesting pula bermaksud apa yang menarik tentang teori behavioris. Apa yang menarik tentang teori ini adalah teori ini menggunakan pelbagai bahan kajian untuk membuktikan kesahihannya. Selain itu, teori ini juga menggunakan pelbagai istilah-istilah penting dan teori ini juga mudah difahami.



KAITAN DENGAN AMALAN
PENGAJARAN DI SEKOLAH

KELEBIHAN YANG TERDAPAT DALAM PERMAINAN ‘PUKUL LALAT’
DARI SEGI KEPENTINGAN FIZIKAL

o    Kebiasaannya, perkembangan fizikal selalu dikaitkan dengan aktiviti bermain.
o    Secara umumnya, kebolehan fizikal merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam beberapa perkara iaitu :
ü  Kebolehan menyatakan kepentingan kesihatan diri
ü  Kebolehan dalam mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
ü  Kebolehan membina minda yang sihat dan cerdas
ü  Kebolehan membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal
o    Dari segi kepentingan fizikal, terdapat empat aspek penting yang perlu diberi perhatian iaitu :
ü  Perkembangan motor halus
ü  Perkembangan motor kasar
ü  Kesihatan
ü  Keselamatan
o    Dalam permainan ’Pukul Lalat’, kekuatan fizikal diperlukan. Ini kerana, pemain perlu melakukan aktiviti berlari. Secara tidak langsung, ia menunjukkan peningkatan perkembangan fizikal seseorang individu.
o    Penguasaan motor kasar dan motor halus amat penting dalam pergerakan asas supaya kanak – kanak dapat melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dengan lebih yakin.
o    Kesimpulannya, kebolehan fizikal amat diperlukan dalam kebanyakan permainan terutamanya permainan ’Pukul Lalat’ ini.




REFLEKSI
                Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Murid dan Alam Belajar (MAB) kami iaitu encik kamarul ariffin  kerana beliau, kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Beliau menerangkan kerja kursus ini dengan jelas dan juga membantu kami apabila kami menghadapi masalah semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa penerangan daripada beliau tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar.
                Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya di atas bantuan dan nasihat mereka sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Kami mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkan kerja kursus ini dan melalui kerja kursus ini saya telah belajar banyak perkara. Sebagai contoh, apa yang paling penting saya dapat belajar adalah kerjasama di antara ahli kumpulan. Tanpa kerjasama di antara ahli kumpulan kami mungkin tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan.
                Saya telah memilih topik yang dibentangkan oleh kumpulan saya sendiri iaitu pelopor dan prinsip Skinner dan teori behavioris untuk menjelaskan  implikasi topik yang dibentangkan ini kepada bakal guru. Antara implikasi topik yang dibentangkan oleh kumpulan saya kepada bakal guru adalah berdasarkan apa yang telah kita pelajari mengenai pengeguhan positif dan pengukuhan negatif. Pengukuhan negatif dan pengukuhan positif ini boleh digunakan apabila mengajar kelak. Selain itu, peneguhan negatif dan peneguhan positif boleh juga digunakan di dalam kelas.
                Berkaitan dengan teori pembelajaran behavioris, antara implikasi teori ini terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah  guru perlu memastikan maklumbalas yang diberi kerap, cepat dan spesifik. Selain itu, pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuh primer atau sekunder sahaja. Selain itu, guru juga boleh menggunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran dan guru juga perlu peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkahlaku yang tidak diingini. Gunakan pengukuhan sebagai satu cara bagi memotivasikan pelajar dan sebagainya.
                Dari perspektif pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya adalah pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka soalan dan jawapan. dan arahkan pelajar mengikuti kerangka yang disediakan dan guru harus memberi respon serta merta. Selain itu, susun soalan mengikut aras kesukaran dan sesuai untuk pelajar. Pastikan pencapaian cemerlang pelajar dipadankan dengan pengukuh sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan sebagainya.  
                Selain itu, analisis PMI tentang teori behavioris memberikan implikasi kepada saya sebagai bakal guru. Contohnya guru dapat membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Selain itu, guru penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.
                Sebagai kesimpulannya, setelah mempelajari mata pelajaran Murid dan Alam Belajar ini saya dapat merumuskan bahawa pembelajaran bukan hanya satu proses penambahan ilmu di mana pembelajaran baru dihimpunkan ke atas pengetahuan sedia ada, bahkan ia adalah satu proses yang aktif dan dinamik di mana perkaitan seringkali berubah-ubah dan bentuk juga senantiasa dibentuk semula
                Pengenalan kepada subjek ini iaitu Murid Alam Belajar sedikit sebanyak telah membolehkan saya sebagai guru pelatih di Iptaa ini belajar dan memperoleh maklumat yang berguna dalam membantu saya sendiri serta rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam membantu guru Prasekolah.
Maklumat-maklumat yang diperoleh sekaligus dapat memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman serta sebagai panduan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. Selain itu, topik- yang dipelajari juga memberi penekanan kepada sesiapa yang ingin mengetahui tentang bidang Psikologi, pendidikan, dan pedagogi khasnya dan pendidikan am.
Topik-topik yang terdapat semasa proses pembelajaran ini juga  dirangkumkan untuk kami mengenali dengan lebih jelas serta memahami dalam bertindak sebagai seorang guru kelak. Sebagai contoh topik-topik yang dipelajari ialah mengenai konteks alam belajar, pembelajaran, pengajaran, dan juga individu dan pembelajaran serta banyak lagi yang terdapat di dalamnya.
Selain itu, kami juga telah memperoleh satu gambaran yang agak menyeluruh mengenai murid-murid dan alam belajar di mana mereka berada tidak kira di mana jua. Ini kerana konsep alam belajar berfokuskan tiga aspek alam belajar yang difikirkan penting dalam pembentukan murid yang menyeluruh iaitu Psikososial, fizikal, dan komuniti pembelajaran.
Ini kerana mengikut seorang tokoh yang bernama Cross, telah menyatakan melalui terjemahannya iaitu ’pembelajaran bukan hanya satu proses penambahan ilmu di mana pembelajaran baru di himpunkan ke atas pengetahuan sedia ada; bahkan ia adalah satu proses yang aktif dan dinamik di mana perkaitan seringkali berubah-ubah dan struktur juga sentiasa dibentuk semula’.
Ini membawa maksud bahawa dalam mencari ilmu pengetahuan bukan sahaja bergantung kepada satu sumber sahaja. Ini kerana ilmu itu mempunyai pelbagai cabang yang perlu diterokai. Manakala kita pula sebagai pencari ilmu haruslah  berseedia dari segi fizikal, emosi, intelek, dan rohani kerana penguasaan ilmu  sentiasa berubah mengikut arus zaman.
Dalam kumpulan saya yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu saya sendiri, Masrina binti Baseri, Nur Syazana binti Mohd Jaafar, Nurhazirah binti Muhammad Nasir serta ahli tunggal lelaki kami iaitu, Mohd Nur Azam bin Suhaimi telah diberi topik yang berkaitan dengan tokoh terkenal iaitu Burrhus Frederic Skkinner atau lebih dikenali dengan B.F skinner. Kami telah menjalankan kajian yang menyeluruh tentang beliau dan juga berkenaan hasil-hasil kajian beliau. Beliau merupakan seorang ahli behavioris yang terkenal kerana telah membuat kajian ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner.
Diantara implikasi-implikasi teori pembelajaran yang diperoleh dan dapat dikenalpasti ialah, Pastikan maklumbalas yang diberi kerap, cepat dan spesifik. Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuh primer atau sekunder sahaja.
Selain itu, gunakan juga pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran. Selain itu kepekaan kepada konsep penhapusan bagi mengirangkan berlakunya tingkahlaku yang tidak diingini serta menggunakan implikasi pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya lagi. Dari perspektif lain pula, terdapat juga beberapa syor yang dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan iaitu melalui pembentangan dan juga kertas kerja projek ini, terutama sekali kepada rakan-rakan seperjuangan yang bekerjasama tidak kira penat lelah. Tidak ketinggalan juga kepada pensyarah bagi subjek ini iaitu, En Kamarul di atas segala ilmu yang dicurahkan.
Di akhir pembelajaran ini kita seharusnya dapat menilai serta dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam lagi. Diharapkan kepada semua guru pelatih dapat  menngunakan sepenuhnya pengetahuan yang diperoleh serta mempraktikkan implikasi-implikasi teori pembelajaran bahaviorisme  serta lain-lain topik yang dipelajari terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Sekian, terima kasih.




(NOTA 4)
PJM

-PENDIDIKAN JASMANI-



PERMAINAN
TRADISIONAL
 TING-TING  KAPAL TERBANG



PENGENALAN
Ting-ting kapal terbang merupakan salah satu permainan yang dimainkan oleh sebahagian besar kanak-kanak di kawasan pedalaman.Permainan ini dinamakan ting-ting kapal terbang kerana bentuk atau asas permainan ini berbentuk seperti kapal terbang.Permainan ini merupakan permainan yang mudah kerana tidak memerlukan belanja dan semua golongan bebas memainkannya.Permainan ini memerlukan kawasan yang lapang tetapi tidak mempunyai kelusan seperti permainan yang lain.


ASAL-USUL
Permainan ini telah wujud lebih 50 tahun yang lalu.Lazimnya penciptaan permainan ini dilakukan secara beramai-ramai untuk menghasilkan permainan ting-ting kapal terbang.Segala undang-undang permainan ini dihasilkan sendiri atas cadangan dan pemikiran orang lain.Kepopularan permainan ini mula meningkat apabila mula dimainkan di seluruh negara.Pelbagai nama diberikan dan kaedah permainan ini berubah.Namun permainan ini mengalami kesuraman apabila tidak ramai kanak-kanak yang memainkannya ketika ini.


ALAT PERMAINAN
                Buah diperlukan untuk memainkan permainan ini.Buah ting-ting kapal terbang haruslah leper dan bersaiz kecil yang berperanan dalam memainkan permainan ini.Lazimnya buah terdiri daripada batuan yang nipis,duit siling atau besi.Terdapat di kalangan kanak-kanak yang mempunyai kreativiti yang tinggi.Hal ini kerana mereka tidak menggunakan buah ting-ting kapal terbang daripada batu sebaliknya menggunakan pelbagai bahan yang dibentuk sendiri.Antara bahan yang dihasilkan adalah seperti gumpalan kain perca.Kain ini dijahit dan kemudian dimasukkan pasir halus atau kepingan syiling ke dalamnya.Kain itu dijahit supaya pasir atau duit syiling tidk kelihatan dan warna yang terang digunakan supaya kelihatan menarik.Buah yang dihasilkan bersaiz kecil supaya lebih mudah untuk dibawa.Terdapat banyak kelebihan apabila menggunakan buah daripada kain perca kerana kain tidak akan melantun ke kotak lain dan terus melepek atau melekat didalam kotak sekiranya dilemparkan ke dalam kotak.Seterusnya pemain akan akan melompat ke kotak keempat,kelima,keenam dan kemudian berpatah ke kotak yang berada di tengah-tengah.Kotak yang berada di tengah-tengah boleh dipijak dengn menggunakan dua belah kaki.Mereka akan melompat semula ke kotak ketiga,kedua dan kemudian mengambil buah di kotak yang pertama.Harus diingat untuk mengambil buah hanya sebelah kaki dan tangan sahaja yang diperllukan dan sekiranya pemain terjatuh atau terpijak kedua belah kaki,pembatalan akan terjadi.

CARA BERMAIN
                Cara untuk memainkan permainan bergantung kepada jumlah pemain.Sekiranya jumlah yang terlalu ramai,pemain boleh dibentuk kepada dua pasukan bagi melicinkan permainan.


Ø  Permainan Secara Individu
Sebelum memulakan permainan setiap pemain akan diundi untuk memastikan giliran selepas itu barulah permainan akan dimulakan.Untuk permainan secara individu hanya dua hingga empat orang sahaja yang paling sesuai.Ada juga undian yang dilakukan dengan melontarkan buah ke dalam kotak yang paling awal.Buah yang paling hampir dengan dengan garisan kedua akan memulakan permainan dahulu dan seterusnya.Kemudian semua pemain dikehendaki melontarkan buah ke dalam kotak yang pertama dan akan melompat ke kotak yang kedua dengan menggunakan sebelah kaki.Setelah mengambil buah pemain pertama akan melompat ke kotak pertama.Ini disebabkankotak yang mengandungi buah tidak boleh dipijak.

Pemain dikehendaki melontarkan buah ke kotak kedua dari garisan yang berada di kotak pertama , kaki tidak boleh melepasi garisan tersebut.Kemudian pemain tersebut akan melontarkan ke kotak kedua, sekiranya buah tidak masuk ke kotak kedua atau terkena garisan ia dikira mati.Pemain tersebut akan melontarkan ke kotak kedua dan untuk ke kotak ketiga adalah sukar kerana jarak daripada garisan pemula ke kotak ketiga adalah jauh.
Oleh itu,pemain diberi kelonggaran untuk melompat ke tali air yang disediakan di sisi bahagian ekor kapal terbang.kemudian pemain akan akan melakukan teknik bermain yang sama sehingga ke kotak yang keempat yang berbentuk kepala dan kotak keenam yang berbentuk kepak kiri.Sekiranya buah dimasukkan ke dalam kotak yang keempat pemain terpaksa melompat dari kotak ketiga ke kotak kelima dengan melepasi rumah.Banyak pemain yang mengalami kegagalan atau terjatuh pada pada masa ini dan sekiranya berjaya,pemain akan meneruskan lompata ke kotak keenam dan kemudian memasuki kotak ketujuh.

Pemain boleh memijak dengan kedua belah dan boleh mengambil buah di kotak keempat dengan mudah.Selepas itu,pemain dikehendaki memijak kotak tersebut denagn sebelah kaki sebagai tanda kejayaan seterusnya pemain akan memulakan permainan semula.Apabila berlaku kesalahan atau pembatalan,pemain kedua akan memainkan permainan yang sama.Sekiranya pemain melakukan kesalahan ,pemain ketiga akan memulakan permainan dan seterusnya.Sekiranya seseorang itu telah berjaya melakukan lontaran ke semua kotak,pemain dikehendaki memasuki haji, iaitu pemain akan melontarkan buah ke dalam kotak yang terdapat bersebelahan kotak pertama yang dibentuk seolah-olah seperti sebuah kapal terbang.Kemudian pemain bebas membuat satu bentuk bukit daripada tanah atau pasir untuk memudahkan buah diambil.

Sekiranya terdapat buah dari permain lain juga, rabaan haruslah dilakukan berhati-hati dan jika buah buah lain yang diraba,pemain akan batal dan permainannya dan pemain yang lain boleh meneruskan permainan tersebut.Setelah berjaya buah diraba pemain akan menuju ke garisan pembaling yang dibentuk di atas kotak kepala kapal terbang.Balingan dilakukan secara membelakangi kotak.Buah yang masuk ke dalam kotak akan menjadi hak milik orang lain(yang terlebih dahulu mengambil haji)

Setelah berjaya mendapat,kotak tersebuyt  dipangkah untuk pelbagai bentuk garisan untuk memastikan kepunyaan pemainPemain akan meneruskan permainan sehingga semua kotak menjadi hak milik pemain dan kemudian pemain yang paling akhir boleh membalingkan buah ke dalam kotak rumah yang betul-betul yang berada di tengah-tengah.Buah yang mengenai kotak tersebut dikira dua mata dan setelah habis semua kotak dimiliki semua pemain.kiraan mata dikira mengikut pemilikan rumah.       











(NOTA 5)
PJM3102

-PENDIDIKAN JASMANI-


PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal tertentu demi kecergasan tubuh badan. Pendidikan Jasmani membantu dalam perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan neurootot atau motor dan membantu dalam perkembangan sosial, emosi dan efektif.
Pendidikan jasmani meliputi satu bidang yang luas dan tidak terbatas kepada pengalaman-pengalaman pembelajaran yang diperolehi daripada kegiatan-kegiatan di padang sekolah sahaja. Boleh dikatakan bahawa segala kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani serta mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang pendidikan jasmani.
Pergerakan lokomotor bergantung kepada kerjasama sistem otot dan saraf yang terlibat semasa bergerak seperti berlari, melompat, bergayut dan lain-lain lagi. Di sekolah rendah, pendidikan jasmani yang berkesan seharusnya memberi faedah-faedah dari segi pendidikan, fisiologi, jasmani, psikologi dan disiplin kepada murid-murid. Dalam kurikulum sekolah, perkembangan kemahiran asas dalam kalangan murid-murid menjadi salah satu tugas utama pendidikan jasmani. Kemahiran-kemahiran itu ada yang berbentuk utilitarian ( untuk menjalankan tugas-tugas harian ) dan keriadahan. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita perlulah mempunyai ilmu tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Kemahiran pergerakan asas boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu pergerakan lokomotor yang memerlukan individu bergerak dalam jarak tertentu manakala pergerakan bukan lokomotor melibatkan pergerakan tubuh badan di tempat asal.


KEMAHIRAN ASAS
 PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

·          Berjalan
·          Berlari
·          Lompatan kecil
·          Lompatan tinggi
·          Ketinting
·          Merangkak
·          Mengguling
·          Memanjat
·          Melungsur
·          Skip
·          Galop
·          Polka
·          Chasse
·          Grapevine
·          Do-si-do


KEMAHIRAN ASAS
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
S  Imbangan
S  Meringkuk dan meregang
S  Membongkak dan menegak
S  Mengilas
S  Memusing
S  Melentik
S  Mengendur dan menegang
S  Alunan badan


1.0     MATLAMAT

2.1           Untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pergerakan asas murid-
           murid

2.2           Berpeluang dan berkesempatan untuk menambah pengetahuan masing –
                masing mengenai kemahiran pergerakan asas.

2.3 Untuk menguji ketangkasan dan kelembutan badan murid-murid.

2.4         Memperkukuhkan disiplin kendiri dan mengamalkan budaya
                tolong-menolong dan bantu-membantu di samping memupuk sikap             bertolak-ansur dan bertoleransi diantara satu sama lain.

2.5         Untuk menyemai ilmu pengetahuan tentang kecergasan badan dalam
           sanubari murid-murid.






2.0     OBJEKTIF

2.1           Membolehkan murid-murid memelihara kecergasan dan kesihatan               badan     mereka.

2.2           Memberi peluang kepada kanak-kanak membina kecekapan dan
           keyakinan dalam segala aktiviti.

3.3           Menambah dan memantapkan pengetahuan kemahiran asas.

3.4           Membolehkan murid-murid mempelajari pergerakan asas yang betul.

3.5           Memperbaiki penyelarasan otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan  
           dan timbangan dalam penggunaan pelbagai jenis alatan.

3.6           Membolehkan murid-murid melatih koordinasi tangan dan kaki mereka       serta koordinasi dengan peralatan.



3.0     TARIKH
17 OKTOBER 2008


4.0     MASA
8.45 pagi hingga 1.15 petang


5.0     TEMPAT
Gimnasium Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPTAA)


6.0     KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahap 2 ( Tahun 4 - Tahun 6 )


8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
8.1  Prosedur Pelaksanaan Demostrasi
8.1.1        Jenis-jenis Pergerakan

Pergerakan 1:
 Imbangan atas perut
Bukan Lokomotor

a.     Meniarap di atas lantai.

b.     Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan.

c.     Kedua-dua kaki dan tangan dikehendaki diangkat dengan menggunakan tenaga perut.



Pergerakan 2:
Berjalan langkah pendek
Lokomotor

a.     Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan letak di sisi badan.

b.     Gerakkan kaki kiri dan tangan kanan ke depan dengan langkah pendek.

c.     Kemudian, langkah kedua diulangi dengan menukarkan kaki dan tangan.



Pergerakan 3:
Imbangan atas punggung ( V )
Bukan Lokomotor

a.     Baring di atas lantai.

b.     Bahagian atas punggung dan di bawah punggung diangkat ke arah atas dengan menggunakan tenaga punggung.


Pergerakan 4:
Berjalan langkah panjang
Lokomotor

a.     Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan letak di sisi badan.

b.     Gerakkan kaki kiri dan tangan kanan ke depan dengan langkah pendek.

c.     Kemudian, langkah b diulangi dengan menukarkan kaki dan tangan.


Pergerakan 5:
Imbangan atas lutut
Bukan Lokomotor

a.     Melutut di atas lantai.

b.     Kedua-dua belah tangan diluruskan ke tepi dan kaki diangkat ke atas.



Pergerakan 6:
Merangkak ( lutut sentuh lantai)
Lokomotor

a.     Duduk melutut.
b.     Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lantai.
c.     Menolak abdomen keluar dan merangkak.



Pergerakan 7:
Lantunkan bola di sisi sambil melutut
Bukan Lokomotor

a.     Melutut di atas lantai.
b.     Lantunkan bola di sisi dengan menggunakan tangan yang dominan sambil sebelah tangan lagi di depakan



Pergerakan 8:
Berlari tendang depan
Lokomotor

a.     Berdiri tegak.
b.     Kaki kiri diangkat sehingga ke aras pinggang sebanyak 90 darjah dan tangan kiri menyentuh kaki kiri tersebut.
c.     Kemudian, langkah b diulangi dengan menukarkan kaki dan tangan.



Pergerakan 9:
Melentikkan badan sambil melutut tangan lurus ke atas atau sebelah tangan sahaja ke atas manakala sebelah lagi pada paras perut.
Bukan Lokomotor

a.     Melutut
b.     Sebelah tangan lurus ke atas manakala sebelah lagi pada paras perut.
c.     langkah b dulangi dengan menukar tangan


Pergerakan 10:
Ketinting tukar kaki ( Peralatan berat : Skitel Besar )
Lokomotor

a.     Berdiri tegak.
b.     Mengangkatkan kaki kiri ke atas dan melompat dengan kaki kanan sebanyak tiga kali dan sebaliknya secara berulangan.


Pergerakan 11:
Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, kaki  kangkang
Bukan Lokomotor


a.     Berdiri tegak dengan kaki kangkang.
b.     Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri dengan menggenggamkan kedua-dua tangan.




                                                                                                                                        
Pergerakan 12:
Do-si-do ( Peralatan berat : Bangku )
Lokomotor

a.     Berdiri tegak.
b.     Berjalankan empat langkah ke depan.
c.     Berundurkan empat langkah ke belakang.



Pergerakan 13:
Meringkuk dan meregangkan badan ke depan, ke belakang dan ke sisi sambil melutut.
Bukan Lokomotor

a.     Membuat dirian secara melutut di atas lantai.
b.     Meregangkan badan ke depan, ke belakang dan kedu-dua sisi kiri dan kanan.



Pergerakan 14:
 Ketinting sebelah kaki ( Peralatan berat : Tangga )
Lokomotor

a.     Berdiri tegak.
b.     Mengangkatkan kaki kiri ke atas dan melompat dengan kaki kanan dan sebaliknya.



Pergerakan 15:
Membongkokkan badan dengan tangan kanan menyentuh hujung kaki kiri dan tangan kiri menyentuh hujung kaki kanan secara selan seli
Bukan Lokomotor

a.     Berdiri tegak.
b.     Bongkokkan badan dengan tangan kanan menyentuh hujung kaki kiri dan tangan kiri menyentuh hujung kaki kanan secara selang seli


Pergerakan 16:
Grapevine
Lokomotor

a.     Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan lurus ke tepi.

b.     Kaki kiri bersilang ke depan kaki kanan.

c.     Kaki kanan dibukakan.

d.     Kaki kiri bersilang ke belakang kaki kanan.

e.     Kaki kanan dibukakan.

f.      Semua pergerakan dilakukan menuju ke satu arah sahaja.



Pergerakan 17:
Melompat dan mendarat setempat sambil memusingkan badan 180 darjah
Bukan Lokomotor

a.     Berdiri tegak dengan muka menghadap ke depan.

b.     Melompat dan mendarat setempat sambil memusingkan badan 180 darjah dengan muka menghadap ke belakang.


Pergerakan 18:
Berlari tendang belakang
Lokomotor

a.     Berdiri tegak.

b.     Berlari ke depan dengan kaki kiri menyentuh punggung dan sebaliknya.

c.     Kedua-dua tangan diletakkan di belakang.




Pergerakan 19:
 Lompatan dua kaki ( Di atas Papan Anjal )
Lokomotor

a.     Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan lurus ke depan.

b.     Melompat ke depan dengan menggunakan kedua-dua kaki secara serentak.







Pergerakan 20:
Menegakkan badan dengan kaki kanan bengkok ke depan,   kaki kiri lurus ke belakang sambil mendepakan kedua-dua        tangan menjadi bentuk ”V”
Bukan Lokomotor

a.     Berdiri tegak.

b.     Membengkokkan kaki kanan ke depan dan kaki kiri lurus ke belakang dengan menegakkan badan.

c.     Mendepakan kedua-dua tangan menjadi bentuk ”V”.

d.     Ulang langkah dengan menukar kaki.


8.1.2        Pelan Kedudukan Ujian Amali Pergerakan Asas



8.2 Senarai Peralatan Berat
8.2.1 Skitel Besar
8.2.2 Bangku
8.2.3 Tangga
8.2.4 Papan Anjal


8.3 Senarai Alatan Tangan

8.3.1        Gelung
8.3.2        Tali
8.3.3        Bola
8.3.4        Pundi Kacang
8.3.5        Reben Gimnastik Irama
8.3.6        Belantan
8.3.7        Selendang
8.3.8        Bendera Kecil
8.3.9        Kayu
9.0           RUMUSAN

     Latihan pergerakan asas adalah penting dalam pendidikan jasmani murid-murid di sekolah rendah. Melalui pergerakan asas ini, murid-murid akan membina pengetahuan tentang potensi tubuh badannya dalam melakukan pelbagai pergerakan. Secara tidak langsung, mereka juga akan memperolehi fahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara-perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan-pergerakan yang dilakukan.

     Pergerakan asas ini dapat memberi kesan kepada bahagian kaki, iaitu membantu membina kekuatan kaki. Jenis-jenis gerak kerja yang sesuai untuk bahagian-bahagian badan seperti lengan, kaki, badan dan abdomen. Kesan-kesan yang dapat diperkembangkan melalui aktiviti-aktiviti itu adalah kekuatan, ketangkasan, imbangan dan sebagainya. Pendek kata daya cipta digalakkan dalam kalangan murid-murid.

Secara keseluruhannya, pergerakan asas dijalankan untuk melatih dan meningkatkan ketangkasan dan kelembutan badan murid-murid agar kercergasan dan kesihatan badan terjamin. Selain itu, murid-murid dapat mencungkil idea-idea baru dengan menggabungkan pergerakan asas dalam kehidupan mereka. Semoga murid-murid dapat mempelajari apa-apa yang diajarkan dan berasa seronok apabila mempelajari pergerakan asas ini.